A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Penyakit
  6. /
  7. Penyakit Berjangkit
  8. /
  9. HIV
  10. /
  11. Rawatan Pencegahan Tuberculosis (TB)...

Rawatan Pencegahan Tuberculosis (TB) Di Kalangan Pembawa/Pesakit Virus “Human Immune Deficiency” (HIV)

Pengenalan

Rawatan pencegahan TB di kalangan pesakit HIV diberikan supaya mereka boleh mengatasi jangkitan TB dan seterusnya tidak mengidap TB aktif.

Mengapa Pesakit HIV Terdedah Kepada Jangkitan TB

Virus HIV mengakibatkan sistem daya tahan seseorang menjadi rendah. Pesakit HIV mudah dijangkiti oleh kuman-kuman yang tidak membawa padah jika dibandingkan dengan mereka yang tiada HIV. Biasanya seseorang yang mempunyai sistem imun yang baik tidak bermasalah untuk menangani kuman TB.

Jangkitan HIV menambah risiko penyakit TB aktif secara signifikan dan pada waktu yang sama, penyakit TB aktif mengakibatkan virus HIV membiak secara mendadak. Risiko tahunan untuk seseorang yang dijangkiti HIV untuk mendapat TB aktif adalah 5-10% setahun.

Rawatan pencegahan TB di kalangan pesakit HIV

Rawatan pencegahan TB boleh diberikan kepada pesakit HIV. Ini boleh dilakukan dengan memberi sejenis ubat iaitu isoniazid atau “isoniazid prophylaxis therapy” (IPT). Rawatan dengan isoniazid boleh menurunkan kebarangkalian risiko mendapat aktif TB kepada 33%.

Siapa yang patut layak menerima rawatan pencegahan TB

Pesakit HIV yang layak menerima rawatan pencegahan TB adalah mereka-mereka yang tiada TB aktif dan mereka yang tidak ingkar rawatan.

Kesan sampingan IPT

Kesan sampingan isoniazid ialah pada sistem saraf dan tandanya ialah kebas pada tangan dan kaki. Ini boleh diatasi dengan memberi vitamin B6. Selain dari itu, isioniazid juga boleh memberi sedikit radang kepada organ hati.

Pemantauan Klinikal Semasa Rawatan Pencegahan TB dijalankan

Mereka yang menerima IPT mesti dipantau bagi memastikan pesakit tidak ingkar rawatan disebabkan rawatan IPT akan diberikan dalam tempoh 6 bulan dan ianya mesti dimakan setiap hari.

Jika seseorang pesakit HIV ingkar rawatan, iaitu tidak mematuhi pengambilan ubat isoniazid setiap hari selama enam bulan, risiko untuk rentan terhadap ubat ini adalah tinggi.

Ubat isoniazid adalah salah satu ubat tunggak untuk rawatan TB aktif dan jika seseorang itu rentan terhadap isoniazid, maka adalah sukar untuk merawat TB aktif.

 

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Dr. Norhaya bt. Mohd Razali
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

HIV / AIDS

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.

Terapi HIV

Rawatan ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah ubat ’highly active antiretroviral therapy’ (HAART). Ini adalah merupakan kombinasi sekurang-kurangnya 3 jenis ubat anti-HIV yang dapat mengurangkan jumlah virus HIV dalam badan dan keterukan penyakit HIV. Rawatan ini terdapat di klinik kesihatan dan hospital KKM.

Program Pertukaran Jarum Syringe (NSEP)

NSEP adalah akronim kepada program pertukaran jarum suntikan dan picagari terpakai . Ia adalah merupakan sebahagian dari program Pengurangan Kemudaratan (Harm Reduction).

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,596,424

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia