Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kanak-kanak (Pediatrik)?
- Merupakan pemeriksaan x-ray yang dijalankan ke atas kanak-kanak. Pemeriksaan ini merupakan satu pemeriksaan yang mudah dan cepat serta tidak memerlukan persediaan yang khusus.
- Walaupun kebanyakan penyakit yang dilihat adalah sama dengan orang dewasa, namun pelbagai faktor dan keadaan pesakit perlu diambil kira seperti saiz badan, organ-organ dan sebagainya dalam memberikan penjagaan dan teknik pengimejan kepada pesakit kanak-kanak. (http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology)
- Bagi mencapai matlamat ini, salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan persekitaran bilik x-ray yang selesa bagi pesakit kanak-kanak. Ini adalah satu elemen yang penting untuk diambil kira. Sebagai contoh reka bentuk dinding yang terang, rangsangan visual dan alat permainan juga boleh disediakan untuk mewujudkan suasana bilik x-ray yang sesuai untuk kanak-kanak.
Gambar 1: Contoh bilik X-ray yang sesuai untuk pesakit kanak-kanak (Pediatrik)
Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology
Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?
- Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini atau tidak.
- Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
- Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM.
Bila Pemeriksaan X-ray Kanak-kanak Diperlukan?
Pemeriksaan x-ray ke atas kanak-kanak (Pediatrik) diperlukan dalam pelbagai keadaan, bergantung kepada indikasi pemeriksaan yang diperlukan. Antaranya ialah (http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology):
- Wilms’ tumour
- Leukaemia
- Teratoma
- Congenital abnormalities
- Osteosarcoma
- Meningitis
- Infant respiratory distress syndrome
- Juvenile idiopathic arthritis
- Greenstick fractures
Pemeriksaan X-ray ke atas kanak-kanak (Pediatrik) juga akan dilakukan oleh Juru X-ray. Ini penting bagi memastikan imej yang dihasilkan adalah berkualiti dan memenuhi nilai diagnostik yang tinggi.
Sebelum pemeriksaan
- Juru X-ray akan menerangkan kepada pesakit dan pengiring tentang pemeriksaan yang akan dilakukan. Pengiring pesakit dibenarkan untuk bersama-sama semasa penerangan tentang pemeriksaan.
- Pastikan pengiring pesakit tidak atau disyaki mengandung jika perlu bersama pesakit semasa pemeriksaan dijalankan.
- Pesakit perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang rantai leher, dan sebagainya pada bahagian yang terlibat untuk mengelakkan artifak pada imej.
- Juru X-ray juga akan menerangkan kepada anda samada pemeriksaan perlu dilakukan dalam posisi baring, meniarap, duduk dan sebagainya.
- Pesakit juga mungkin diarahkan untuk menukar pakaian kepada gaun hospital sekiranya perlu.
Semasa pemeriksaan
- Pesakit dinasihatkan supaya tidak bergerak semasa pemeriksaan dilakukan
- Bagi pesakit yang tidak dapat mengikut arahan, pengiring pesakit boleh membantu dengan memegang pesakit semasa pemeriksaan dilakukan.
- Alat cegah gerak juga mungkin akan digunakan sekiranya perlu.
- Perisai gonad, gaun plumbum atau sebagainya akan diberikan untuk perlindungan radiasi
Gambar 2: Contoh kedudukan pesakit dan pewaris semasa pemeriksaan
Sumber: http://vstudentworld.yolasite.com/resources/final_yr/paeds/paediatric.pdf
Selepas pemeriksaan
- Tiada penjagaan khusus diperlukan bagi pesakit selepas menjalani pemeriksaan.
- Pesakit akan dibenarkan balik selepas pemeriksaan selesai.
- Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.
(a) (b)
Gambar 3: (a) Posisi pesakit (baring) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit
(a) (b)
Gambar 4: (a) Posisi pesakit (duduk) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit
(a) (b)
Gambar 5: (a) Posisi pesakit (berdiri) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit
Laporan pemeriksaan
Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
Gambar 6: Laporan pemeriksaan x-ray dada pesakit
Rujukan
- http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology
- http://vstudentworld.yolasite.com/resources/final_yr/paeds/paediatric.pdf
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Ridani binti Mohamad |
Akreditor | : | Norman Serbastian Alangaram |