A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. 868 klinik, farmasi, premis...

868 klinik, farmasi, premis diperiksa tahun lalu

Utusan Malaysia

Khamis, 30/06/2011

868 klinik, farmasi, premis diperiksa tahun lalu

NUSAJAYA 29 Jun – Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Johor telah memeriksa 253 premis berdaftar (klinik), 115 farmasi dan 500 premis tidak berlesen (toko ubat Melayu, Kedai ubat Cina dan kedai runcit) pada 2010.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr. Robia Kosai berkata, sehingga bulan Mei lalu pula, sebanyak 51 klinik, 40 farmasi dan 240 premis tidak berdaftar sudah diperiksa.

"Hasil pemeriksaan mendapati dua kes melibatkan seorang doktor klinik yang menyimpan sejenis ubat penenang (ubat psikotropik) dan seorang pengamal tradisional Cina masih menyimpan ubat minum sudah luput tarikh.

"Pemeriksaan ini adalah rutin biasa yang dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan peniaga mematuhi peraturan pembekalan dan penjualan ubat-ubatan," katanya menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Datuk Ng See Tiong pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Kota Iskandar di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) juga sudah menyediakan pelbagai langkah dan cara bagi mengesan ubat-ubatan yang sudah luput tarikh serta tamat tempoh di pasaran.

Menurutnya, kerajaan menetapkan semua produk farmaseutikal atau ubat-ubatan yang dijual perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawasan Dadah (PBKD) Kementerian Kesihatan.

"Penguat kuasaan ke atas pengedaran dan penjualan ubat- ubatan dijalankan oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, JKNJ dengan melakukan pemeriksaan rutin ke atas premis yang mengendalikan aktiviti tersebut.

"Malah cawangan Penguat kuasaan Farmasi, JKNJ juga sudah mengambil tindakan segera ke atas sebarang aduan berkaitan dengan pengedaran atau penjualan ubat-ubatan yang tarikh luput tamat tempoh bagi menghalang ia dijual secara berleluasa," katanya.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Denggi

Download: Transkipsi DENGGI Dalam tidak sedar, anda mengundangnya. Membenarkannya mengganggu

Umum

Soalan 1 Apakah perkhidmatan Tanya Pakar ? Perkhidmatan ini adalah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,552,456

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia