A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengurusan Masa Remaja

Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Pengenalan

Pengurusan masa bermaksud anda mampu menguruskan masa secara berkesan bagi melakukan aktiviti harian dan berasa puas hati dengan apa yang telah anda lakukan. Pengurusan masa yang berkesan merupakan ciri penting dalam gaya hidup yang sihat. Menguruskan masa melibatkan penggunaan peralatan dan kaedah atau teknik untuk merancang dan menjadualkan masa dengan sesuai dan tepat. Peralatan dan teknik tersebut bertujuan untuk meningkatkan keberkesanan penggunaan masa anda. Pengurusan masa amat penting bagi membantu remaja mengurus dan mengendalikan masa dengan bijak dan bertanggungjawab.

Kepentingan pengurusan masa

Apabila anda gagal untuk menguruskan masa dengan bijak, anda mungkin:

  • Membazir banyak masa yang berfaedah
  • Menjadi tidak produktif
  • Mendapat stres
  • Menjadi cemas dan bimbang
  • Bertambah gusar dan mudah marah

Dan yang paling utama, anda:

  • Gagal menyiapkan apa-apa tugasan pada masa yang ditetapkan

Panduan pengurusan masa bagi remaja

Buat jadual harian. Catatkan:

    • Pukul berapa biasanya anda bangun tidur?
    • Berapa lama anda bersiap untuk ke sekolah?
    • Pukul berapa anda pergi ke sekolah?
  • Pukul berapa anda pulang ke rumah dari sekolah?
  • Berapa lama masa diambil untuk menyiapkan kerja sekolah dan kerja rumah?

Daripada jadual di atas, anda boleh menentukan berapa banyak masa lapang yang anda ada dan menyusun jadual masa supaya semua aktiviti dapat disempurnakan pada hari yang sama.

Buat senarai mengenai perkara yang ingin anda lakukan.

Apabila anda hanya duduk menonton TV beberapa jam atau tidak melakukan apa-apa dan menjadi bosan, gunakan senarai yang ada untuk mengubah masa lapang anda dengan melakukan aktiviti yang lebih produktif.

Tetapkan matlamat tentang apa yang ingin anda capai.

Matlamat anda sasarkan mestilah khusus. Sebagai contoh: ‘Saya ingin memperoleh wang’ bukanlah satu matlamat; sebaliknya ‘Saya ingin mendapatkan RM50.00 untuk membeli sepasang kasut dalam tempoh 2 bulan’; merupakan satu matlamat.

Hanya matlamat yang khusus mudah dicapai dan dilaksanakan.

Membahagikan aktiviti harian anda mengikut kategori.

Tetapkan keutamaan apabila anda membahagikan aktiviti mengikut kategori. Contohnya: ‘Menyiapkan kerja sekolah adalah keutamaan’, ‘Melakukan senaman adalah keutamaan’, ‘Bersiar-siar di pusat membeli belah bukan keutamaan’.

Tetapkan aktiviti anda berdasarkan keutamaan.

Tetapkan had masa.

Jika anda perlu menyiapkan kerja rumah, tetapkan had masa.
Pastikan anda menyiapkan kerja tersebut dalam had masa yang ditetapkan.

Gunakan diari.

Diari atau jadual waktu dapat membantu anda melakukan tugasan dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ia juga turut membantu anda untuk merancang aktiviti harian berdasarkan apa yang mesti dibereskan.

Secara langsung, ia membantu anda untuk menggunakan masa yang terluang untuk menyiapkan tugasan atau aktiviti yang ingin dilakukan.

Kekalkan rutin harian anda sebaik mungkin.

Mengetahui apa yang perlu dibuat dan bila ia perlu diselesaikan membolehkan anda mencapai apa yang telah disasarkan dengan lebih baik.

Simpan tugasan atau kerja sekolah di satu tempat.

Anda hanya akan membazir masa jika perlu menyusun semula tugasan yang ingin diselesaikan.

Pembaziran ini dapat dikurangkan jika anda boleh menyimpan semua tugasan di satu tempat agar ia boleh diselesaikan dengan cepat dan mengurangkan stres.

Jangan melengah-lengahkan kerja anda.

Berlengah itu pencuri masa. Anda hanya membazir masa jika melengah-lengahkan kerja.

Siapkan tugasan dengan betul semasa kali pertama ia dilakukan.

Anda hanya membuang masa bila tugasan tersebut perlu dibuat semula.

Hasil

Anda menjadi:

  • Lebih terurus
  • Produktif
  • Kurang tertekan
  • Gembira
  • Mempunyai banyak masa untuk melakukan aktiviti yang lebih bermakna
Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Lee Boon Hock
Penyemak : Tg. Teh Mariah binti Tg. Jewa

 

Artikel Berkaitan

Kemorosotan Kognitif Ringan

Kemerosotan kognitif ringan adalah kemerosotan sama ada dari segi ingatan, bahasa, pemikiran atau pertimbangan yang lebih serius daripada masalah sukar mengingat atau lupa yang biasa berlaku dalam proses penuaan

Komunikasi Dengan Warga Emas

Warga emas adalah orang yang amat berpegalaman dalam kehidupan. Gaya komunikasi mereka juga dijiwai sejak bertahun-tahun lagi. Individu yang berkomunikasi dengan warga emas harus peka dalam isu yang mahu dibicarakan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,665,657

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-10-17 15:53:45
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia