A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Radiologi
  6. /
  7. Kaedah Pemeriksaan
  8. /
  9. PEMERIKSAAN BARIUM SWALLOW

PEMERIKSAAN BARIUM SWALLOW

Apakah Pemeriksaan Barium Swallow?

  • Merupakan satu pemeriksaan khas radiologi ke atas sistem percernaan (Upper Gastrointestinal Tract-esofagus dan perut). Sejenis media kontras iaitu barium sulphate perlu diminum untuk mengkaji sebarang abnormaliti pada bahagian esofagus dan perut dengan menggunakan peralatan floroskopi.
  • Pakar radiologi akan dapat melihat keseluruhan sistem upper gastrointestinal tract dengan lebih jelas semasa media kontras mengalir melalui esofagus dan perut.
  • Pemeriksaan ini akan dilakukan oleh pakar radiologi, Juru X-ray dan dibantu oleh jururawat.

(a)                                                                                                          (b)

Gambar 1: (a) Pesakit meminum media kontras dalam prosedur pemeriksaan barium meal, (b) Imej sistem upper gastrointestinal tract pada skrin

Sumber: (a) www.familydoctor.co.uk, (b) www.windowssearch-exp.com

Bila Pemeriksaan Diperlukan?

  • Pemeriksaan barium swallow dilakukkan untuk mencari punca masalah yang terdapat pada esofagus.
  • Di antara permasalahan yang memerlukan pemeriksaan barium swallow dilakukan adalah ketumbuhan, jangkitan dan kesukaran untuk menelan.

Bagaimana Mendapatkan Pemeriksaan Ini Dan Di Mana?

  • Apabila anda datang berjumpa dengan doktor yang merawat anda, doktor tersebut akan menentukan sama ada anda memerlukan pemeriksaan ini.
  • Sekiranya perlu doktor tersebut akan membuat permohonan pemeriksaan menggunakan Borang Permohonan Pemeriksaan Radiologi.
  • Pemeriksaan ini terdapat di hospital-hospital KKM yang terpilih.

Persediaan Pemeriksaan

  • Untuk pemeriksaan barium swallow, persediaan adalah seperti berikut

– Anda hanya perlu berpuasa sekurang-kurangnya 6 jam sebelum pemeriksaan.

– Anda boleh makan ubat-ubatan harian seperti biasa.

  • Sila bawa bersama kad klinik/ buku klinik dan filem-filem x-ray lama termasuk filem barium swallow terdahulu (jika ada).

Sebelum Pemeriksaan

  • Anda akan ditanya sama ada anda telah mematuhi arahan persediaan untuk pemeriksaan barium swallow.
  • Sila maklumkan kepada Juru X-ray sekiranya anda mengandung atau disyaki mengandung.
  • Juru X-ray akan menerangkan tentang pemeriksaan yang akan dijalankan.
  • Anda diminta menanggalkan barang kemas/ perhiasan, jam tangan, gigi palsu, cermin mata dan menukar pakaian kepada gaun hospital yang disediakan.

Semasa Pemeriksaan

  • Anda diminta berdiri di sisi meja pemeriksaan sambil memegang cawan yang mengandungi media kontras.
  • Anda perlu menelan media kontras tersebut apabila diarahkan.
  • Pakar radiologi akan mengambil beberapa siri imej x-ray semasa anda menelan di dalam posisi tertentu dengan dibantu oleh Juru X-ray.
  • Pemeriksaan ini mengambil masa antara 20 – 30 minit.

Selepas Pemeriksaan

  • Selepas pemeriksaan, anda boleh makan dan minum seperti biasa.
  • Anda digalakkan minum banyak air kosong dalam masa 24 jam selepas pemeriksaan.
  • Najis akan berwarna putih untuk beberapa hari selepas pemeriksaan.
  • Jumpa doktor anda dengan segera sekiranya:

– Anda mengalami masalah sembelit beberapa hari selepas pemeriksaan dijalankan.

– Sakit pada bahagian abdomen (perut).

Laporan Pemeriksaan

Semua imej yang dihasilkan akan diteliti oleh pakar radiologi dan laporan akan disediakan.

Privasi

Pihak Jabatan akan sentiasa memastikan privasi anda sepanjang pemeriksaan dilakukan.

Rujukan

  1. https://en.wikipedia.org/wiki/Upper_gastrointestinal_series
  2. www.emedicinehealth.com
  3. www.hopkinsmedicine.org
  4. www.radiologyinfo.org/

 

Semakan Akhir : 3 Januari 2017
Penulis : Mohammad Saharuni bin Ibrahim
Akreditor : Daud bin Ismail

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,563,150

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia