A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 800 klinik gigi di...

800 klinik gigi di pedalaman

Utusan Malaysia

Selasa, 21/06/2011

800 klinik gigi di pedalaman
Oleh SITTI NOR AZIZAH TALATA

KOTA KINABALU 20 Jun – Jabatan Kesihatan Sabah (JKS) akan menempatkan kira-kira 800 klinik gigi mini di kawasan pedalaman di negeri ini bagi memudahkan penduduk mendapat rawatan pergigian.

Pengarahnya, Dr. Mohd. Yusuf Ibrahim berkata, ia merupakan perancangan jangka panjang pihaknya dalam meningkatkan perkhidmatan kesihatan kepada penduduk di luar bandar di negeri ini.

"Pihak jabatan semalam telah melancarkan perkhidmatan pergigian, ia sekali gus menambah jenis perkhidmatan doktor udara sedia ada di pedalaman Sabah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd. Yusuf berkata, sebagai permulaan, perkhidmatan doktor pergigian udara tersebut akan ke 14 buah kawasan pedalaman di Pantai Barat Sabah.

Katanya, pasukan doktor terbabit terdiri daripada seorang doktor gigi dan dua jururawat yang akan pergi ke kampung-kampung bagi memberi rawatan percuma kepada penduduk.

"Mereka akan menyediakan perkhidmatan rawatan pergigian asas seperti pemeriksaan asas untuk mengesan kanser mulut, cabut gigi dan tampalan," ujarnya.

Sehubungan itu, beliau menyarankan agar penduduk kampung di kawasan pedalaman yang sebelum ini sukar ke hospital dan klinik untuk mendapatkan rawatan pergigian, mengambil kesempatan dengan adanya doktor perkhidmatan udara ini.

Mengenai klinik mini, Mohd. Yusof berkata, pihaknya telah mengenal pasti sekolah-sekolah yang mempunyai kemudahan air dan elektrik sedia ada untuk menempatkan klinik mini tersebut.

"Klinik mini itu akan mempunyai pembantu kesihatan dan beberapa orang jururawat," katanya.

Menurut beliau, JKS juga berharap agar dapat melancarkan perkhidmatan klinik bot bergerak menjelang Ogos ini khusus untuk kawasan Sungai Kinabatangan, Sandakan.
  {module berita:news}

Artikel Berkaitan

Ogos 2011

13th August 2011 Persatuan Diabetes Malaysia (PDM) is conducting an

Karnival WALK

WALK adalah Kempen Gaya Hidup Aktif yang diformulasi untuk rakyat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,759

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia