A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Nutrien & Pencernaan

Nutrien & Pencernaan

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Nutrien yang diperlukan oleh badan diperolehi selepas makanan yang dimakan melalui satu proses yang dipanggil proses pencernaan. Pencernaan ialah satu proses kimia di mana salur pencernaan menyerap nutrien –nutrien yang penting untuk kegunaan badan dan menukar makanan yang tidak diserap kepada bahan buangan.

Audio Sistem pencernaan berfungsi untuk mengurai makanan kepada bentuk yang lebih ringkas supaya dapat di serap ke dalam sistem peredaran darah.

Proses pencernaan bermula di mulut di mana makanan dikunyah dan diuraikan kepada bentuk yang lebih ringkas. Kelenjar saliva mengeluarkan air liur yang mengandungi enzim amylase yang berfungsi untuk memecahkan karbohidrat kompleks kepada bentuk yang lebih ringkas.

Setelah melalui rongga mulut, makanan berbentuk bolus akan melalui saluran esofagus secara gerakan peristalsis.

Semasa pencernaan di perut, asid hidroklorik, garam hempedu serta pelbagai jenis enzim dirembeskan untuk menguraikan molekul kompleks kepada molekul ringkas serta mencairkan bolus supaya mudah meresap ke dalam sel.

Usus kecil terdiri daripada duodenum, jejunum dan ileum.

Di duodenum, enzim tripsin, amylase dan lipase yang dirembeskan oleh pankreas akan terus mencernakan makanan yang berbentuk molekul makanan.

Selain pankreas, pundi hempedu dan hati juga merembeskan enzim-enzim untuk mencernakan molekul makanan kepada bentuk yang lebih mudah diserap.
Seterusnya, pencernaan makanan berlaku di jejunum.
Di jejunum, pencernaan terakhir berlaku sebelum nutrien-nutrien diserap di ileum.

Bahagian terakhir usus kecil adalah ileum. Vili yang menyerupai struktur jari terdapat di dinding usus kecil berfungsi memudahkan penyerapan nutrien.

Penyerapan nutrien bermula apabila molekul makanan menembusi vili untuk memasuki rangkaian kapilari darah. Aliran darah akan membawa molekul-molekul makanan ini ke bahagian tubuh yang lain untuk ditukarkan kepada nutrien dan tenaga yang diperlukan oleh badan.

Setelah melalui usus kecil, molekul-molekul makanan akan memasuki usus besar.

Molekul-molekul makanan tidak tercerna yang memasuki usus besar dianggap sebagai bahan buangan. Bahan buangan yang tidak diserap akan membentuk najis. Ianya akan di simpan di dalam bahagian terakhir usus besar iaitu rektum dan akhirnya akan dikeluarkan.

N
Nutrien & Pencernaan

 

Artikel Berkaitan

Cerebral Palsi

Memahami Penyakit Cerebral Palsi (CP) Cerebral Palsi (CP) adalah gangguan

P

Pap Smear Pedih Ulu Hati Penyakit Endometriosis Pembedahan Penggantian Sendi Lutut

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,993,579

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-09-06 06:54:26
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia