Apakah Pemeriksaan X-ray Dewan Bedah?
- Pemeriksaan X-ray dewan bedah dilakukan dengan menggunakan mesin floroskopi mudah gerak.
- Ianya dikendalikan oleh Juru X-ray untuk membantu pakar bedah semasa pembedahan dilakukan oleh pakar-pakar ortopedik, vascular, urologi, neurologi dan pembedahan am.
Gambar 1: Pemeriksaan x-ray dewan bedah menggunakan sistem floroskopi mudah gerak
Sumber: www.easterncoal.gov.in
Tujuan Pemeriksaan X-ray Dewan Bedah
Pakar bedah memerlukan bantuan Juru X-ray menggunakan peralatan floroskopi mudah gerak untuk mengambil imej X-ray bagi memastikan instrumen dan implan yang dipasang pada anggota pesakit adalah di dalam kedudukan yang betul dan tepat.
Bagaimana Mendapatkan Perkhidmatan Ini Dan Di Mana?
- Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan prosedur ini.
- Prosedur ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.
Persedian Sebelum Prosedur Pemeriksaan Di Dewan Bedah
Sebelum Prosedur
Peralatan floroskopi mudah gerak dalam keadaan baik, berfungsi dan bersih untuk kegunaan di dewan bedah.
Gambar 2: Bahagian C-Arm floroskopi mudah gerak dibalut dengan dengan plastik suci hama
Sumber: www.wikiradiography.net
Semasa Prosedur
Juru X-ray akan sentiasa bersedia untuk merakamkan imej apabila diperlukan oleh pakar bedah ketika pembedahan dijalankan. Juru X-ray juga perlu mematuhi peraturan yang digunapakai di dewan bedah ketika mengendalikan mesin floroskopi tersebut.
Selepas Prosedur
Juru X-ray akan membersihkan mesin floroskopi mudah gerak tersebut dan meletakkan semula di tempat yang disediakan di dalam dewan bedah.
Rujukan
- en.wikipedia.org/wiki/X-ray_image_intensifier
- www.radiographyonline.com
- www.studymode.com
- www.theatreradiography.com
- www.wikiradiography.net
Semakan Akhir | : | 3 Januari 2017 |
Penulis | : | Mohammad Saharuni bin Ibrahim |
Akreditor | : | Daud bin Ismail |