Apakah Maksud X-ray Sinus Paranasal (PNS)?
X-ray sinus paranasal (PNS) adalah pemeriksaan X-ray yang dilakukan dengan ketidakselesaan yang minima kepada pesakit.
Apakah Sinus?
Sinus adalah ruang (rongga) yang dipenuhi udara dengan membran mukus di dalam tulang tengkorak (1)
Rajah 1: Pelbagai sinus dalam tengkorak kita (2)
Siapa Yang Menjalankan X-ray PNS?
X-ray sinus paranasal dilakukan oleh Juru X-ray Diagnostik dan laporan imej dibuat oleh pakar radiologi.
Bilakah X-ray PNS Diminta Oleh Pegawai Perubatan (2)?
- X-ray sinus paranasal dilakukan apabila pesakit mengalami sinus yang tersekat kerana terlalu banyak mukus, bakteria dan kuman yang membawa kepada jangkitan dan radang sinus yang dirujuk sebagai sinusitis (jangkitan sinus).
- Masalah sinus lain seperti deviated septum.
- Tanda-tanda jangkitan lain di bahagian kepala.
- Untuk mengesan kecederaan/ masalah lain di dalam sinus.
- Untuk menentukan saiz dan lokasi tumor ataupun masses.
- Untuk menilai pesakit selepas pembedahan sinus.
Apakah Projeksi/ Pandangan Yang Dilakukan?
Pada amnya tiga projeksi/ pandangan dilakukan iaitu pandangan sisi, pandangan occipital frontal (OF) dan pandangan occipital mental (OM).
Apakah Persediaan Pesakit Bagi X-ray PNS?
Pada kebiasanya tiada sebarang persediaan khas bagi X-ray PNS.
- Pesakit wanita yang berada dalam lingkungan umur yang boleh mengandung, diminta tarikh LMP untuk memastikan wanita tersebut tidak mengandung (5 & 6).
- Juru X-ray harus diberitahu jika pesakit mempunyai mata palsu (tiruan) kerana ia boleh menyebabkan bayangan dan ia boleh menyebabkan kekeliruan di bahagian sinus (2).
Apa Yang Berlaku Semasa X-ray PNS (3)?
- Pesakit dinasihatkan untuk menanggalkan barang kemas atau objek logam dari kawasan pemeriksaan.
- Perisai plumbum diberikan untuk perlindungan sinaran.
- Selalunya pesakit diposisikan dalam keadaan duduk (tegak) menghadap perakam imej. Juru X-ray akan memposisikan kepala pesakit dalam tiga (3) projeksi di mana sama ada kepala didongakkan untuk pandangan OM itu; kepala ditundukkan ke bawah bagi pandangan OF dan pandangan sisi dengan kepala berpaling ke sebelah. Bagi kesemua pandangan pesakit diminta tidak bergerak kerana ia akan menyebabkan kekaburan imej dan memerlukan pemeriksaan X-ray ulangan.
Penampilan Radiografik X-ray PNS
Rajah 2: Pandangan Occipito Mental (OM) | Rajah 3: Pandangan Occipito Frontal (OF) | Rajah 4: Pandangan Sisi
Apa Berlaku Selepas Pemeriksaan X-ray PNS?
- Tiada arahan khas atau persediaan yang diperlukan.
- Pesakit boleh dibenarkan meninggalkan jabatan selepas pemeriksaan.
- Keputusan pemeriksaan akan dihantar terus kepada doktor yang memohon.
Rujukan
- Checking The Pregnancy Status of Females of Childbearing Age. University Hospitals of Leicester, National Health Services, UK. (http://www.library.leicestershospitals.nhs.uk/pubscheme/Documents /Services%20we%20offer/Patient%20informat ion/Imaging/ADULTS/Radiology%20 %20Checking% 20Pregnancy%20Status%20Edition%204-7125284%20-%20UHL%20Patient%20Information%20-% 20Imaging.pdf)
- Imej pada PNS x-ray. (https://www.google.co.uk/search?q=images+on+PNS+x-ray&tbm=isch&tbo=u&source=univ&sa=X&ei=KsrcU8WbFtGzuATDx4DAAQ&ved=0CCgQsAQ&biw=1708&bih=841&dpr=0.8#facrc=_&imgdii=d4MPoWQSL5EyoM%3A%3B0r2lB8ZxFGmkoM%3Bd4MPoWQSL5EyoM%3A&imgrc=d4MPoWQSL5EyoM%253A%3BP7snR_i5YC2BaM%3Bhttp%253A%252F%252Fwww.drtbalu.com%252Fimages%252Flat%252520.jpg%3Bhttp%253A%252F%252Fwww.drtbalu.com%252Fxrays_rhino.html%3B300%3B365)
- Kementerian Kesihatan Malaysia. Guidelines for Medical Diagnostic Procedures Using X-Ray in Women of Childbearing potential. (http://radia.moh.gov.my/project/radiaweb/docs/10_dan_28% 20Day%20Rules.pdf)
- Radiology now. The “10-Day Rule”DOI: http://dx.doi.org/10.1259/0007-1285-46-551-933. Terbit atas talian 28 Januari 2014. (http://www.birpublications.org/doi/abs/10.1259/0007-1285-46-551-933)
- Sinus Pain attack. (http://www.medicinenet.com/sinusitis_pictures_slideshow/article.htm)
- Sinus x-ray. (http://www.healthline.com/health/sinus-x-ray#Overview1)
- Sinus X-ray. (http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003803.htm)
- Sinus X-ray. (http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/003803.htm)
- The 28 Day Rule. (http://www3.ha.org.hk/qmh/department/Clinical%20Department/Radiology/ xray.htm)
- What does a Sinus x-ray diagnose (http://www.healthline.com/health/sinus-x-ray)
Semakan Akhir | : | 2 Jun 2016 |
Penterjemah | : | Pushpa Thevi Rajendran |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |