A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

KENALI KAMI JTMP

JTMP adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan yang terlibat dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu pra-klinikal, klinikal dan pasca-klinikal. JTMP ialah profesional SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal klinikal.

Pengenalan

Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP) adalah satu daripada beberapa profesion Sains Kesihatan Bersekutu (SKB). Profesion ini tersembunyi daripada umum sebab mereka yang berada di dalam profesion ini bertugas di belakang tabir, tidak seperti Jururawat dan Penolong Pegawai Perubatan. JTMP adalah tunjang kepada perkhidmatan makmal perubatan yang terlibat dalam semua peringkat perkhidmatan makmal iaitu pra-klinikal, klinikal dan pasca-klinikal. JTMP ialah profesional SKB yang terlibat dalam proses pengdiagnosan untuk rawatan, rehabilitasi dan pencegahan melalui ujian-ujian makmal klinikal. Berperanan dalam mengendalikan ujian diagnostik ke atas pelbagai spesimen pesakit berdasarkan permohonan ujian dari pegawai dan pakar perubatan di Makmal Patologi hospital, klinik kesihatan dan Institusi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut prosedur yang ditetapkan. Selain itu, JTMP yang bertugas di Institusi Penyelidikan Perubatan dan Makmal Kesihatan Awam bertanggungjawab dalam membantu aktiviti penyelidikan dan pengawasan. Manakala bagi JTMP yang bertugas di Pusat Darah Negara dan Makmal Transfusi Negeri, mereka bertanggungjawab dalam mengendalikan ujian saringan penderma darah, pemprosesan produk darah, ujian keserasian darah sehinggalah pembekalan darah yang selamat kepada pesakit.

Kerjaya Juruteknologi Makmal Perubatan

    • Latihan separa perubatan
      • Seorang individu boleh memohon melalui laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan memilih jawatan JTMP daripada beberapa jawatan yang ditawarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
      • Calon yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan akan disaring melalui peperiksaan dan temuduga.
      • Pemohon yang berjaya akan ditawarkan untuk mengikuti kursus Teknologi Makmal Perubatan yang dikendalikan oleh Institut Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia (ILKKM) (Teknologi Makmal Perubatan) di Kuala Lumpur ILKKM, Kuching Sarawak.
      • Pelajar akan diberi biasiswa atau elaun sepanjang latihan 3 tahun dan kemudahan penginapan.
      • Berikut adalah bidang utama sains makmal perubatan:
        1. Patologi Kimia
        2. Hematologi (kaji darah)
        3. Mikrobiologi (kaji kuman)
        4. Histopatologi (kaji tisu)
        5. Sitologi(kaji sel)
        6. Perubatan Transfusi
      • Setelah tamat latihan dan lulus peperiksaan yang diwajibkan pelajar-pelajar akan dianugerahkan Diploma Teknologi Makmal Perubatan dan dilantik sebagai Juruteknologi Makmal Perubatan (JTMP).
    •  
    • Lulusan diploma
      • Diploma dalam bidang teknologi makmal perubatan atau bidang berkaitan yang dikiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  •  
  • Penempatan
    • JTMP yang telah diperakukan akan ditempatkan di makmal-makmal hospital, klinik kesihatan dan lain-lain institusi kesihatan awam mengikut kekosongan jawatan

Tugas-Tugas JTMP Di Makmal

  • Menjalankan ujian – ujian makmal mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Mengeluarkan keputusan ujian.
  • Memproses darah penderma bermula dari pungutan sehinggalah kepada pembekalan darah yang selamat kepada pesakit.
  • Menjalankan penyelenggaraan peralatan di unit – unit mengikut jadual yang ditetapkan.
  • Menjalankan kalibrasi dan ujian kawalan mutu dalaman dan luaran.
  • Menguruskan penghantaran spesimen ke makmal rujukan. dan keputusan dari makmal rujukan.
  • Mempastikan indikator kualiti dicapai.
  • Menyediakan laporan dan menyimpan rekod berkaitan mengikut prosedur yang ditetapkan.
  • Mengumpul data beban kerja unit .
  • Membantu dalam penyelidikan dan pengawasan.
  • Bertanggungjawab menjaga aset jabatan.
  • Pengurusan berkaitan kewangan dan sumber manusia.

Perkembangan kerjaya JTMP

 

Kesimpulan

Peranan JTMP dalam menyampaikan perkhidmatan patologi tidak dapat dinafikan. Ini dibuktikan dengan 80% jumlah anggaran kakitangan Makmal Patologi di hospital,klinik kesihatan dan institusi kesihatan di bawah KKM terdiri dari JTMP. Kenyataan ini diperkukuhkan lagi apabila negara dan dunia berhadapan dengan pandemic covid19, apabila masyarakat umum mula mengenali nama JTMP dan peranannya dalam mengendalikan spesimen wabak berkenaan walaupun hanya berkhidmat di belakang tabir. Sebagai kesimpulan, JTMP merupakan antara komponen utama dalam menggerakkan perkhidmatan patologi dan patologi adalah salah satu dari tonggak utama dalam sektor perubatan dan kesihatan negara.

Rujukan

  1. http://www.spa.gov.my
  2. Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Latihan KKM.
  3. Sumber dari Ketua Profesion JTMP KKM.

 

Semakan Akhir : Februari 2024
Penulis : Nor Suzira Deraman
Penyemak : Wan Nor Azma Wan Salleh

Artikel Berkaitan

Mari Belajar Sebut Bunyi /r/

Para pengkaji dan pakar terapi pertuturan turut mengakui bunyi /r/ adalah bunyi yang paling sukar untuk diperbetulkan berbanding bunyi-bunyi lain.

Motivasi Ibu Tunggal

  Sumber: http://www.google.com.my/imgres?imgurl=http%3A%2F%2Fyangmenarik.weebly.com Seseorang wanita ditakrifkan sebagai Ibu Tunggal sekiranya

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,489,161

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia