A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Gigi Kekal Lewat Tumbuh

Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak telah mencapai umur 8½ - 9 tahun ke atas.

Bila pertumbuhan gigi dianggap lewat ?

Biasanya gigi kacip kekal di rahang atas tumbuh ketika kanak-kanak berumur 7 – 8 tahun. Pertumbuhan gigi dianggap lewat apabila gigi itu masih belum tumbuh bila kanak-kanak telah mencapai umur 8½ – 9 tahun ke atas.

Kenapa berlaku kelewatan pertumbuhan gigi?

Pertumbuhan gigi lewat mungkin ada kaitan dengan :

  • Gigi supernumerari (gigi yang lebih)
  • Pembentukan gigi yang tidak normal.
  • Bentuk gigi kekal atas yang tidak normal .
  • Ruang rahang tidak mencukupi.
  • Penyakit tisu lembut atau tulang gigi setempat.

Kelewatan pertumbuhan gigi jarang disebabkan oleh penyakit lain kecuali penyakit yang mengganggu pertumbuhan dan perkembangan tulang seperti :

  • Rickets
  • Hypothyroidism
  • Fibrous dysplasia
  • Down’s syndrome

Apa yang perlu anda lakukan bila gigi lewat tumbuh ?

  • Bawa anak anda berjumpa doktor pergigian jika gigi kacip kekal masih belum tumbuh setelah mencapai umur 8½ – 9 tahun.
  • Jangan tangguhkan pemeriksaan pergigian kerana keadaan mungkin menjadi rumit.

Jadual pertumbuhan gigi

( Jadual ini adalah sebagai panduan sahaja)

Gigi susu

Gigi kekal

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI SUSU ( DESIDUS ) & MASA TANGGAL

Jenis gigi Masa pertumbuhan Masa tanggal

Atas :

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

7 bulan
9 bulan
18 bulan
14 bulan
24 bulan

6 tahun
7 – 8 tahun
12 – 14 tahun
11 – 12 tahun
12 – 14 tahun

Bawah :

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Pertama
Geraham Kedua

6 bulan
7 bulan
16 bulan
12 bulan
20 bulan

6 tahun
7 tahun
9 – 10 tahun
10 – 12 tahun
11 – 12 tahun

Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan di atas, dikira normal.

JADUAL PERTUMBUHAN GIGI KEKAL

Jenis gigi Masa pertumbuhan

Atas :

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga

7 – 8 tahun
8 – 9 tahun
11 – 12 tahun
10 – 11 tahun
10 – 12 tahun
6 – 7 tahun
11 – 13 tahun
17 – 21 tahun

Bawah :

Kacip Pertama
Kacip Kedua
Taring
Geraham Kecil Pertama
Geraham Kecil Kedua
Geraham Pertama
Geraham Kedua
Geraham Ketiga

6 – 7 tahun
7 – 8 tahun
9 – 10 tahun
10 – 12 tahun
11 – 12 tahun
6 – 7 tahun
11 – 13 tahun
17 – 21 tahun

Nota : Masa pertumbuhan lebih atau kurang 6 bulan dari masa yang dinyatakan diatas, dikira normal.

Semakan Akhir : 20 April 2012
Penulis : Dr. Che Noor Aini bt. Che Omar
Penterjemah : Shamsina bt. Aziz
Penyemak Dr. Laila bt. Abd Jalil

 

Artikel Berkaitan

Gusi Berdarah

Keadaan pendarahan gusi adalah tidak sihat, oleh itu ia tidak

Sindrom Bahang Mulut

Sindrom bahang mulut adalah berpunca daripada pelbagai faktor yang melibatkan keadaan psikologi dan fisiologi pesakit. Pengetahuan serta penerangan tentang penyakit ini kepada pesakit adalah penting.

Masalah Berkaitan Pertumbuhan Gigi

Pertumbuhan gigi merupakan salah satu proses dalam perkembangan kegigian.Manusia mempunyai 2 jenis gigi, iaitu gigi susu dan gigi kekal.Gigi susu, yang terdiri dari 20 batang akan mula tumbuh pada umur lebih kurang 6 bulan.Gigi kekal, berjumlah 32 batang akan mula tumbuh ketika kanak-kanak berumur lebih kurang 6 tahun.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,994,769

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia