Wan Suhailah bt. Wan Husain merupakan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) di Jabatan ORL, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Tugas utama adalah menjalankan penilaian sistem auditori terhadap pesakit yang mempunyai masalah pendengaran, masalah keseimbangan dan pesakit yang mengalami simptom tinnitus. Melakukan diagnosis berdasarkan keputusan penilaian yang dilakukan dan merancang keperluan pesakit dari segi rujukan kepada professional lain, keperluan program pemulihan atau pemulihan semula.
Skop kerja yang lain:
- Merancang dan melaksanakan progam pemulihan bagi pesakit yang mempunyai gangguan tinnitus
- Terlibat dalam pemilihan pesakit yang memerlukan implant koklea
- Membantu pakar ORL dalam mengenalpasti pesakit yang disyaki mempunyai ketumbuhan pada saraf auditori
Kelayakan & Institusi
- 2000 – Sarjana Muda Audiologi (Kepujian), Universiti Kebangsaan Malaysia
- 2016 – Sarjana Sains Kesihatan (Audiologi), Universiti Sains Malaysia
Pengalaman Kerja:
- 2001 – 2009 – Jabatan ORL, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu.
- 2009 – 2011 – Jabatan ORL, Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
- 2011 – kini – Jabatan ORL, Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu
Semakan Akhir : 27 Februari 2017