A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Pemakanan
  4. /
  5. Diet & Penyakit
  6. /
  7. Intoleransi Laktosa
  8. /
  9. Intoleransi Laktosa (Pengenalan, Punca...

Intoleransi Laktosa (Pengenalan, Punca & Simptom)

BAHAGIAN 1 :  PENGENALAN, PUNCA DAN SIMPTOM

1. Pengenalan : Apakah Itu Intoleransi Laktosa?

  • Intoleransi laktosa adalah keadaan di mana tubuh tidak dapat menyerap laktosa.

  • Laktosa ialah sejenis gula yang terdapat secara ekslusif di dalam susu dan produk tenusu.

  • Tubuh anda hanya dapat menyerap laktosa yang telah dicernakan dalam bentuk yang lebih ringkas iaitu glukosa dan galaktosa.

  • Proses pencernaan ini memerlukan tindakan enzim laktase.

  • Enzim laktase terdapat pada sel-sel di usus kecil anda. Kerosakan atau kecacatan pada dinding sel-sel usus kecil anda boleh menjejaskan jumlah enzim laktase anda.

Rajah 1 : Perbandingan antara usus sihat dan usus yang tidak sihat (selepas cirit-birit)

Mungkin ada yang terkeliru antara intoleransi laktosa dengan alahan kepada susu lembu.

Perlu diketahui bahawa ia adalah dua perkara yang sangat berbeza.

Alahan Susu Lembu Intoleransi Laktosa
  • disebabkan tindak balas imun tubuh terhadap protein susu
  • simptom atau gejala yang disebabkan oleh penghadaman laktosa dalam usus

2. Apakah PUNCA Intoleransi Laktosa?

  • Intoleransi laktosa selalunya berkait dengan kekurangan enzim laktase di dalam tubuh.

  • Terdapat 4 klasifikasi kekurangan enzim laktase yang perlu diketahui.

  • Jadual di bawah dapat membantu anda untuk memahami dengan lebih lanjut bagi 4 klasifikasi kekurangan enzim laktase.

Jadual 1 : Klasifikasi kekurangan enzim laktase

3. Adakah intoleransi laktosa ini biasa berlaku dalam kalangan rakyat Malaysia?

  • Tidak banyak kajian yang dijalankan di Malaysia berkenaan intoleransi terhadap laktosa ini. Namun, dalam 2 kajian yang dijalankan di Malaysia, menunjukkan 95% rakyat Malaysia mempunyai masalah intoleransi laktosa.

  • Ini selari dengan laporan yang dikeluarkan oleh negara jiran, yang mana menunjukkan Thailand mengalami 97% intoleransi laktosa.

  • Manakala dianggarkan sebanyak 70% populasi dunia mengalami kekurangan enzim laktase.

 

4. Apakah SIMPTOM intoleransi laktosa?

  • Anda akan berasa tidak selesa selepas mengambil susu dan produk tenusu. Simptom akan kelihatan seawal 30 minit hingga 2 jam selepas pengambilan.

  • Simptom yang anda hidapi mungkin daripada tahap sederhana kepada tahap teruk, berdasarkan :

    • jumlah laktosa yang diambil, dan

    • kadar toleransi anda terhadap laktosa.

Sesetengah individu mungkin dapat bertoleransi terhadap laktosa lebih baik daripada individu lain.

  • Simptom yang sering dihidapi adalah seperti :

    • sakit perut

    • kembung

    • cirit-birit berair

    • sendawa berlebihan

    • perut berangin

    • loya

    • gatal-gatal di sekitar dubur.

  • Kekurangan enzim laktase primer dan kongenital akan menunjukkan simptom yang lebih ringan berbanding jenis sekunder.

  • Bayi dan kanak-kanak mungkin mempunyai tanda-tanda malnutrisi (kekurangan zat)  dan pertumbuhan terbantut, tetapi keadaan ini sangat jarang berlaku.

Rujukan :

  1. John Wyeth J, Steele R & Chin S. Lactose intolerance. BPJ 2007; 9: 30-35.
  2. Barling PM. Lactose tolerance and intolerance in Malaysians. IeJSME 2012: 6 (Suppl 1): S12-S23
  3. Rull. G. Lactose Intolerance. 2011. www.patient.co.uk/doctor/Lactose-Intolerance.htm.
  4. Lactose intolerance. The London Gastroeneterology Partnership. http://www.londongastro.co.uk/ [accessed on 9/4/2013]
  5. Kenny T. Lactose intolerance. 2010. www.patient.co.uk/health/lactose-intolerance.
  6. Sibley E, Fisher R & Pennington J. Lactose Intolerance. 2009. National Digestive Diseases Information Clearinghouse. www.digestive.niddk.nih.gov .
  7. Lactose intolerance. The University Health Center. http://www.uhs.uga.edu/nutrition/lactoseintolerance.html . [accessed on 4/6/2013]

Semakan akhir : 03 Januari 2014
Penulis : Pn. Sharifah Mariam binti Syed Zainal Abidin

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,482,881

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia