A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Uncategorized
  4. /
  5. Urinary Retention

Urinary Retention

 

 

Pengenalan

Kecederaan akibat gigitan anjing boleh mengundang bahaya yang mengancam nyawa apatah lagi ia melibatkan anjing liar yang status kesihatannya tidak diketahui.

Tanda/Gejala

Kesan gigitan dan pendarahan boleh berlaku akibat tusukan gigi taring anjing. Ia boleh mengakibatkan gejala seperti kesakitan, demam atau berasa gatal di bahagian terlibat.

Komplikasi

Air liur anjing boleh mengandungi kuman-kuman yang berbahaya seperti tetanus, rabies dan lain-lain lagi. Jika seseorang dijangkiti tetanus, ia boleh menyebabkan mengsa mengalami kekejangan otot dan boleh membawa maut. Begitu juga dengan rabies (penyakit anjing gila), jika tidak dirawat awal, risiko kematian adalah amat tinggi.

Rawatan

Rawatan awal boleh dilakukan oleh mangsa sendiri atau dengan bantuan orang di sekeliling. Sebarang risiko dapat dielakkan sekiranya langkah-langkah berikut dapat diambil dengan segera, seperti :

• Mangsa disuruh bertenang;

• Cuci luka dengan air yang bersih, seperti air paip yang mengalir jika ada;

• Memberi tekanan dengan menggunakan kain bersih pada kawasan luka gigitan bagi menghentikan perdarahan;

• Jika perdarahan masih berterusan, lakukan tekanan yang berterusan pada bahagian nadi (jika luka berlaku di kawasan tangan atau kaki) bagi mengelakkan darah daripada keluar dengan banyak. Tekanan hendaklah tidak melebihi 10 minit;

• Jika perdarahan masih berterusan, langkah seterusnya adalah dengan meninggikan anggota yang luka dari paras jantung untuk mengurangkan darah mengalir keluar;

• Dapatkan bantuan dan rawatan daripada anggota perubatan di klinik atau hospital berdekatan atau hubungi talian 999.

• Doktor akan memberikan rawatan perubatan seperti berikut :

  – Luka akan dibersihkan dan dicuci bagi mengurangkan risiko jangkitan kuman;

  – Suntikan anti-tetanus akan diberikan bagi mengelak serangan kancing gigi jika perlu;

  – Profilaksis antibiotik dan anti-rabies jika perlu;

  – Ubat penahan sakit jika perlu;

  – Luka akan dijahit selepas beberapa hari jika perlu;

 

Pencegahan

Ancaman digigit anjing liar dapat dielakkan sekiranya perkara-perkara berikut diberi perhatian, antaranya :

• Elakkan diri daripada menghampirinya;

• Jangan mengganggunya;

• Gunakan pakaian dan alat pelindung diri ketika mengendalikan haiwan tersebut.

 

Rehabilitasi

• Pastikan tempat luka gigitan sentiasa bersih dan elak daripada menggunakan minyak atau bahan-bahan yang diragui kebersihannya.

• Sentiasa bersihkan diri dan persekitaran tempat tinggal.

• Amalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.

• Kawal paras gula terutamanya bagi mereka yang menghidap diabetes.

• Pastikan kesihatan tubuh badan di tahap optima.

• Lakukan rehabilitasi mengikut cadangan ahli terapi/doktor.

 

Rujukan

  1. Persatuan Pembantu Perubatan Malaysia.
  2. American Family Physician.

 

Semakan Akhir : 26 Oktober 2017
Penulis : En. Amin Zafri bin Abd Rahman
Akreditor : Dr. Mohd Hamim bin Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

F

Tiada Video

Orlistat

What Is Orlistat? Orlistat is in a drug class called

Botox

Botulinum toxin is produced by a bacterium, Clostridium botulinum. It

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 229,670,091

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-10-17 15:53:45
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia