A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kesedaran Kendiri

Kesedaran kendiri bermaksud seseorang memahami tentang dirinya dan orang sekelilingnya. Oleh itu, beliau mudah untuk menyesuaikan diri.

Maksud kesedaran kendiri

Kesedaran kendiri bermaksud seseorang memahami tentang dirinya dan orang sekelilingnya. Oleh itu, beliau mudah untuk menyesuaikan diri.

Kenapa anda perlu ada kesedaran kendiri?

Melalui kesedaran kendiri dapat menjana kefahaman:

  • Siapakah anda?
  • Tabiat anda
  • Personaliti anda
  • Anda mampu untuk menyesuaikan diri apabila berhadapan dengan orang dan persekitaran

Bagaimana untuk mengetahui anda kekurangan pengetahuan mengenai kesedaran kendiri?

Jika anda kekurangan pengetahuan dalam kesedaran kendiri, anda tidak dapat untuk:

  • Menjelaskan tindakan dan tingkah laku anda
  • Mengenali tabiat anda
  • Memahami personaliti anda
  • Melakukan penyesuaian yang perlu apabila berhadapan dengan orang lain
  • Memberi keprihatinannya kepada persekitaran

Apakah akibatnya jika anda tidak mengambil berat mengenainya?

Tanpa menitik berat tentang kearifan mengenal diri sendiri, anda akan:

  • Menjadi keliru dalam peranan anda sebagai seorang remaja
  • Mempunyai konflik dalam sikap dan tingkah laku anda
  • Menjadi kurang empati dan kurang penyayang
  • Tidak berupaya untuk menampilkan diri anda sepenuhnya
  • Membuat keputusan dan tindakan secara terburu – buru

Apakah Perkara yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kesedaran kendiri

Anda perlu:

  • Mengetahui segalanya mengenai diri anda
  • Mendapat pandangan ikhlas dari kawan-kawan anda dengan cara bertanya soalan
  • Belajar daripada orang lain contoh ahli keluarga, jiran tetangga dan kawan – kawan
  • Kaji dan fahami kehendak emosi anda
  • Tingkatkan kemahiran mendengar anda, empati dan penyayang terhadap diri sendiri dan orang lain
  • Berusaha untuk cemerlang dalam apa saja yang dilakukan lakukan

Di mana anda boleh mendapat bantuan?

Anda boleh mendapat nasihat daripada:

  • Ibu bapa
  • Ahli keluarga yang boleh dipercayai
  • Kaunselor
  • Guru agama

ATAU

Dapatkan bantuan profesional daripada:

  • Kaunselor Berdaftar
  • Pakar Psikiatri
Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Prof. Madya Dr. Mohd Jamil bin Yaacob
Penyemak : Aina Mazwin binti Mohamed Radzi

 

Artikel Berkaitan

Sihat Mental

Sihat Mental Anda mempunyai mental yang sihat sekiranya anda Selesa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,993,710

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia