Definisi
Pernahkah anda berjumpa doktor dengan simptom-simptom tertentu seperti demam, kencing tidak lawas, perit dan panas pada kemaluan semasa membuang air kencing, kerap berasa seperti ingin membuang air kecil, rasa sakit atau tidak selesa di bahagian belakang badan dan bawah abdomen seperti pundi kencing, ari-ari atau bahagian kemaluan serta menghasilkan urin yang berbau, keruh atau mempunyai darah?
Kebiasaannya doktor akan meminta untuk menjalankan ‘Ujian Urin Strip’. Ujian ini adalah ringkas dan mudah. Ia sering digunakan sebagai saringan (penunjuk) awal masalah penyakit di dalam badan kita,Terdapat 5 hingga 10 ujian di dalam satu strip urin iaitu penunjuk kehadiran protein, glukos, keton, darah, bilirubin, urobilinogen, nitrit, leukosit, pH dan spesifik graviti. Setiap satu ujian ini diterangkan secara ringkas di dalam jadual keputusan ujian.
Ujian urin Strip ini menggunakan kaedah yang sama dengan ujian kehamilan atau ujian penyalahgunaan dadah tetapi menggunakan kaedah yang berbeza.
Apakah kegunaan ujian ini?
Daripada keputusan ujian ini, doktor boleh menentukan sama ada kita mempunyai masalah jangkitan kuman pada saluran air kencing atau kita perlu membuat pemeriksaan lanjut (membuat ujian menggunakan sampel darah atau bendalir badan yang lain) untuk pengesahan penyakit yang lebih serius iaitu kencing manis (diabetes), masalah buah pinggang atau masalah lain.
Namun begitu, sekiranya kita mempunyai keputusan ujian yang normal tetapi mempunyai simptom-simptom seperti di atas, kita mungkin akan diminta untuk membuat ujian ulangan (mengumpul urin sekali lagi) kerana ada kemungkinan sampel air kencing kita terlalu sedikit atau cair.
Kaedah yang digunakan
Kaedah untuk ujian ini adalah seperti gambar di bawah :
Keputusan ujian
Keputusan ujian adalah secara kualitatif dan semikuantitatif dengan membandingkan warna antara strip ujian yang terhasil daripada sampel air kencing pesakit dengan carta di bawah. (Kaedah langkah 3).
(Carta 1 – Carta perubahan warna yang diberi oleh syarikat pengeluar : Sumber Siemens Multistix 10 SG)
Jenis ujian di dalam strip urin
|
Bacaan Normal (individu sihat)
|
Faktor-faktor diet (pemakanan) dan persekitaran luar yang mempengaruhi keputusan ujian
Huraian False Positive dan False Negative : Keputusan strip menunjukkan positif (ada) atau negatif (tiada) tetapi bukan berpunca daripada masalah organ dalam badan. |
Signifikan secara klinikal (kaitan keputusan perubahan warna dengan penyakit)
|
---|---|---|---|
Darah | Negative | False Positive : Makan makanan mempunyai pewarna atau mengalami haid. Air kencing tercemar dengan hypochlorite seperti chlorox.
|
|
Bilirubin | Negative | False Positive : Makan ubat seperti chlorpromazine atau phenazopyridine.
False Negative : Mengambil vitamin C (asid askorbik). Air kencing terdedah pada cahaya matahari atau cahaya lampu. |
|
Urobilinogen | 3.2 – 16 umol/L | False Positive : Air kencing tercemar dengan p-aminobenzoic acid.
False Negative : Air kencing terdedah pada cahaya matahari atau cahaya lampu. |
|
Keton | Negative | False Positive : Kurang ambil makanan karbohidrat seperti gandum atau nasi, alami muntah atau cirit-birit serta air kencing terdedah pada kelembapan udara terlalu lama. Mengambil ubat seperti MESNA dan captopril. |
|
Protein | Negative dan Trace (<0.15g/L) | False Positive : Bersenam keterlaluan, dehidrasi, mengambil makanan protein tinggi atau mengalami tekanan emosi. Air kencing tercemar dengan hypochlorite seperti chlorox atau darah. |
|
Nitrit | Negative | False Positive : Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam.
False Negative : Mengambil vitamin C (askorbik asid) atau kurang masa inkubasi bakteria di dalam pundi kencing. |
Jangkitan kuman pada saluran air kencing |
Glukos | Negative | False Positive : Mengambil vitamin C (asid askorbik).
False Negative : Rendah tahap kandungan gula dalam renal dan tinggi keton. |
|
pH | pH5 hingga pH7.5 | Beralkali : Mengambil sayur atau buah citrus secara berlebihan, muntah atau menahan lapar. Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. |
|
Spesifik Graviti | 1.002 hingga 1.030 | False Positive : Dehidrasi, cirit-birit atau mengambil antibiotik atau ubat diuretik (menyebabkan air berkumpul dalam badan). Air kencing terdedah pada suhu bilik melebihi 2 jam. | Diabetis insipidus |
Leukocyte esterase | Negative | False Positive : Air kencing tercemar dengan Formalin dan hypochlorite seperti chlorox. Mengambil vitamin C (asid askorbik). Mengandungi kandungan spesifik graviti yang tinggi.
False Negative : Kandungan gula lebih dari 3g/dL, oxalic acid dan antibiotik seperti cephalexin, cephalotin dan tetracycline. |
|
Setiap ujian atau gabungan ujian di dalam strip ini boleh menentukan masalah anda TETAPI harus diingat untuk ketepatan penentuan penyakit, beberapa ujian lanjutan juga perlu dijalankan.
Langkah-langkah pengumpulan urin
Adalah digalakkan menggunakan sampel air kencing pertama pada waktu pagi untuk ujian ini kerana sampel air kencing pada waktu tersebut adalah lebih pekat atau tepu (concentrated) serta lebih mudah untuk dikesan sebarang keabnormalan. Namun begitu, sampel air kencing rawak (air kencing yang diambil pada bila-bila masa) juga boleh digunakan.
Langkah-langkah semasa pengumpulan urin:
- Gunakan botol bersih yang sudah dilabel nama anda.
- Basuh tangan anda menggunakan sabun.
- Bersihkan bahagian alat sulit anda dan keringkan dengan tisu bersih sebelum mengumpul air kencing.
- Jangan masukkan bahagian pertama air kencing yang keluar kerana mungkin air kencing itu sudah tercemar dengan bakteria pada kulit.
- Mula kumpul air kecing sehingga separuh penuh botol dan pastikan air kencing anda tidak terlalu sedikit atau penuh.
- Jangan memasukkan air paip atau bahan lain ke dalam sampel air kencing anda.
- Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
- Tutup penutup botol urin dengan betul dan ketat bagi mengelakkan sampel air kencing bocor.
- Hantar sampel anda segera atau kurang dari 2 jam, kerana sampel air kencing boleh berubah menjadi alkali apabila terdedah lama ( bakteria akan menukarkan urea kepada ammonia).
- Beritahu doktor sekiranya anda :
- Minum terlalu banyak air atau ada mengambil ubat diuretik bagi mengelakkan air kencing anda terlalu cair (diluted).
- Makan makanan yang boleh memberi kesan pada warna urin seperti buah blackberries, buah naga, ubi beets atau ubat seperti Vitamin B, phenazopyridine(Pyridium), rifampin dan phenytoin (Dilantin).
- Sekiranya anda dalam haid atau sudah hampir datang haid.
Sumber Rujukan
- Susan,K.S Marjorie S D L. Urinalysis and Body Fluids,4th Edition,2001.
- https://labtestonline.org
- www.nhs.uk/chq
- www.specimencare.com
- Package insert,Siemens Healthcare Diagnostics Pty Ltd.rev 04/09.
Semakan Akhir | : | 08 Jun 2016 |
Penulis | : | Harani bt. Mohd Shahidin |
Akreditor | : | Sairi bin Satari |