A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

PEMERIKSAAN X-RAY KAKI

Pemeriksaan yang penting bagi mencari punca kepada sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan kaki dengan menjalankan pemeriksaan x-ray ke atas tulang kaki termasuk jari kaki, sebahagian tumit kaki dan tisu lembut pada kawasan kaki.

Apa Itu Pemeriksaan X-ray Kaki?

  • Pemeriksaan yang dijalankan oleh Juru X-ray kaki ke atas tulang di bahagian kaki.
  • Ia tidak menyakitkan.
  • Bahagian yang terlibat dalam pemeriksaan X-ray kaki ialah kaki termasuk jari kaki,sebahagian tumit kaki dan tisu lembut pada kawasan kaki.

Bagaimana Untuk Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda doktor tersebut akan menentukan samada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital dan klinik-klinik KKM yang menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik.

Bila Pemeriksaan Diperlukan?

  • Pemeriksaan X-ray kaki boleh membantu mencari punca-punca dan tanda-tanda seperti sakit, ketegangan, bengkak, atau kecacatan kaki. Ia boleh mengesan patah tulang atau dislokasi sendi.
  • Jika pembedahan kaki akan dijalankan, X-ray kaki akan diambil terlebih dahulu untuk membantu perancangan dalam pembedahan dan juga akan diambil selepas pembedahan.

Sebelum pemeriksaan

  • Anda dinasihatkan supaya tidak membawa dan memakai barang berharga.
  • Pesakit kanak-kanak boleh ditemani oleh ahli keluarga dewasa.
  • Pastikan anda tidak mengandung atau disyaki mengandung. Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau di syaki mengandung.
  • Anda akan diberi penerangan awal mengenai prosedur yang akan dijalankan.
  • Anda mungkin perlu menukar pakaian kepada pakaian hospital.

Semasa pemeriksaan

  • Dua projeksi asas yang biasa dilakukan adalah:

Anteroposterior (AP) – bagi melihat sendi kaki dari sisi hadapan

Oblik – untuk melihat struktur keseluruhan kaki dari aspek pandangan sudut berlainan

  • Pemeriksaan kebiasaanya akan dijalankan secara berbaring, duduk atau berdiri.
  • Alat perlindungan sinaran akan diberikan semasa pemeriksaan dijalankan.
  • Pemeriksaan ini mengambil masa lebih kurang 10 minit sahaja.
  • Projeksi tambahan mungkin akan dilakukan jika diperlukan.

pemeriksaan_x-ray_kaki_1a pemeriksaan_x-ray_kaki_1b

Gambar 1: Contoh bagaimana X-ray kaki dilakukan.

Sumber: http://www.radtechonduty.com/2012/09/ap-oblique-projection-medial-rotation.html

Selepas pemeriksaan

  • Anda akan dibenarkan pulang selepas pemeriksaan dijalankan.

pemeriksaan_x-ray_kaki_2

Gambar 2: Contoh imej X-ray kaki yang normal.

Sumber: http://orthoanswer.org/foot-ankle/fracture-foot-ankle/investigations.html

Laporan Pemeriksaan

  • Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.
  • Keputusan pemeriksaan akan dihantar terus kepada doktor yang merawat anda.

Rujukan

  1. http://kidshealth.org/parent/system/medical/xray_foot.html#
  2. http://www.footvitals.com/injuries/foot-xray.html
  3. http://www.radtechonduty.com/2012/09/ap-oblique-projection-medial-rotation.html
  4. http://orthoanswer.org/foot-ankle/fracture-foot-ankle/investigations.html

 

Semakan Akhir : 2 Jun 2016
Penulis : Khairun Nisa’a binti Khairul Zaman
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,968,718

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia