A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Trigger Finger

Pengenalan

‘Trigger finger’ adalah satu keadaan di mana jari anda tersangkut semasa di posisi bengkok. Ia akan mengeluarkan bunyi (´snap´) semasa diluruskan. Dalam keadaan teruk, jari mungkin akan tersangkut dan kekal dalam keadaan bengkok. Ia memerlukan bantuan jari lain untuk diluruskan dan di susuli dengan sakit yang amat sangat.

Sebab

‘Trigger finger’ adalah disebabkan oleh kesempitan salur tendon di jari kita. Sebab utama kesempitan ini adalah pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat. Ia lebih biasa ditemui pada kaum wanita diantara umur 40 – 60 tahun. Risiko untuk mengalami ‘trigger finger’ adalah lebih pada pesakit diabetes mellitus dan rheumatoid arthritis.

Tanda dan gejala

  • jari yang susah untuk bergerak terutama pada waktu pagi
  • bengkakan yang kecil pada jari yang terlibat
  • tersangkut pada posisi bengkok dan tidak boleh diluruskan
  • bunyi “klik” semasa pergerakan jari

Rawatan

Rawatan ‘trigger finger’ bergantung kepada gejala yang dialami oleh pesakit. Pada peringkat awal, fisioterapi, latihan senaman jari, merendamkan jari didalam air suam dan urut boleh membantu memulihkan ‘trigger finger’.

‘Trigger finger’ adalah satu keadaan yang tidak bahaya. Keputusan untuk pembedahan kecil bergantung kepada keputusan pesakit ini selalunya disyorkan pada peringkat akhir. Pembedahan akan membuka saluran tendon yang sempit itu supaya tendon dapat bergerak dengan mudah.

Pencegahan

Berehat semasa bekerja adalah digalakkan untuk individu yang menggunakan jari untuk pergerakan berulang (menjahit, menaip komputer atau menulis)

Rujukan

Campbell Operative orthopaedics

Semakan Akhir : 25 April 2012
Penulis : Dr. Izan Ibrahim
Penyemak : Dr. Heselynn Hussein

 

Artikel Berkaitan

Tanpa Nama (VCT)

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan

Berdengkur

Berdengkur ditakrifkan sebagai bernafas dengan menghasilkan bunyi keras disebabkan oleh

Mata Kering

Mata kering adalah satu keadaan di mana terdapat kekurangan air

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,114

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia