A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pengenalan

Chikungunya adalah jangkitan virus yang merebak kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes. Virus Chikungunya pertama kali diasingkan daripada darah pesakit yang demam di Tanzania pada tahun 1953. Penyakit Chikungunya adalah endemik di kawasan tropika terutamanya di Afrika dan India. Penyakit ini telah menular ke Asia Tenggara di mana kes-kes telah dilaporkan di Singapura, Indonesia, Filipina, Thailand dan Malaysia. Jangkitan pertama penyakit Chikungunya di Malaysia telah dilaporkan pada tahun 1998 di Pelabuhan Klang./p>

Agen penyebab: Virus Chikungunya (CHIKV) tergolong dalam genus alphavirus dalam keluarga Togaviridae.

Cara jangkitan: Virus ini disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang dijangkiti virus Chikungunya.

Tempoh pengeraman: 3 hingga 12 hari.

Tanda dan gejala

Demam panas yang mengejut serta sakit sendi (terutamanya di pergelangan tangan, lutut, buku lali dan sendi-sendi kecil), loya, sakit kepala, sakit mata dan ruam pada anggota badan.

Komplikasi

Tiada kematian disebabkan oleh penyakit Chikungunya pernah dilaporkan. Walau bagaimanapun sakit sendi boleh berlanjutan sehingga beberapa bulan atau tahun.

Rawatan

Pesakit yang mempunyai tanda dan gejala yang dinyatakan di atas hendaklah mendapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital berdekatan.

Tiada rawatan spesifik untuk pesakit Chikungunya di mana rawatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan gejala penyakit Chikungunya. Pesakit dinasihatkan agar mendapatkan rehat yang mencukupi, meminum air yang banyak dan mengambil ubat berdasarkan kepada nasihat doktor untuk melegakan gejala penyakit.

Tiada vaksin atau rawatan antiviral khusus untuk Chikungunya.

Pencegahan

    • Musnahkan tempat-tempat pembiakan nyamuk Aedes dan lakukan pemeriksaan 10 minit seminggu untuk memastikan kawasan persekitaran kita bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes.

 

    • Tutup tingkap atau bidai pada waktu awal pagi dan lewat petang apabila berada dalam bangunan. Gunakan semburan racun serangga, lingkaran ubat nyamuk atau kepingan penghalau nyamuk.

 

    • Kurangkan aktiviti luar di waktu awal pagi dan lewat petang bagi mengurangkan pendedahan kepada gigitan nyamuk Aedes terutamanya di lokaliti bermasalah penyakit Chikungunya.

 

    • Gunakan ubat penjauh serangga (‘insect repellant’) pada kulit yang terdedah berdasarkan panduan yang diberikan oleh syarikat pengeluar semasa menjalankan aktiviti luar di waktu awal pagi dan lewat petang.

 

  • Pakai pakaian berlengan panjang dan seluar panjang terutamanya semasa menjalankan aktiviti luar di waktu awal pagi dan lewat petang. Cuba elakkan memakai pakaian berwarna gelap (kerana warna gelap akan menarik perhatian nyamuk).

Sumber

  1. International Travel & Health, WHO 2006.
  2. Control of Communicable Diseases Manual, 18th Edition by David L. Heymann, MD, Editor, 2004
  3. Garis panduan Pencegahan & Kawalan Penyakit Chikungunya Di Malaysia, Edisi 2, Kementerian Kesihatan Malaysia 2012.
Semakan Akhir : 19 Jun 2013
Penulis : Dr. Norhayati Rusli

 

Artikel Berkaitan

Demam Kuning

Pengenalan Demam Kuning adalah satu penyakit berjangkit yang akut. Dikenali

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,358

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia