A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Tatu

Tatu adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke lapisan dermis (lapisan kedua kulit).

PENGENALAN

  • Tatu adalah lukisan atau tanda kekal di atas kulit yang dibuat dengan menggunakan dakwat pigmen atau pewarna yang dimasukkan ke kulit melalui tusukan jarum ke lapisan dermis (lapisan kedua kulit).
  • Dakwat dimasukkan ke dalam lapisan dermis kerana sel kulit di bahagian ini adalah stabil, oleh itu tatu akan menjadi kekal.
  • Tatu boleh dilakukan secara manual (menggunakan tangan) atau dengan menggunakan peralatan elektrik yang menggunakan sistem tiub dan jarum.
  • Biasanya dengan menggunakan peralatan elektrik ini, jarum akan mencucuk kulit lebih kurang 3 mm dalam dan dakwat yang disimpan dalam tiub tersebut akan dimasukkan ke dalam lubang tusukan jarum tersebut.
  • Biasanya, proses pembuatan tatu ini tidak menggunakan bius, oleh itu anda mungkin akan berasa sakit semasa prosedur itu dijalankan.
  • Mungkin akan berlaku perdarahan kecil di kawasan tusukan jarum tersebut.

RISIKO KESIHATAN

  • Jangkitan kuman:
    Memandangkan proses membuat tatu melibatkan kelukaan pada kulit, maka ia boleh menyebabkan jangkitan setempat pada luka tersebut. Gejala yang biasa berlaku adalah bengkak, sakit dan bernanah di kawasan tersebut.
  • Reaksi alahan:
    Alahan biasa berlaku di kawasan tatu terutamanya jika tatu tersebut menggunakan pewarna merah. Gejala yang mungkin berlaku adalah ruam gatal dan bengkak merah.

Walau bagaimanapun gejala yang lebih teruk mungkin berlaku seperti sukar bernafas, pengsan , bengkak mata dan sebagainya.

  • Pembentukan “granuloma” iaitu terdapat pembengkakan kronik berlaku pada kawasan yang telah mengalami jangkitan kuman.
  • Pembentukan keloid iaitu keadaan di mana parut tebal timbul di kawasan tusukan jarum tatu.
  • Jangkitan kuman bawaan darah:

Sekiranya peralatan yang digunakan untuk membuat tatu itu dicemari oleh darah yang telah dijangkiti virus Hepatitis C, Hepatitis B dan HIV, maka anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan tersebut. Anda juga berisiko untuk mendapat jangkitan tetanus (kancing gigi) dari peralatan yang tercemar.  

TINDAKAN PENJAGAAN KENDIRI

Sekiranya anda memilih untuk membuat tatu, pastikan anda faham risiko yang mungkin anda hadapi, apakah langkah berjaga-jaga yang perlu diambil sebelum dan selepas tatu dibuat.  

Langkah berjaga sebelum bertatu

  • Pastikan anda telah mengambil pelalian untuk Hepatitis B dan tetanus sebelum meneruskan hajat anda untuk bertatu.
  • Pastikan studio tatu yang anda pergi di kendalikan oleh artis tatu terlatih dan premisnya mempunyai lesen untuk melakukan tatu.
  • Pastikan premisnya bersih dan selamat.
  • Pastikan artis tatu tersebut menggunakan sarung tangan semasa melakukan prosedur.
  • Pastikan jarum dan tiub digunakan untuk kali pertama yakni ia diambil dari bekas / sarung yang masih belum dibuka balutannya.
  • Pastikan peralatan bukan pakai buang dinyahkuman dengan menggunakan “autuclave” (alat elektrik untuk basmi kuman) atau cecair pembasmi kuman.
  • Pastikan alat pakai buang seperti jarum dibuang dengan sempurna yakni ke dalam bekas untuk pembuangan bahan tajam.

Langkah selepas tatu dibuat

  • Buka balutan selepas 24 jam dan sapukan krim antibiotik.
  • Bersihkan tatu dengan menggunakan sabun biasa dan lap dengan lembut menggunakan kain bersih.
  • Sapukan krim pelembap pada tatu.
  • Elakkan tatu terdedah pada cahaya matahari sekurang- kurangnya untuk beberapa minggu.
  • Jangan kopek tisu baru (scab) kerana akan menyebabkan jangkitan kuman dan parut kekal.
  • Sekiranya anda hendak membuang tatu, anda perlu berjumpa pakar dermatologi (pakar kulit). Kini ada beberapa kaedah untuk membuang tatu seperti dengan menggunakan laser.

 

Semakan akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Salmiah bt. Md. Shariff
Penyemak : Dr. Nazhatussima bt. Suhaili

Artikel Berkaitan

Penglihatan Kabur

Apabila penglihatan kita menjadi kabur, ini bermakna penglihatan kita tidak lagi tajam sehingga kita tidak dapat melihat dengan jelas.

Penjagaan Kaki

Fungsi penting kaki ialah untuk menampung berat badan. Kaki yang tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan banyak masalah. Masalah kaki akan mempengaruhi gaya berjalan dan imej diri seseorang

Akne/Jerawat

Akne juga dikenali sebagai jerawat. Akne terjadi apabila liang roma tersumbat dengan penebalan kulit di pembukaan liang, minyak daripada bahan kosmetik atau tar

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,595,723

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia