A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pra Perkahwinan

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing

Ujian saringan HIV pra-perkahwinan boleh dilakukan di mana-mana Klinik Kesihatan di Malaysia dan dilaksanakan secara percuma. Tujuan utama ujian ini adalah bagi membolehkan individu mengetahui status HIV masing-masing, terutamanya di kalangan yang berisiko samada telah dijangkiti HIV atau sebaliknya dan seterusnya mengambil tindakan yang wajar bagi mencegah transmisi penyakit ini kepada orang lain. Mana-mana individu yang telah dijangkiti akan diberikan pendidikan kesihatan, kaunseling, rawatan dan sebagainya bagi memastikan kesihatan mereka sentiasa dipelihara.

PROSEDUR PERLAKSANAAN UJIAN SARINGAN HIV DI KLINIK KESIHATAN KERAJAAN.

  • Bakal pengantin hendaklah mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran serta  melengkapkan borang permohonan ujian Saringan HIV pra-perkahwinan.
  • Ujian saringan HIV menggunakan kaedah ujian pantas (Rapid test) akan dilakukan oleh anggota klinik
  • Keputusan ujian saringan HIV dengan kaedah ujian pantas (Rapid test) boleh diketahui dalam masa 5 hingga 20 minit (bergantung kepada jenis kit yang digunakan). Keputusan  ujian saringan HIV akan dimaklumkan kepada bakal pengantin.
  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) TIDAK REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan dimaklumkan tentang keputusan tersebut.
    • Bakal pengantin tidak perlu melalui kaunseling kecuali bagi mereka yang didapati berisiko untuk dijangkiti HIV.
    • Bagi bakal pengantin yang mempunyai risiko beliau diberi kaunseling dan perlu diberi temujanji untuk mengulangi semula ujian saringan HIV di Klinik Kesihatan dalam tempoh 3 – 6 bulan.
  • Bagi keputusan ujian saringan HIV (Rapid test) REAKTIF:
    • Bakal pengantin akan diberi kaunseling serta ujian  pengesahan (confirmatory test) akan dilakukan. Keputusan ujian pengesahan HIV pada kebiasaannya akan mengambil masa selama 2 minggu. Oleh yang demikian bakal pengantin akan diberi temujanji untuk datang semula ke Klinik Kesihatan, dalam tempoh 2 – 3 minggu berikutnya untuk mengambil keputusan dan menjalani kaunseling.
    • Keputusan ujian pengesahan dan kaunseling akan diberikan kepada bakal pengantin.
    • Keputusan ujian adalah samada bakal pengantin disahkan HIV positif (telah dijangkiti) atau negatif.

Keputusan HIV Rapid Test adalah rahsia.
Keputusan sama ada pasangan bakal pengantin mahu meneruskan perkahwinan adalah di tangan mereka.
Buat masa sekarang, hanya pasangan muslim yang wajib menjalani ujian saraingan HIV Pra Perkahwinan. Bagi pasangan dari agama lain, mereka digalakkan untuk menjalani ujian saringan HIV ini.

Semakan Akhir : 28 Ogos 2020
Penulis : Md Sabtuah b. Mohd Royali
Penyemak : Dr. Nor Faizah bt. Ghazali

Artikel Berkaitan

Ibu Mengandung

Jangkitan vertikal dari ibu yang di jangkiti HIV kepada janin (bayi dalam kandungan) berlaku secara terus melalui uri (placenta).

Tanpa Nama (VCT)

Ujian ini mudah didapati, ringkas dan tidak sakit. Perkhidmatan ini diberikan secara PERCUMA di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan. Maklumat anda dan keputusan ujian akan dirahsiakan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,499,610

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia