A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Bayi & Kanak-Kanak
  4. /
  5. Ginjal
  6. /
  7. Penyakit Ginjal Kronik

Penyakit Ginjal Kronik

Apakah penyakit ginjal kronik?

Penyakit ginjal kronik berlaku apabila ginjal dan salur air kencing anda tidak berfungsi secara normal.

Fungsi ginjal yang sihat ialah:-

  • Menapis darah supaya menjadi air kencing dan mengeluarkan bahan kumuhan dari darah.
  • Mengawal tekanan darah
  • Mengawal pengeluaran sel darah merah
  • Mengawal keseimbangan asid base

Sebab-sebab penyakit ginjal kronik

  • Jangkitan air kencing mengakibatkan parut terjadi di ginjal
  • Penyekatan menyebabkan pengeluaran urin dari ginjal gagal dan seterusnya menyebabkan kerosakkan ginjal.
  • Keabnormalan ginjal sejak lahir
  • Glomerulonephritis ( kerosakkan disebabkan radang di ginjal)
  • Penyakit keturunan seperti Alports, polisistik ginjal.

Apabila ginjal gagal berfungsi, keadaan ini dipanggil kegagalan ginjal. Peringkat akhir kegagalan ginjal terjadi apabila kegagalan menjadi teruk dan kekal. Kanak-kanak ini memerlukan dialisis atau pemindahan ginjal untuk meneruskan kehidupan.

Apakah tanda-tanda yang ditunjukkan oleh kanak-kanak yang mengalami penyakit ginjal kronik ?

Perlu diingat kanak-kanak dengan kegagalan ginjal kronik mungkin tidak menunjukkan sebarang gejala sehingga ginjal gagal menjalankan fungsinya sekurang-kurangnya 80 %. Gejala –gejalanya ialah:-

  • Mudah keletihan dari biasa
  • Pucat
  • Loya, muntah dan kurang selera makan.
  • Pembesaran tidak memuaskan
  • Bengkak kaki (edema)
  • Tekanan darah tinggi

Masalah apakah yang akan timbul dari penyakit ginjal kronik?

Kehilangan fungsi renal secara mendadak akan menyebabkan kegagalan ginjal teruk dengan masalah seperti berikut:

  • Pengumpulan cecair di kulit dan paru-paru.
  • Kegagalan jantung disebabkan cecair berlebihan.
  • Tekanan darah tinggi
  • Sawan
  • Hilang tumpuan

Pada peringkat ini kanak-kanak perlu menjalani dilasis untuk meneruskan kehidupan.

Rawatan dan ubahsuai pemakanan.

  • Perubahan pemakanan contoh: cukup kalori dan zat-zat keperluan, kurangkan pengambilan tenusu dan kekacang yang mana tinggi kandungan fostat.
  • Kurangkan pengambilan cecair sekiranya pengeluaran air kencing kurang. Beri ketulan air batu untuk dihisap sekiranya kanak-kanak rasa haus.
  • Sekiranya anak anda mengalami tekanan darah tinggi, kurangkan pengambilan garam.
  • Ubatan yang diarahkan oleh doctor untuk anak anda seperti:
    • Ubat-ubatan untuk mengawal tekanan darah.
    • Ubat-ubatan untuk menurunkan tahap fosfat.
    • Pemberian Vitamin D.
    • Pemberian zat besi dan folat.

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengelakkan terjadinya penyakit ginjal kronik?

  • Rawat jangkitan urin dengan segera.
  • Lakukan ujian saringan untuk penyakit ginjal sekiranya ada diantara ahli keluarga mengalami penyakit ginjal keturunan atau peringkat akhir kegagalan ginjal.

Pemulihan

Lakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan sekiranya anak berdaya.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Lee Ming Lee
  : Dr. Lynster Liaw Chiew Tung
Penyemak : Dr. Lee Ming Lee

Artikel Berkaitan

Dialisis

Apa itu dialisis? Dialisis adalah rawatan yang mengambil alih tugas-tugas

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,546,543

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia