Puan Zainuhaswani Binti Mohamad sedang berkhidmat di Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan. Beliau telah berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Rekod Perubatan selama 12 tahun.
Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Dengan Kepujian.
Skop bidang tugas merangkumi pengendalian rekod perubatan, pengurusan laporan perubatan, lembaga perubatan serta penghasilan dan pengumpulan maklumat rawatan kesihatan di hospital-hospital KKM di negeri Kelantan serta Jabatan Kesihatan Negeri. Selain itu, bertanggungjawab dalam mengenalpasti keperluan sumber manusia dan fasiliti.
Pengalaman kerja:
Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (2005 – sekarang)
Semakan Akhir: 31 Januari 2017