A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Tip Menjaga Mulut Bagi...

Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya

Download:

Transkipsi
Menjaga kebersihan mulut dan gigi bagi orang yang kurang upaya amatlah penting. Terdapat keadaan tertentu dimana orang kurang upaya tidak mampu untuk memberus gigi secara sempurna. Oleh yang demikian Penjaga harus membantu mereka menjaga kebersihan mulut.
Untuk itu terdapat beberapa teknik bagi membantu orang kurang upaya ini.

  • Gunakan berus gigi berkuasa bateri atau
  • Pemegang berus gigi yang telah diubah suai bagi memudahkan mereka memegang berus gigi tersebut.

Ada beberapa posisi untuk membantu mereka yang kurang upaya memberus gigi:

  • Untuk mereka yang berkerusi roda, pastikan brek kerusi roda dipasang terlebih dahulu.
    . Kemudian anda perlu berdiri di belakangnya sambil memegang kepala dengan sebelah tangan dan sebelah tangan lagi memberus gigi.
  • Sekiranya, mereka tidak dapat duduk, Baringkan mereka secara melentang dan letakkan kepalanya berada di atas pangkuan anda.
  • Letakkan tuala di bawah dagu pesakit. Kemudian letakkan sedikit sahaja ubat gigi berfluorida ke atas berus gigi dan beruslah gigi mereka dengan lembut dan perlahan di bahagian luar dahulu.
  • Berus bahagian dalam gigi, atas dan bawah dan juga di bahagian mengunyah.

Setelah membersihkan gigi, suruh mereka berkumur dan meludah ke dalam besen yang telah disediakan.
Sekiranya mereka tidak berupaya untuk berkumur, lapkan gigi yang diberus tadi dengan tuala yang basah sehingga bersih.
Pastikan gigi yang diberus telah dibersihkan dengan teliti.

T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah
7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah
7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat
7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan
7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula
Tangani Kemarahan
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)
Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)
Teknik Penggunaan Inhaler
Teknik Pernafasan
Teknik Urut Bahu dan Leher
Teknik-Teknik Relaksasi
Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak
Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya
Tip Penjagaan Mata
Transnasal Endoscopy

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,726

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia