Tompokan Mongolian (Mongolian blue spot)
- Perkara biasa pada bayi di Malaysia
- Tompokan kebiru-biruan
- Dijumpai terutama pada bahagian belakang, punggung dan kaki
- Berkurangan apabila kanak-kanak membesar
- Tidak menyebabkan apa-apa masalah
Cafe’ au lai spot
Tompokan Cafe’ au lait (Cafe’ au lait spot)
- Biasa berlaku pada orang yang mempunyai kulit gelap. Satu tompokan sahaja boleh berlaku dalam 10% – 20% kanak-kanak.
- Ia biasanya mempunyai warna yang samar semasa kelahiran dan mungkin bertambah dari segi saiz atau bilangan tompokan selari dengan umur.
- Tompokan-tompokan ini diwarisi disebabkan oleh kandungan melanin yang tinggi di dalam kulit.
- Tompokan berwarna coklat muda dan berkerutu.
- Boleh dijumpai pada mana-mana bahagian badan.
- Sekiranya terdapat lebih daripada enam tompokan bersaiz lebih besar daripada 0.5 cm untuk kanak-kanak atau lebih daripada 1.5 cm untuk remaja, tompokan ini mungkin tanda kepada keadaan yang jarang berlaku dipanggil neurofibromatosis, di mana ia berhubung kait dengan pertumbuhan kulit dan saraf.
Semakan akhir | : | 28 Ogos 2020 |
Penterjemah | : | Dr. Irene Cheah Guat Sim |
Dr. Terrence Thomas | ||
Dr. Umathevi Paramasivam | ||
Penyemak | : | Dr. Zainab bt. Kusiar |