[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]
Apa itu peritoneal dialisis Peritoneal Dialisis adalah salah satu kaedah dialisis. Kaedah ini memerlukan cecair dialisis dimasukkan ke dalam rongga peritoneum di abdomen.. Selaput atau membran yang menyelaputi abdomen (peritoneum) membolehkan bahan kumuh dan cecair yang berlebihan menyerap daripada darah ke dalam cecair dialisis. Cecair ini kemudiannya dikeluarkan dari badan secara berkala. Di dalam ‘Continuous ambulatory peritoneal dialisis’ (CAPD) pesakit menyambungkan beg mengandungi cecair dialisis (diantara 2 hingga 3 L) ke tiub tenckhoff (satu tiub khas yang dimasukkan secara kekal melalui prosidur pembedahan kecil )untuk disalurkan ke dalam rongga abdomen. Cecair dialisis dibiarkan di dalam rongga ini selama 4 hingga 6 jam, dan dikeluarkan dari abdomen dan digantikan dengan cecair dialisis yang baru. Bagi mendapatkan dialisis yang mencukupi 4 atau 6 kali pertukaran cecair dialisis diperlukan dan dilakukan secara manual setiap hari. Kandungan cecair dialisis terdiri daripada campuran pelbagai jenis garam dan gula (glukosa). Kepekatan kandungan gula dalam cecair dialisis menentukan kadar penyerapan (ultrafiltration) pengeluaran cecair daripada pesakit. Apakah faktor yang mempengaruhi pilihan rawatan CAPD Ini meliputi faktor psikososial dan faktor perubatan Faktor psikososial termasuk:
Faktor perubatan termasuk :
Apakah kontraindikasi CAPD
Apakah komplikasi Peritonial Dialisis ? Komplikasi utama adalah disebabkan jangkitan kuman samada bahagian luar, infeksi tunel atau radang peritoneum
|
|
---|