A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN X-RAY KANAK-KANAK (PEDIATRIK)

PEMERIKSAAN X-RAY KANAK-KANAK (PEDIATRIK)

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kanak-kanak (Pediatrik)?

  • Merupakan pemeriksaan x-ray yang dijalankan ke atas kanak-kanak. Pemeriksaan ini merupakan satu pemeriksaan yang mudah dan cepat serta tidak memerlukan persediaan yang khusus.
  • Walaupun kebanyakan penyakit yang dilihat adalah sama dengan orang dewasa, namun pelbagai faktor dan keadaan pesakit perlu diambil kira seperti saiz badan, organ-organ dan sebagainya dalam memberikan penjagaan dan teknik pengimejan kepada pesakit kanak-kanak. (http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology)
  • Bagi mencapai matlamat ini, salah satu langkah yang boleh dilakukan ialah dengan menyediakan persekitaran bilik x-ray yang selesa bagi pesakit kanak-kanak. Ini adalah satu elemen yang penting untuk diambil kira. Sebagai contoh reka bentuk dinding yang terang, rangsangan visual dan alat permainan juga boleh disediakan untuk mewujudkan suasana bilik x-ray yang sesuai untuk kanak-kanak.

pediatrik_1

Gambar 1: Contoh bilik X-ray yang sesuai untuk pesakit kanak-kanak (Pediatrik)

Sumber: http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini atau tidak.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM.

Bila Pemeriksaan X-ray Kanak-kanak Diperlukan?

Pemeriksaan x-ray ke atas kanak-kanak (Pediatrik) diperlukan dalam pelbagai keadaan, bergantung kepada indikasi pemeriksaan yang diperlukan. Antaranya ialah (http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology):

  • Wilms’ tumour
  • Leukaemia
  • Teratoma
  • Congenital abnormalities
  • Osteosarcoma
  • Meningitis
  • Infant respiratory distress syndrome
  • Juvenile idiopathic arthritis
  • Greenstick fractures

Pemeriksaan X-ray ke atas kanak-kanak (Pediatrik) juga akan dilakukan oleh Juru X-ray. Ini penting bagi memastikan imej yang dihasilkan adalah berkualiti dan memenuhi nilai diagnostik yang tinggi.

Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan menerangkan kepada pesakit dan pengiring tentang pemeriksaan yang akan dilakukan. Pengiring pesakit dibenarkan untuk bersama-sama semasa penerangan tentang pemeriksaan.
  • Pastikan pengiring pesakit tidak atau disyaki mengandung jika perlu bersama pesakit semasa pemeriksaan dijalankan.
  • Pesakit perlu menanggalkan objek berasaskan besi seperti klip rambut, subang rantai leher, dan sebagainya pada bahagian yang terlibat untuk mengelakkan artifak pada imej.
  • Juru X-ray juga akan menerangkan kepada anda samada pemeriksaan perlu dilakukan dalam posisi baring, meniarap, duduk dan sebagainya.
  • Pesakit juga mungkin diarahkan untuk menukar pakaian kepada gaun hospital sekiranya perlu.

Semasa pemeriksaan

  • Pesakit dinasihatkan supaya tidak bergerak semasa pemeriksaan dilakukan
  • Bagi pesakit yang tidak dapat mengikut arahan, pengiring pesakit boleh membantu dengan memegang pesakit semasa pemeriksaan dilakukan.
  • Alat cegah gerak juga mungkin akan digunakan sekiranya perlu.
  • Perisai gonad, gaun plumbum atau sebagainya akan diberikan untuk perlindungan radiasi

 pediatrik_2

Gambar 2: Contoh kedudukan pesakit dan pewaris semasa pemeriksaan

Sumber: http://vstudentworld.yolasite.com/resources/final_yr/paeds/paediatric.pdf

Selepas pemeriksaan

  • Tiada penjagaan khusus diperlukan bagi pesakit selepas menjalani pemeriksaan.
  • Pesakit akan dibenarkan balik selepas pemeriksaan selesai.
  • Jika ada sebarang masalah, hendaklah dimaklumkan kepada Juru X-ray yang bertugas.

 pediatrik_3apediatrik_3b

(a)                                                           (b)

Gambar 3: (a) Posisi pesakit (baring) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit

 pediatrik_4apediatrik_4b

(a)                                                                 (b)

Gambar 4: (a) Posisi pesakit (duduk) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit

 pediatrik_5apediatrik_5b

(a)                                                                (b)

Gambar 5: (a) Posisi pesakit (berdiri) dan (b) imej x-ray untuk pemeriksaan dada pesakit

Laporan pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

pediatrik_6

Gambar 6: Laporan pemeriksaan x-ray dada pesakit

Rujukan

  1. http://en.wikipedia.org/wiki/Paediatric_radiology
  2. http://vstudentworld.yolasite.com/resources/final_yr/paeds/paediatric.pdf

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Ridani binti Mohamad
Akreditor : Norman Serbastian Alangaram

Artikel Berkaitan

CT ABDOMEN

Apakah itu CT Abdomen? CT Scan Abdomen merupakan satu pemeriksaan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,995,232

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia