A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Perkembangan Psikososial Normal

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini.

Apakah yang dimaksudkan dengan kesihatan mental kanak-kanak ?

Kesihatan mental kanak-kanak yang normal didefinisikan sebagai seseorang itu dapat:

  • Memulakan dan mengekalkan perhubungan peribadi yang memberi kepuasan kepada kedua-dua belah pihak.
  • Meneruskan kemajuan perkembangan psikososial.
  • Bermain dan belajar untuk mendapat pencapaian yang setaraf dengan umur dan tahap intelek.
  • Merasakan apa yang betul dan salah dari segi normalnya.

Gangguan psikososial berlaku antara 12%-29% di kalangan kanak-kanak sedunia dan lebih kurang 13% di Malaysia mengikut The National Health & Morbidity Survey, 1996 (Mental Health Problem in Children)

Apakah maksud perkembangan psikososial yang normal?

Perkembangan psikososial ialah proses sepanjang hayat, tetapi apa yang dipelajari semasa 5 tahun pertama akan membentuk perkembangan ini. Perkembangan ini boleh dibahagikan kepada :

  • Kognitif ( proses mental ) – memahami, membuat pengiraan, membuat pertimbangan, menyelaras fungsi motor, persepsi dan sebagainya.
  • Emosi- perkembangan pantas sewaktu pra- sekolah tugasan ini termasuk :
    • Mengenal pasti kepentingan dan jenis-jenis emosi
    • Belajar kawalan emosi
    • Memahami kesan emosi terhadap tingkah laku
  • Sosial – Dipengaruhi oleh suasana dan bentuk pengantungan kepada ibu bapa atau penjaga utama.
  • Moral – Melibatkan isu-isu betul atau salah.

Apakah keperluan bagi kesihatan mental kanak-kanak ?

Keperluan kesihatan mental terbahagi kepada dua:

    • Tempat berlindung dan keselamatan
    • Makanan
    • Penjagaan fizikal
    • Penjagaan Kesihatan
      Keperluan asas kehidupan
  1. Keperluan psikososial dan rohani
    • Keyakinan kepada tuhan
    • Kasih sayang yang tidak berbelah bahagi
    • Keselamatan dan kestabilan
    • Rangsangan yang sewajarnya dan pengalaman baru
    • Bermain di bawah pengawasan yang mantap
    • Pendidikan
    • Bimbingan yang betul
    • Ketegasan dan disiplin yang diatur
    • Kebiasaan harian yang boleh dijangka
    • Sikap keibubapaan yang sihat
    •  

Jika keperluan-keperluan asas ini dapat dipenuhi kanak-kanak akan dapat membina harga diri yang positif. Sekiranya tidak dipenuhi kemungkinan masalah kesihatan mental akan timbul.

Semakan Akhir : 10 Mei 2024
Penulis : Dr. Baizury binti Bashah
Penyemak : Dr. Muhammad Fadzly bin Marzuki

 

Artikel Berkaitan

Tekanan Rakan Sebaya

Tekanan rakan sebaya adalah sesuatu yang lazim di kalangan rakan-rakan dan akan menjadi lebih kuat semasa zaman remaja. Mungkin gerak hati kita ingin meminta kita berhenti menghabiskan masa bersama rakan yang menjadi ‘pengaruh tidak baik’. Namun ini bukan strategi terbaik kerana boleh menimbulkan reaksi bertentangan yang membawa kepada rintangan yang tidak diingini

Tantrum @Panas Baran

Tantrum bermaksud luahan ketidakpuasan hati kanak-kanak atau tekanan yang dihadapi sehingga tidak tertanggung lagi. Ia merupakan luahan kemarahan kanak-kanak dan ada kalanya bercampur dengan rasa takut.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,994,948

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia