A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Dewasa
  4. /
  5. Kesihatan Orang Kurang Upaya...
  6. /
  7. AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI...

AKTIVITI RIADAH DAN REKREASI UNTUK ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Walaupun terdapat  pelbagai aktivit yang ditawarkan untuk golongan Orang Kurang Upaya  untuk bersosial  dan meluahkan perasaan, hidup sihat , tetapi  golongan ini menghadapi cabaran untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Adakah anda tahu bahawa 15% daripada populasi penduduk dunia mempunyai ketidakupayaan? (sumber: WHO). Lihat disekeliling komuniti anda. Adakah anda perasan dengan kehadiran mereka? Adakah mereka dilibatkan di dalam aktiviti luar atau hanya duduk diam sahaja di rumah?

Sebagai seorang Pegawai/Jurupulih Pemulihan Perubatan Carakerja, tugas utama kami adalah untuk  memaksimakan keupayaan OKU agar mereka dapat menikmati kehidupan yang berkualiti dengan melibatkan mereka dengan aktiviti yang mereka MAHUkan, INGINkan, atau MENGHARAP dapat melakukan aktiviti tersebut dengan mengubahsuai pekerjaan atau persekitaran mereka (WFOT 2012).

Walaupun terdapat  pelbagai aktivit yang ditawarkan untuk golongan Orang Kurang Upaya  untuk bersosial  dan meluahkan perasaan, hidup sihat , tetapi  golongan ini menghadapi cabaran untuk melakukan aktiviti berkenaan.

Di dalam artikel 26, Habilitasi dan Pemulihan, Persidangan Hak-Hak Asasi bagi OKU (CRPD) United Nations:
”… melalui sokongan rakan-rakan dan ahli keluarga, OKU boleh kekal di tahap keberdikarian maksimum, dengan penyertaan penuh dari aspek fizikal, mental, sosial dan kebolehan vokasional bersama-sama dengan golongan bukan OKU”.

10 Faedah Beriadah / Berekreasi Bag Orang Kurang Upaya(i OKU )

  1. Berasabangga dengan pencapaian
  2. Perasaan mendorong apabila membuat sesuatu aktivit yang disukai .
  3. Meningkatkan taraf  kesihatan
  4. Berpeluang untuk bersosial dengan orang lain
  5. Dapat berseronok dengan rakan rakan
  6. Meningkatkan tahap stamina diri
  7.  Meningkatkan keyakinan dalam diri
  8. Meningkatkan fungsi jantung dan paru-paru
  9. Tidak keseorangan dan dapat bersama-sama rakan  menikmati hidup
  10. Dapat meluangkan masa dengan rakan-rakan

 

Terdapat beberapa faktor yang perlu diambilkira sebelum melakukan aktiviti riadah / rekreasi:

  1. Mengenalpasti Minat: Kenali  individu  dari segi

 

  • kemahiran  
  • minat,
  • keupayaan fizikal dan
  • tahap keupayaan sosial

Perkara diatas adalah perlu diambilkira apabila mempromosi aktiviti rekreasi,  agar OKU dapat melaksanakan aktiviti tersebut dengan jayanya.

Penglibatan ahli keluarga adalah kunci utama untuk meneroka minat mereka .Ini kerana untuk mencuba pelbagai aktiviti riadah / rekreasi yang mampu menarik minat OKU, memerlukan banyak masa dan tenaga. Oleh itu, ahli keluarga perlulah meluangkan masa  dan tenaga untuk memilih aktiviti yang sesuai dengan keupayaan dan minat mereka.

 

  1. Sumber yang terdapat di  Komuniti –  dengan Mengenali Komuniti tempatan
  • Bagi membantu OKU untuk melibatkan diri di dalam aktiviti riadah / rekreasi,  ahli keluarga dan Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja mestilah peka dengan peluang-peluang yang ada di komuniti tempatan tersebut
  • Meluangkan masa bersama jiran- jiran  dengan membuat aktiviti bersama seperti  membaca akhbar-akhbar / majalah atau terlibat dalam  talian ”group whatsapp” perjiranan
  • Berbincang dengan Pegawai/Jurupulih Perubatan Carakerja bagaimana untuk melibatkan diri di dalam aktiviti  kumpulan sokongan ( support Group ) di taman perumahan anda .

 

Berikut adalah kumpulan-kumpulan sokongan OKU yang biasa terdapat di hospital-hospital kerajaan di Malaysia:

  • Kumpulan Sokongan Spinal
  • Kumpulan Sokongan Strok
  • Kumpulan Sokongan Amputee
  • Kumpulan Sokongan Kanak-kanak
  • Kumpulan Sokongan Serebral Palsi
  • Kumpulan Sokongan Kanak-kanak dan Remaja
  • Kumpulan Sokongan Psikiatri Dewasa

 

Cadangan Aktiviti Riadah / Rekreasi: Aktiviti yang boleh dilakukan di dalam rumah dan di luar rumah

  1. Aktiviti Seni

 

Melukis, melakar menggunakan kanvas, kain, buku skrap, atau membuat gelang/rantai menggunakan manik adalah aktiviti terapeutik yang boleh dilakukan OKU. Seni adalah medium kreatif yang sesuai untuk meluahkan perasaan.

  1. Terapi Muzik

 

Menyanyi sambil bertepuk tangan, menikmati irama lagu sambil menyanyi, atau bermain laat muzik juga merupakan aktiviti riadah / rekreasi yang boleh dilakukan oleh OKU.

  1. Aktiviti Indoor:

Menyelesaikan teka silangkata / ”board puzzle,  membuat kolaj daripada majalah adalah antara aktiviti ringkas dan mudah serta menyeronokkan untuk dilakukan.

 

Contoh aktiviti Indoor  untuk kanak-kanak OKU

  • Mewarna batu – bersihkan batu-batu  dan minta mereka lukis / warna di atas batu-batu  dengan warna-warna terang.
  • Membuat kolej – dengan menggunakan  kertas warna, tali, butang,  klip kertas dan laian lain barang di dalam rumah ,dan tampal di atas kertas tebal dengan menggunakan idea dan kreativiti mereka sendiri.
  • Album keluarga,- terangkan  tentang siapa di dalam gambar tersebut. Kemudian terangkan pula kualiti peribadi / personaliti /  orang di dalam gambar tersebut. Ini dapat menimbulkan kesedaran tentang kualiti perhubungan sesama ahli keluarga.
  • Sediakan mangkuk, isikan pelbagai jenis kekacang dan beras. Kemudian minta mereka untuk mengasingkan barang-barang tersebut ke dalam bekas-bekas berasingan.
  • Mainkan muzik, minta mereka menari dan bertepuk tangan dan menggerakkan kaki mengikut irama muzik tersebut.
  1. Aktiviti Riadah  luar rumah
  • Aktiviti Fizikal

 

Berenang, menari, aktiviti aerobik adalah di antara aktiviti yang boleh dilakkukan. Teknik melihat dan merasa / visual and tactile techniques boleh digunakan semasa memberi arahan bagaimana untuk melakukan aktiviti yang mereka tidak pernah lakukan. Seboleh-bolehnya Fasilitator / Pegawai/Jurupulih Pemulihan Perubatan Carakerja perlu menggunakan strategi yang sama seperti strategi yang di gunakan untuk mereka yang bukan OKU. Ini penting sebagai kriteria inklusif OKU di dalam komuniti.

  • Memancing

Memancing adalah aktiviti yang popular dikalangan komuniti OKU. Ini disebabkan aktiviti ini dapat memberikan peluang kepada mereka untuk merasai / menikmati kegembiraan di luar rumah dan di dalam persekitaran yang sihat.

  • Memanah

Kini banyak pusat-pusat rekreasi yang menawarkan aktiviti sukan memanah yang sesuai untuk OKU menyertainya. Ia juga biasanya dilengkapi dengan peralatan-perlatan yang telah diadaptasi sesuai dengan golongan OKU.

  • Bowling

Aktiviti ini mudah diadaptasi, oleh itu ia sesuai dan boleh dimainkan oleh sesiapa sahaja. Peralatan yang telah diadaptasi seperti gutter rails, ball with handles, ramps dan rails untuk mereka yang mempunyai masalah penglihatan boleh di dapati di kebanyakan pusat-pusat bowling.

  • Dart

Dengan bantuan dan tunjuk ajar, golongan OKU serta mereka yang menggunakan kerusi roda boleh menyertai serta mahir di dalam permainan ini.

Kesimpulan

Peranan ahli keluarga, Pegawai/Jurupulih Pemulihan Perubatan Carakerja, organisasi di komuniti serta mengambil kira aspek keinginan dan minat merupakan aspek penting di dalam membolehkan golongan OKU untuk beriadah / berekreasi, serta menjalani kehidupan bermakna dan boleh meningkatkan kehidupan ke arah yang lebih berkualiti (QOL).

Sumber Rujukan
World Federation of Occupational Therapist (WFOT)
http://www.un.org/disabilities/documents/convention/convoptprot-e.pdf

 

Semakan Akhir :  30 April 2018
Penulis : Nora Binti hamid
Akreditor : Peremalatha A/P Sundram

Artikel Berkaitan

Bakteria vs Virus

  Pengenalan Bakteria dan virus adalah antara mikroorganisma penting dalam

Sindrom Ovari Polisistik (PCOS)

Sindrom Ovari Polisistik adalah satu sindrom yang boleh memberi kesan kepada kitaran haid, kesuburan dan rupa fizikal seseorang wanita yang mengidapinya.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,938,231

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia