Vena varikos adalah satu manifestasi penyakit pembuluh darah vena yang kronik. Penyakit ini dikenali dengan keadaan vena yang membengkak, berbelit dan mudah disentuh3. Keadaan ini boleh berlaku di mana-mana bahagian badan yang mengalami kemelesetan aliran vena; akan tetapi keadaan ini kerap melibatkan anggota kaki2. (Gambarajah 1)
Insiden vena varikos ini meningkat dengan peningkatan umur. Kajian mendapati prevalens vena varikos kalangan wanita adalah lima kali ganda berbanding lelaki.1
Faktor- faktor yang mungkin menjadi penyebab vena varikos1:
- Sejarah keturunan
- Kehamilan
- Obesiti
- Postur badan( berdiri atau duduk terlalu lama)
- Pengambilan pil perancang keluarga bagi wanita
- Pengambilan pil rawatan hormon
Gejala
Gejala- gejala1:
- Lenguh dan sakit
- Gatal-gatal
- Bengkak kaki
- Kekejangan otot kaki
- Keresahan otot setempat.
Terdapat sebahagian pesakit vena varikos tampil untuk konsultasi rawatan kerana faktor kosmetik2. Dianggarkan 3-6% pesakit vena varikos akan mengalami komplikasi ulser vena seumur hidup.3
Komplikasi
Komplikasi vena varikos berlaku sehingga 7% dan menyumbang kepada kemorosotan morbiditi1:
- Pendarahan- kesan dari trauma setempat atau pendarahan spontan dari vena varikos yang besar.
- Inflammasi- radang vena superfisial; iaitu inflammasi dinding vena dengan thrombosis setempat yang menyebabkan kemerahan dan kesakitan pada kawasan kulit berkenaan.
- Kesan kosmetik
- Ekzema vena- pigmentasi kulit yang disebabkan oleh degradasi sel darah merah.
- Lipodermatosclerosis- fibrosis dan nekrosis lemak di bawah kulit kesan dari pada inflammasi yang kronik menyebabkan bengkak kronik sekitar buku lali.
- Ulser kulit yang kronik, yang disebabkan oleh tekanan vena yang tinggi menghasilkan parut yang sukar sembuh.(Gambarajah 2)
Rawatan
Terdapat beberapa pilihan rawatan termasuklah3:
A. Kaunseling berkenaan
- Kebaikan penurunan berat badan.
- Kebaikan melakukan aktiviti fizikal yang ringan.
- Mengelakkan faktor- faktor yang memburukkan gejala presentasi.
- Vena varikos mungkin berulang dengan perawatan.
- Perawatan mungkin memerlukan lebih dari satu sesi perawatan.
B. Perawatan intervensi di klinik vaskular surgeri.
Perawatan diberikan kepada pesakit yang mengalami komplikasi vena varikos yang signifikan seperti yang dinyatakan di atas, atau kepada pesakit yang mengalami gejala yang mengganggu kehidupan seharian.
Pengesahan diagnosa vena varikos adalah melalui ujian duplex ultrasound, dan rawatan:
- Endothermal ablation (ablasi lapisan dalam vena menggunakan haba) dan endovenous laser (laser lapisan dalam vena) bagi perawatan yang melibatkan vena saphenous.
- Sekiranya endothermal ablation tidak sesuai, terapi sclero menggunakan ultrasound boleh digunakan.
- Sekiranya terapi sclero didapati tidak sesuai, pembedahan pembuangan vena varikos boleh dicadangkan.
C. Perawatan tanpa intervensi
Penggunaan stoking kompressi amat sesuai bagi pesakit vena varikos yang tidak serius. Walau bagaimanapun, penggunaan stoking ini secara berterusan adalah amat rendah di kalangan pesakit. Lagi pun,kajian perubatan juga membuktikan bahawa penggunaan stoking kompressi gagal mengurangkan kadar berulang atau dapat menghalang kemerosotan vena varikos.1
Testimoni dari pesakit; penggunaan stoking kompressi ini menyusahkan, terutama semasa memakai dan membuka stoking. Tahap kegagalan penggunaan stoking adalah setinggi 33%.2
Kesan sampingan penggunaan stoking ini adalah rendah. Perhatian perlu diberikan kepada pesakit diabetes (kurang pembekalan saluran darah atau kurang deria sensori) kerana penggunaan stoking boleh menyebabkan kematian sel- sel pada kulit.1
Pencegahan
Pencegahan kemerosotan gejala vena varikos adalah penting. Pengurangan berat badan, aktiviti mengangkat kaki dari semasa ke semasa bersama penggunaan stoking kompressi boleh membantu.4
Pendidikan:
- Penggunaan sabun yang sesuai dan air suam dengan diikuti aplikasi petrolatum- based pelembap pada kawasan kaki vena varikos terlibat sekali sehari boleh membantu mengurangkan kemerosotan gejala.
- Elakkan penggunaan pakaian yang ketat.
- Nasihat aktiviti mengangkat kaki melepasi paras jantung selama 30 minit 4 kali sehari(Gambarajah 3)
- Nasihat elakkan membiarkan kaki tergantung terlalu lama.
- Senaman kaki melibatkan betis, membantu melancarkan aliran darah ke jantung seperti aktiviti berjalan mendaki bukit dan berjalan berjengket beberapa kali sehari.
Gambarajah 3
Rujukan
- Rebecca et al, varicose veins. Surgery 259-262. 2010
- Sarah et al, varicose veins and it’s management. Surgery 211-217.2013
- NICE clinical guideline: The diagnosis and management of varicose veins. July 2013
- Sylvia et al. Varicose Veins: Diagnosis, Management,and Treatment. JNP 417-424. 2014
Semakan Akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penulis/Penterjemah | : | Dr. Mohd Sufian b. Adenan |
Akreditor | : | Dato’ Dr. Hj. Md Hanip b. Rafia |
Penyemak | : | Dr. Nor Faizah bt. Ghazali |