Papan laju dan kasut lereng merupakan suka rekreasi yang semakin terkenal di kalangan remaja terutamanya kaum lelaki. Ianya sukan yang seronok dan mencabar yang memerlukan kemahiran serta impak aerobik yang rendah.
Adalah penting untuk berlatih sukan ini menggunakan peralatan keselamatan. Anda boleh bersuka ria tetapi keselamatan harus dititikberatkan terlebih dahulu.
Sukan ini merupakan aktiviti yang pantas dan melibatkan impak yang tinggi dan boleh mengakibatkan pelbagai kecederaan. Ini termasuklah dari luka kecil sehinggalah kecederaan traumatik pada otak.
Kebanyakan kes yang memerlukan perhatian segera melibatkan kecederaan pada otak. Komplikasi dari kecederaan sebegini akan selalunya membabitkan perhatian perubatan yang serius dan pemulihan yang lebih lama.
Kecederaan biasanya berlaku melibatkan pergelangan tangan, buku lali dan muka. Ini terjadi disebabkan hilang keseimbangan, jatuh dari papan laju/kasut lereng atau jatuh dengan tangan terbuka.
Kecederaan tisu lembut boleh merangkumi luka melecet, ligamen dan otot koyak, tulang patah atau sendi tercabut. Retak bahagian pergelangan tangan biasa terjadi namun penggunaan pelindung pergelangan tangan boleh mengurangkan risiko ini.
Kecederaan muka selalu berlaku seperti retak tulang hidung dan sendi rahang terkeluar.
Kecederaan serius termasuklah konkusi, cedera kepala dan trauma tumpul kepala. Ini selalu berlaku disebabkan kepal terhentak di permukaan jalanan.
Sukan ini tidak sesuai untuk kanak-kanak kerana ianya memerlukan pemikiran yang pantas dan kemahiran mengawal yang di luar kemampuan kanak-kanak.
Mengikut Akademi Kanak-Kanak Amerika, kanak-kanak di bawah umur tidak dibenarkan terlibat dalam sukan ini. Manakala mereka yang berumur 6 ke 10 tahun memerlukan seliaan.
Sukan ini berisiko untuk kanak-kanak kerana:
-
Kanak-kanak akan jatuh dan cedera di bahagian kepala kerana pusat graviti yang tinggi, keseimbangan yang lemah dan kurang perkembangan.
-
Koordinasi yang perlahan dan masa reaksi kurang berbanding orang dewasa.
-
Kurang kemahiran dan kemampuan untuk berfikir. Mereka juga kurang pengalaman dari segi menilai kelajuan, trafik dan risiko lain.
Kecederaan serius boleh berlaku kepada mereka yang bermain papan laju/kasut lereng apabila mereka hilang kawalan dan bertembung dengan:
-
Bahaya jalan raya
-
Kenderaan
-
Pejalan kaki
-
pemain papan laju/kasut lereng yang lain
-
Penunggang basikal
Anda juga berisiko untuk cedera jika:
-
Tidak menggunakan peralatan perlindungan
-
Tidak memastikan peralatan anda dalam keadaan yang baik
-
Mecuba melakukan aksi di luar kemampuan anda
-
Bermain pada permukaan tidak rata
Enam puluh peratus dari mereka yang terlibat dalam sukan ini merupakan remaja berumur 15 tahun ke bawah dan kebanyakan mereka adalah lelaki. Mereka yang paling berisiko tinggi adalah:
-
Tiada pengalaman akan berakhir dengan jatuh
-
Mereka yang tidak menggunakan peralatan perlindungan seperti topi keledar, pelindung pergelangan tangan, siku dan lutut serta kasut bersesuaian.
-
Mereka yang bermain berhampiran jalan raya atau menggunakan peluncur buatan sendiri
-
Mereka yang mencuba aksi berisiko
-
Mereka yang bermain pada permukaan basah atau tidak rata
Anda boleh mengelak kecederaan dengan mengikuti garis panduan berikut:
-
Guna papan laju/kasut lereng yang berkualiti. Terdapat pelbagai jenis mengikut kesesuaian pemanduan termasuklah pelbagai rintangan, gaya bebas dan kelajuan.
-
Pastikan peralatan dalam keadaan baik. Anda harus memeriksanya sebelum bermain. Dapatkan khidmat pakar jika terdapat kerosakan serius.
-
Belajar pengetahuan asas mengenainya. Ini termasuklah bagaimana hendak membrek, memusing, memperlahankan dan mendarat dengan selamat.
-
Guna perlindungan seperti topi keledar yang sesuai, pelindung pergelangan tangan, siku dan lutut serta kasut bersesuaian.
Topi keledar
Untuk mengelak kecederaan kepala, sentiasa memakai topi keledar yang muat. Ini tidak mengira umur, tahap pengalaman atau kemahiran.
Dapatkan topi keledar yang berkualiti ataupun yang pelbagai fungsi. Ianya haruslah mematuhi tahap piawaian yang ditetapkan.
Topi keledar yang muat adalah yang:
-
Terletak rendah pada dahi anda
-
Dipakai rata pada kepala anda dengan pangkalnya selari dengan permukaan jalan
-
Mempunyai tali cengkaman sisi yang berbentuk “V” mengelilingi kedua-dua telinga
-
Mempunyai penyangkuk yang boleh diketatkan
-
Mempunyai pelapik di dalam yang boleh dialihkan sekiranya topi keledar itu longgar
-
Topi keledar itu tidak bergerak ke mana-mana arah apabila anda mengoncangkan kepala
-
Tidak menganggu penglihatan atau pendengaran anda
Sumber: Helmet image from www.tactics.com
Pelindung pergelangan tangan membantu untuk menyokong pergelangan tangan anada dan mengelak dari keretakan tulang sekiranya anda jatuh. Pelapik lutut dan siku membantu anda dari terkena luka dan geseran.
Anda harus pertimbangkan untuk mendapat kasut yang tertutup dan tapaknya tidak licin. Cermin mata pelindung dapat mengelakkan habuk dari terkena mata.
Jangan sesekali berpegang pada bahagian sisi atau belakang kenderaan ketika bermain. Anda boleh jatuh atau tercampak ke arah kenderaan lain.
Jangan menggunakan papan laju/kasut lereng ketika hujan. Elakkan bermain di khalayak ramai atau di dalam gelap.
Selalu memerhatikan kawasan tempat anda ingin bermain untuk memastikan permukaannya sentiasa rata.
Awas ketika melakukan aksi dan lompatan. Kemahiran seperti ini memerlukan masa untuk dipelajari. Jangan membuat aksi yang di luar pengalaman dan kemampuan anda.
Jika anda terdetik untuk melakukan aksi dan lompatan baru, sila berlatih dalam keadaan terkawal seperti di kawasan luncur khas dan di bawah pemantauan.
Memastikan keadaan diri anda baik akan mengelak anda dari tercedera. Regangan dan penyesuaian sudah memadai sebelum mula.
Jangan menggunakan alat pendengaran kepala semasa bermain. Sila bertimbang rasa dengan pemain lain yang muda atau kurang berpengalaman.
Kemalangan boleh berlaku. Sila prihatin mengenai di mana boleh mendapatkan rawatan awal atau kecemasan sekiranya berlaku kecederaan serius.
Rujukan
-
Clinical Sports Medicine, Peter Brukner and Karim Khan
-
www.nsc.org
Last Reviewed | : | 24 June 2015 |
Writer | : | Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi |
Translator | : | Lt. Kol. Dr. Ridzuan bin Azmi |
Accreditor | : | Datin Dr. Zil Falillah binti Mohd. Said |