A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Ramai tak peduli zon...

Ramai tak peduli zon bebas asap

Berita Harian

Khamis, 16/06/2011

Ramai tak peduli zon bebas asap
Oleh Nurhasyima Hasim, Amir Mamat dan Muhammad Hatim Ab Manan

Tahap kesedaran penduduk lima kawasan larangan merokok masih rendah.

MELAKA TENGAH: Majoriti orang ramai di lima kawasan zon larangan merokok di negeri ini dikesan masih belum menyedari peraturan baru diperkenalkan kerajaan itu, walaupun dikuatkuasakan secara rasmi mulai semalam.

Tinjauan di lima zon iaitu di tapak Warisan Dunia, Melaka Raya, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), bandar Jasin dan Alor Gajah mendapati aktiviti merokok berlaku berleluasa secara terbuka.
Penyelaras Pusat Informasi Program Melaka Bebas Asap Rokok Jabatan Kesihatan negeri, Dr Ban Attan @ Talib berkata, tahap kesedaran orang ramai berhubung larangan merokok masih rendah, sekali gus memerlukan lebih banyak tindakan susulan diambil.

Beliau berkata, penguatkuasaan dilakukan pihaknya semalam lebih menjurus kepada pendekatan memberi nasihat dan pendidikan berbanding mengenakan kompaun.

"Maklum balas pada hari pertama penguatkuasaan menunjukkan ada yang belum menyedari larangan itu dan merokok dalam kawasan premis makanan di MITC.

"Namun, ramai perokok ditemui memilih merokok di luar bangunan, sekali gus menggambarkan kesedaran mereka untuk tidak membahayakan penghuni dalam kawasan tertutup," katanya.

Pada 5 Jun lalu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan lima lokasi di negeri ini diisytiharkan zon larangan merokok berkuatkuasa 15 Jun, sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesedaran orang ramai berhubung bahaya merokok.

Mereka yang menyalahi peraturan ini boleh didenda antara RM250 hingga RM10,000 atau penjara tidak lebih dua tahun jika sabit kesalahan. Proses penguatkuasaan dilakukan Jabatan Kesihatan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT) di semua zon terbabit.

Dr Ban berkata, pihaknya menggunakan pendekatan pemantauan dan penguatkuasaan secara berkala selepas ini, selain mengambil gambar perokok sebagai bukti sebelum mengkompaun mereka.

Katanya, Jabatan Kesihatan negeri juga menyediakan talian khas iaitu Quit Line dengan nombor 06-2316755 untuk perokok yang berhasrat memperoleh sokongan dan khidmat nasihat untuk berhenti merokok.

Ketua Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Alor Gajah, Zainol Abidin Ariffin pula berkata, tinjauan pagi semalam berjaya mengesan lima individu merokok di kawasan gerai makanan.

Situasi sama juga berlaku di bandar Jasin, apabila orang ramai dilihat masih terus merokok, walaupun papan tanda peringatan terpampang di kawasan terbabit.

Sementara itu, pemandu teksi, Mohd Fadli Che Othman, 30, berkata papan tanda larangan merokok wajar dilakukan sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka terbabit.

Pelancong dari London, Barry Mathiason, 64, berkata penguatkuasaan itu idea yang baik walaupun kurang digemari perokok.

"Saya sendiri tidak menyedari kawasan di sekitar Jonker Walk zon larangan merokok kerana papan tanda kecil ditampal di dinding serta tiang premis. Pemandu pelancong juga tidak memaklumkannya kepada rombongan kami," katanya.

Pelancong Taiwan, Seow Wei Sin, 52, berkata, peraturan larangan merokok dalam bangunan dan kawasan tertentu di negaranya sudah dikuatkuasakan sejak 20 tahun lalu dan diharap berjaya dilakukan di sini.

 

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Pedih Ulu Hati

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

Antidepressants

Introduction Antidepressants are medicines that relieve the symptoms of depression.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,595,260

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia