Apa Itu Warfarin?
Warfarin adalah ubat yang digunakan untuk mencegah atau mengurangkan pembekuan darah. Ia juga lebih dikenali sebagai ubat cair darah. Terdapat beberapa jenama produk warfarin dalam pasaran iaitu:-
Mengapa Warfarin Diperlukan?
Warfarin digunakan oleh pesakit yang mempunyai masalah atau risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal, seperti:
-
Atrial Fibrillation : Degupan jantung tidak teratur
-
Prosthetic Heart-Valve : Gantian injap jantung
-
Deep Vein Thrombosis : Darah beku di kaki
-
Pulmonary Embolism : Darah beku di paru-paru
Bagaimana Warfarin Bertindak dalam Badan?
Dalam keadaan normal, darah manusia mengandungi vitamin K yang membantu pembekuan darah dan menghalang pendarahan daripada terus berlaku. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu darah yang beku akan begerak ke organ-organ penting seperti jantung, paru-paru dan otak yang boleh menyebabkan salur darah tersumbat lalu mengakibatkan serangan jantung dan angin ahmar. Oleh itu penggunaan warfarin dapat membantu menghalang kesan vitamin K dalam darah seterusnya mengelakkan darah beku menjadi lebih besar.
Apakah International Normalised Ratio (INR)?
Bacaan INR menerangkan kadar berlakunya pembekuan darah dalam badan. Dos Warfarin bergantung kepada sasaran INR yang dikehendaki supaya berada dalam julat yang disyorkan. Kebiasaannya julat INR yang dikehendaki adalah antara 2.0 hingga 3.0. Ujian darah perlu dilakukan dari semasa ke semasa sepanjang tempoh rawatan bagi memantau bacaan INR.
Cara Pengambilan Warfarin
Warfarin perlu diambil pada masa yang sama setiap hari dengan perut kosong (kebiasaannya jam 6 petang). Jika terlupa satu dos, Warfarin perlu diambil sebaik saja teringat (dalam masa 8 jam). Jangan gandakan dos!
Apakah yang akan Mempengaruhi Keputusan INR?
Keputusan INR boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor:
Perubahan mendadak dalam gaya hidup dan aktiviti harian boleh menyebabkan bacaan INR menjadi tidak stabil
- Ubat-ubatan/suplemen
-
Ubat tahan sakit : Aspirin, Mefenamic Acid, Ibuprofen
-
Ubat antibiotik : Erythromycin, Chloramphenicol, Ciprofloxacin
-
Ubat sawan : Carbamazepine, Phenytoin
-
Vitamin/Suplemen : Vitamin C, E & K, Coenzyme Q10
-
Ubat tradisional/herba : St. John’s Wort, Gingko, Ginseng, Teh hijau, Bawang putih
Sila rujuk dengan doktor atau ahli farmasi sebelum memulakan sebarang ubat
-
- Pemakanan
-
Perubahan besar dalam corak pemakanan
-
Pengambilan makanan yang mempunyai kandungan Vitamin K yang tinggi : Sayuran hijau seperti sawi, bayam, brokoli, kobis dan lain-lain, produk kacang soya, hati, teh hijau, jus kranberi
-
Pengambilan makanan yang mengandungi Vitamin K yang tinggi perlu diambil secara konsisten
-
- Gaya Hidup
-
Perubahan aktiviti fizikal yang mendadak
-
Pengambilan alkohol
-
Merokok
-
Kesan Sampingan Yang Mungkin Dialami
-
Pendarahan
-
Lebam (kulit kebiruan)
-
Ruam
-
Loya
-
Muntah
-
Jaundis
Bilakah Rawatan Segera Diperlukan?
Sila berhubung dengan doktor apabila :
-
Mengalami pendarahan seperti berikut :
-
Pendarahan yang lama dari luka
-
Hidung berdarah
-
Gusi berdarah tidak berhenti selepas 30 minit
-
Batuk dan muntah darah
-
Lebam yang tidak diketahui puncanya
-
Kencing berdarah atau berwarna gelap
-
Najis berwarna gelap atau hitam
-
Kedatangan haid yang luar biasa atau pendarahan faraj
-
-
Mendapat tanda-tanda berikut :
-
Sesak nafas
-
Sakit dada
-
Kaki bengkak
-
*Kesan ini memerlukan anda berjumpa doktor dengan segera
Perkara-Perkara Yang Perlu Diberi Perhatian
Jangan lupa :
-
Mengambil warfarin seperti yang diarahkan oleh doktor atau ahli farmasi. Jangan gandakan dos hari ini jika terlupa mengambilnya semalam.
-
Melakukan ujian darah seperti yang diarahkan.
-
Memaklumkan kepada doktor dan ahli farmasi mengenai ubat-ubatan, ubat tradisional, herba-herba dan makanan tambahan (suplemen) yang diambil.
-
Mengekalkan tabiat pemakanan sihat dan gaya hidup yang hampir sama setiap hari. Elakkan daripada melakukan perubahan mendadak pada pemakanan dan aktiviti harian.
-
Memberitahu doktor atau ahli farmasi jika anda mengandung atau merancang untuk mengandung.
-
Berjumpa doktor jika sakit atau mengalami luka atau pendarahan yang lebih teruk daripada biasa.
-
Memberitahu doktor/doktor gigi/ahli farmasi bahawa anda sedang dalam rawatan dengan ubat Warfarin.
Semakan Akhir | : | 23 April 2014 |
Penulis | : | Nor Izyani bt. Hanafi |
Akreditor | : | Azuwana bt. Supian |
Penyemak | : | Che Pun bt. Bujang |