A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Tangani Kemarahan

Tangani Kemarahan

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/video/mental/MENANGANI-KEMARAHAN/MENANGANI-KEMARAHAN.flv[/flv]

Download:

 

Transkipsi

V/O
Marah adalah sejenis emosi semulajadi.

Namun perkara yang  menjadi persoalannya ialah bagaimana kita meluah dan mengawal perasan marah supaya tidak menyakiti orang lain dan mecederakan  diri sendiri.

Kemarahan boleh berlaku atas beberapa sebab.

Ia boleh berpunca daripada  faktor luaran apabila seseorang atau peristiwa menyebabkan anda gelisah dan seterusnya terancam.

Atau faktor dalam diri sendiri apabila memikirkan atau teringat sesuatu peristiwa yang menyebabkan rasa marah.

Dalam situasi dimana adanya provokasi daripada orang lain, kekecewaan dan persekitaran yang mengganggu boleh juga menjadi punca kemarahan.

Untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku,  kita boleh mengawal kemarahan dan belajar menanganinya. 

Kerana seseorang perlu  untuk meluahkan apa yang dirasai supaya tidak tersimpan di hati.
Kemarahan  dapat dilepaskan melalui aktiviti latihan gerak fizikal  senaman dan terapi mental.

 

Sambil melakukan latihan tubi menumbuk misalnya, fikiran dipusatkan pada kemarahan yang kita hadapi. Ia boleh menjadi alternatif untuk melepaskan perasaan.

 

Seseorang perlu meluahkan perasan marah secara wajar tegas dan tidak disimpan dalam hati. Jangan menghentak-hentak atau menghempas-hempas barang apabila marah.
Tetapi  perlu berhati-hati melakukannya supaya tidak melukakan perasan orang lain atau merosakkan diri sendiri.
Anda boleh menenangkan diri anda dengan mengawal perilaku luaran dan tindak balas dalaman anda melalui kaedah 3 B iaitu Berhenti, Berfikirdan Bertindak.  Apa yang boleh dilakukan ialah  :-

  • Panjangkan serta perlahan kan tarikan nafas anda.  Akui pada masa ini anda sedang marah dan cuba bertenang.
  • Berfikirlah untuk menerima apa yang telah berlaku dengan hati yang terbuka oleh itu jiwa akan menjadi tenang
  • Dan bertindaklah untuk memperbetulkan kaedaan dengan pilihan yang paling baik dapat dilakukan.

Selain daripada itu kita juga boleh mengawal kemarahan secara :-

  • Berjenaka untuk menghilangkan perasaan marah.  Kita perlu menerima tiada manusia yang sempurna.  Sifat pemaaf ini akan menghilangkan rasa bengang yang timbul.
  • Melalui penulisan dengan mencatat mengenai perasaan marah yang dihadapi.

Jikalau tidak boleh hilang marah , hendaklah tidur.
Kerana ianya boleh meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur.

Satu cara lagi, apabila datangnya marah, semasa anda berdiri, maka duduklah. Sekiranya duduk, maka bersandarlah, semoga kemarahan akan mulai reda.

 Rasa marah adalah normal.

 Apa yang lebih penting ialah bagaimana mengawal kemarahan supaya tidak merosakkan diri sendiri. –end-

T
7 Amalan Bijak Ketika Menyediakan Makanan Untuk kanak-kanak Sekolah

7 Amalan Bijak Memberikan Makanan Kepada Kanak Prasekolah

7 Amalan Membeli Belah Secara Sihat

7 Langkah bagi Mengurangkan Berat Badan

7 Langkah Bijak Mengurangkan Gula

Tangani Kemarahan

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Katil)

Teknik Mengangkat dan Mengalih Warga Emas (di Kereta)

Teknik Penggunaan Inhaler

Teknik Pernafasan

Teknik Urut Bahu dan Leher

Teknik-Teknik Relaksasi

Tip Kebersihan Mulut Bayi dan Kanak-kanak

Tip Menjaga Mulut Bagi Orang Kurang Upaya

Tip Penjagaan Mata

Transnasal Endoscopy

 

Artikel Berkaitan

B

Basuh Tangan Berfikiran Positif Berkumur-kumur

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,799,724

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-11-05 15:32:21
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia