A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tompok Putih Pada Kulit

Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor

Apakah sebab terjadinya tompok putih pada kulit seseorang remaja?

Tompok putih pada kulit merupakan masalah biasa di kalangan remaja. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor. Antara sebab berlakunya tompok putih pada kulit ialah:

  • Pityriasis alba:
    • Punca penyakit ini masih tidak dapat dikesan
    • Biasanya boleh dilihat di kalangan kanak-kanak dan remaja yang mempunyai kulit yang kering
  • Panau (Pityriasis versicolor):
    • Sebabnya tidak diketahui
    • Jangkitan di bahagian permukaan kulit disebabkan oleh pertumbuhan kulat pityrosporum orbicular secara berlebihan
    • Biasanya terjadi di kalangan remaja yang berpeluh terlalu banyak
    • Jangkitan ini mudah berulang semula

Terdapat sebab-sebab lain berlakunya tompok putih. Jika anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut, sila dapatkan nasihat daripada doktor.  

Di manakah dan apakah rupa masalah kulit ini?

Pityriasis alba:

  • Tompok-tompok biasanya dilihat di bahagian muka terutamanya di pipi
  • Ia juga boleh dilihat di bahagian leher, anggota atas dan bahagian badan
  • Kulit bersisik kecil dan sukar untuk dikikiskan

Pityriasis versicolor:

  • Tompok-tompok biasanya dilihat bahagian atas belakang badan dan dada
  • Ia juga boleh berlaku pada keseluruhan badan
  • Tompok-tompok boleh berubah warna samada bewarna hitam atau merah. Kadang kala bercantum menjadi tompok yang lebih besar
  • Tompok-tompok ini juga boleh terasa gatal

Apakah rawatan bagi keadaan ini?

Pityriasis alba

  • Biasanya tiada rawatan diberikan kerana tompok-tompok ini, ia akan hilang dengan sendirinya
  • Gunakan pelembap
  • Doktor mungkin akan memberikan anda krim steroid untuk disapukan pada tompok-tompok tersebut

Pityriasis versicolor:

  • Guna syampu berkandungan selenium sulfida pada tompok-tompok ini dan seluruh badan dan bilas selepas 30 minit, lakukan setiap hari selama seminggu
  • Doktor akan memberi anda ubat anti fungus (anti kulat) jika keadaan bertambah teruk

Bagaimana untuk mengelak ianya muncul semula?

Pityriasis versicolor:

  • Anda boleh menggunakan syampu selenium sulfida atau syampu ketonazole seminggu sekali untuk menghalang tompok dari muncul semula

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah Md. Sharif
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Bau Badan

Peluh yang keluar bercampur bersama dengan bakteria di permukaan kulit adalah punca yang menyebabkan badan berbau.

Kelemumur

Kelemumur adalah keadaan di mana kulit kepala yang mati dan kering mengelupas secara berlebihan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,553,702

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia