A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Angiografi adalah salah satu dari prosedur radiologi untuk mengkaji saluran darah di dalam arteri atau vena. Untuk pemeriksaan X-ray biasa, saluran darah tidak dapat dilihat, media kontras akan disuntik ke dalam salur darah anda untuk memperlihatkan saluran darah dalam kawasan pemeriksaan.

 

Gambar 1: Saluran darah di dalam tubuh

Sumber: http://kwikfit4u.com

Gambar 2: Salur darah di kepala

Sumber: http://betterphotography.in

 

Bagaimanakah untuk saya mendapatkan pemeriksaan ini dan di mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.

  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.

  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM terpilih.

Jenis-jenis pemeriksaan angiografi

  • Terdapat beberapa jenis pemeriksaan angiografi yang boleh digunakan bergantung kepada kawasan yang perlu diperiksa, seperti:

    • Angiografi Serebral/ Karotid – digunakan untuk mengkaji saluran darah di kepala dan leher.

    • Angiografi Koronari – digunakan untuk mengkaji saluran darah, injap dan kebuk/ chambers jantung.

    • Angiografi Pulmonari – digunakan untuk memeriksa saluran darah dalam paru-paru.

    • Angiografi Periferal – digunakan untuk memeriksa saluran darah di lengan dan kaki.

    • Angiografi Renal – digunakan untuk memeriksa saluran darah buah pinggang.

  • Angiografi juga boleh digunakan untuk:

    • mencari punca pendarahan dalam tubuh.

    • mengesan darah beku dalam tubuh.

    • menilai/ melihat perubahan kecederaan kepada organ-organ dalam tubuh.

  • Untuk pelan pembedahan yang melibatkan pembedahan/ membaiki saluran darah, dalam kes-kes tertentu satu kaedah yang dikenali sebagai radiologi intervensi boleh digunakan.

  • Satu pemeriksaan angiografi untuk merawat penyakit seperti memasukkan belon atau tiub kecil yang dipanggil ‘stent’ melalui kateter untuk membuka arteri yang sempit dikenali sebagai angioplasti.

Persediaan awal untuk pemeriksaan angiografi

  • Anda perlu masuk ke wad 1 atau 2 hari sebelum pemeriksaan dijalankan sebagai persediaan awal sebelum prosedur pemeriksaan kerana prosedur ini memerlukan persediaan dan pemerhatian rapi daripada pihak hospital.

  • Anda tidak digalakkan membawa barang kemas dan barang berharga.

  • Ketika berada di wad:

    • kawasan dimasukkan kateter (pangkal paha – arteri femoral, atas lengan – arteri brakial) akan dicukur.

    • anda juga akan menjalani ujian tekanan darah dan ujian darah.

    • anda tidak dibenarkan makan dan minum selama 6 hingga 8 jam sebelum pemeriksaan.

    • anda perlu menandatangani borang persetujuan/ keizinan untuk menjalani pemeriksaan berkenaan.

    • bergantung kepada jenis dan kerumitan sesuatu kes tersebut, pemeriksaan angiografi akan mengambil masa di antara 30 minit hingga 2 jam.

Sebelum pemeriksaan

  • Juru X-ray akan menerangkan prosedur dan arahan yang perlu diikuti semasa pemeriksaan.

  • Juru X-ray akan menyemak:

    • sejarah perubatan anda.

    • sekiranya anda ada alahan pada makanan atau ubat-ubatan.

    • jika anda mengambil sebarang ubat-ubatan.

    • keputusan ujian darah anda.

  • Segala maklumat yang diperolehi akan dimaklumkan kepada pakar radiologi yang akan menjalankan pemeriksaan tersebut.

Semasa pemeriksaan

  • Anda akan dibawa masuk ke bilik pemeriksaan angiografi (Gambar 3).

  • Anda akan diarahkan baring di atas meja pemeriksaan. Alat cegah gerak akan digunakan untuk memegang badan anda bagi mengelak pergerakan semasa pemeriksaan.

  • Semasa pemeriksaan ini dilakukan anda dalam keadaan sedar.

  • Pakar radiologi akan memasukkan tiub nipis dipanggil kateter pada pangkal paha (arteri femoral) atau di atas lengan (arteri brackial) untuk suntikan media kontras.

  • Prosedur ini tidak menyakitkan, anda mungkin akan berasa panas atau merasa pahit di dalam mulut semasa media kontras disuntik.

  • Anda akan diminta untuk menarik dan menahan nafas selama beberapa saat dan beberapa siri imej X-ray akan dirakam.

  • Kateter ini akan dikeluarkan selepas selesai prosedur tersebut. Tekanan akan dilakukan pada tempat kateter dimasukkan untuk menghalang pendarahan.

 

Gambar 3: Pemeriksaan Angiografi dalam bilik pemeriksaan

Sumber: www.medicine.virginia.edu/clinical/departments/radiology/divisions/angiography/

 

Selepas pemeriksaan

  • Selepas selesai pemeriksaan, anda akan dibawa ke wad untuk pemerhatian lanjut.

  • Anda boleh makan dan minum selepas pemeriksaan jika tiada sebarang masalah.

Laporan pemeriksaan

  • Imej yang dihasilkan akan diteliti dan laporan radiologi akan disediakan oleh pakar radiologi yang menjalankan pemeriksaan tersebut.

 

Semakan Akhir : 9 Jun 2014
Penulis : Mohd Saharuni bin Ibrahim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

Mari Belajar Menyebut Bunyi Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi yang terhasil apabila udara dari paru-paru mengalir keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut tanpa mengalami sebarang sekatan.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 224,535,463

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia