A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Sanggup mati jika sunyi

Sanggup mati jika sunyi

Berita Harian

Rabu, 27/04/2011

Sanggup mati jika sunyi

Tahap kesihatan mental, psikososial remaja membimbangkan

Kuala Lumpur: Tahap kesihatan mental dan psikososial remaja di negara ini membimbangkan kerana ada yang berhasrat membunuh diri hanya menghadapi tekanan perasaan akibat bermasalah dengan keluarga dan sesama rakan.

Berdasarkan maklumat yang diperoleh talian bantuan kanak-kanak Childline Malaysia, kebanyakan mereka yang berusia 18 tahun daripada pelbagai kaum itu menghadapi kebosanan melampau, kesunyian selain tekanan perasaan akibat masalah keluarga dan rakan sebagai alasan membunuh diri.

Sejak dilancarkan November tahun lalu, Childline Malaysia menerima purata lima panggilan setiap bulan oleh golongan berkenaan yang menyatakan hasrat mereka untuk membunuh diri akibat tekanan perasaan.

Pengurus Projeknya, Shoba Aiyar, berkata sebanyak 2,782 panggilan diterima sejak talian dilancarkan dan dalam tempoh itu, 1,314 panggilan atau 45.8 peratus adalah kerana masalah berkenaan.

"Mereka sanga bosan dan kesunyian duduk di rumah dan hubungan kekeluargaan renggang kerana keluarga sibuk bekerja. Ada pula yang menghadapi konflik seperti ibu bapa mahu bercerai, selain masalah dengan rakan sekolah atau teman lelaki.

"Perasaan murung dan runsing yang tidak terkawal memberi tekanan kepada mereka sehingga mahu membunuh diri dan lari dari rumah. Kami berjaya memujuk mereka membatalkan hasrat itu dengan memberi motivasi dan kaunseling kepada remaja terbabit dan keluarga mereka ," katanya kepada Berita Harian.

Shoba berkata, lebih membimbangkan, tekanan akibat perasaan sunyi dan murung turut membabitkan kanak-kanak berusia empat tahun yang menghubungi sendiri Childline Malaysia untuk mengadu kerana ditinggalkan sendirian di rumah tanpa pengawasan keluarga.

"Mereka pada peringkat umur ini tahu menghubungi kami dan berbual kerana sunyi dan menjadi tanggungjawab kami untuk menceriakan mereka," katanya.

Panggilan lain yang banyak diterima ialah membabitkan kes penderaan dan keganasan rumah tangga, iaitu 414 panggilan dengan kebanyakan mangsa mengadu didera fizikal dan mental oleh keluarga terdekat masing-masing.

Aduan turut membabitkan keperluan hidup seperti tempat tinggal, perundangan, eksploitasi secara komersial, seksual, hubungan dengan rakan dan berkaitan dengan sekolah.

"Ada satu kes kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun didera ibunya dengan dipaksa memijak minyak panas sehingga melecur kaki dan kami yang menerima panggilan terus merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) terdekat untuk tindakan lanjut.

"Selain itu, ada remaja tingkatan tiga yang tidak memiliki alamat e-mel dan kemudahan internet menjadi mangsa gambar bogel yang disebarkan di laman sosial sehingga mendatangkan trauma dan malu untuk ke sekolah," katanya.

Sejak talian 15999 khusus untuk kanak-kanak mendapat perlindungan dan bantuan kecemasan itu dilancarkan, pihaknya menerima maklum balas memberangsangkan terutama pada musim cuti sekolah.

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

G

Gangguan Penglihatan Gigi Bongsu Gingivitis & Periodontitis Graf Berat untuk

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,547,952

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia