A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Makanan Segera

Apakah itu makanan segera?

Makanan segera kebiasaannya boleh diperolehi daripada premis-premis makanan yang berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang cepat dan selesa.

Bolehkah anda mengambil makanan segera?

Makanan segera boleh diambil sebagai sebahagian daripada sajian sihat harian anda.

Pilih dan ambil makanan segera dengan bijak serta hadkan pengambilannya sehingga 1 hingga 2 kali sebulan kerana makanan segera lazimnya mengandungi kandungan lemak, kolesterol dan garam yang tinggi.

Beberapa garis panduan boleh diambil, antaranya adalah seperti berikut :

  • Memesan ayam panggang bagi menggantikan ayam goreng atau ikan goreng.
  • Memesan sajian makanan segera yang bersaiz kecil.
  • Mengetahui kandungan lemak dalam beberapa jenis makanan segera. Pilih menu yang mengandungi kurang dari 20 hingga 25g lemak. Sebagai contoh, pesan sandwic ayam panggang tanpa mayonis (mengandungi 8g lemak) dan kentang saiz sederhana (mengandungi 12g lemak) ; atau pilih burger keju bersaiz kecil (mengandungi 13 hingga 20g lemak) tanpa mengambil kentang goreng.
  • Elakkan mengambil hidangan pencuci mulut, manisan, milkshake, pai bersama-sama dengan sajian makanan segera anda.
  • Tidak mengambil mayonis bagi mengurangkan jumlah kalori ( 1 sudu mayonis = 100 kalori) dan tambahkan mustard, tomato, daun salad, jeruk dan/atau bawang.
  • Pilih minuman gas berkalori rendah, susu rendah lemak, jus buah-buahan, teh atau air dan elakkan pengambilan minuman yang berkalori tinggi.
  • Elakkan pengambilan makanan berkalori tinggi. Kalori boleh meningkat sehingga lebih dari dua kali ganda dengan pengambilan makanan bergoreng.
  • Hadkan pengambilan yang tinggi kalori seperti thousand island, mayonis, sos salad, pasta salad, salad kentang, keju dan kekacang. Ambil daun salad, tomato, cendawan, lobak merah, saderi dan timun dengan banyak. Ambil sos salad yang rendah kalori seperti minyak zaitun dan italian dressing.
  • Bawa sebiji buah-buahan segar seperti buah pisang, epal atau oren sebagai tambahan kepada menu makanan segera anda.
  • Pilih kentang bakar. Tambahkan keju, sos cili/tomato atau 2 sudu makan keju kisar dan/ atau krim masam pada kentang bakar tersebut.

Kandungan nutrien dalam makanan segera

Kandungan kalori makanan-makanan segera bergantung kepada :

  • Saiz makanan tersebut.
  • Penambahan bahan lain seperti sos atau serbuk-serbuk roti.
  • Kaedah memasak yang digunakan (goreng atau bakar)
  • Kandungan kalori bahan makanan mentah sebelum dimasak/disediakan.

Sila rujuk jadual di bawah :

Makanan Segera
Saiz
Tenaga (kcal)
Lemak (g)
Saiz
Berat (g)
Ayam
Ayam goreng, various portions 1 ketul
120
271
14.9
Kentang lenyek 1 cwn, sederhana
94
87
0.7
Roti ban 1 ketul
29
100
2.5
Coleslaw 1 cwn, kecil
74
62
3.0
Kentang goreng 1 cwn, kecil
90
290
16.1
Ayam (sayap) 1 ketul
69
166
9.9
Ayam (paha) 1 ketul
65
166
2.8
Ayam (dada) 1 ketul
127
307
15.0
Burger
Burger daging 1 biji, sederhana
125
317
11.3
Burger keju 1 biji
124
341
14.3
Coney dog 1 biji
145
433
24.5
Bebola ikan goreng dengan ban 1 biji
115
282
13.0
Sosej 1 biji
82
225
11.5
Spageti
Spageti dengan keju dan sos daging 1 mangkuk
440
444
1.3
Spageti ayam, cendawan 1 mangkuk
526
463
1.1
Pizza
Pizza dengan pepperoni 1 potong
53
155
9.2
Pizza dengan ayam dan nenas 1 potong
94
268
14.2
Pizza dengan daging lembu, ayam dan bawang 1 potong
94
242
7.9
Pizza dengan ayam kari dan kekacang 1 potong
70
200
7.9
Pizza dengan kari daging lembu dan kekacang 1 potong
53
132
4.8
Pizza dengan daging lembu dan bawang 1 potong
53
136
5.0
Pizza dengan bawang dan tomato 1 potong
93
149
1.9
Pizza dengan ayam, cendawan dan tomato 1 potong
94
202
4.3
Pizza dengan daging lembu, salami 1 potong
53
94
1.2
Sandwic
Sandwic dengan ikan tuna 1 keping penuh
138
241
1.5
Sandwic dengan ikan, salad, mayones 1 keping penuh
145
328
13.5
Sandwic dengan ayam, salad 1 keping penuh
168
481
27.8
Sandwic dengan pepperoni,salad 1 keping penuh
100
182
2.8
Sate
Sate ayam 1 cucuk, 4 biji
10
23
0.6
Sate daging lembu 1 cucuk, 4 biji
12
25
0.8
Sate daging kambing 1 cucuk, 4 biji
11
24
0.8
Kuah kacang ½ Cawan
86
24
1.1
Lain-lain
Nasi goreng dengan potongan ayam 1 pinggan
330
591
17.5
Soto ayam 1 mangkuk
493
512
28.2
Martabak 1 keping
146
231
9.2
Kuah martabak ½ cawan
95
73
3.2

 

Rujukan :

  1. Manual Prime and Supportive Messages for Healthy Eating (1997) National Working Group on Healthy Eating, Ministry of Health Malaysia.
  2. Nutrient Composition of Malaysian Foods (1997) 4th Edition, Institute for Medical Research.
Semakan akhir : 20 April 2012
Penulis : Norafizah bt. Mohd Nordin
Noor Shafiza bt. Mohamad
Penyemak : Pn. Harizah binti Mohd Yaacob

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,579,020

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia