Encik Thillainathan a/l Krishnan mempunyai pengalaman kerja selama 18 tahun dan merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja) selaku ketua Jabatan Pemulihan Carakerja di Hospital Selayang, Batu Caves, Selangor Darul Ehsan.
Beliau telah menamatkan pengajian dari College of Occupational Therapy, Hospital Kuala Lumpur dengan memperolehi Diploma in Occupational Therapy. Beliau seterusnya telah melanjutkan pelajarannya dalam bidang Pemulihan Carakerja dengan memperolehi BSc.(Hons) Applied Rehabilitation (occupational therapy) dari Universiti Teesside pada tahun 2009.
Antara bidang kerja yang dilakukan oleh beliau adalah:
-
Berpengalaman kerja dalam semua bidang Pemulihan Carakerja fizikal dan psikososial termasuk kanak-kanak dan orang dewasa.
-
Pemulihan warga emas.
-
Pemulihan dalam komuniti.
-
Adaptasi persekitaran atau peralatan untuk tujuan meningkatkan keberdikarian seseorang.