A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Mengatasi Keganasan Rumah Tangga

Pengenalan

Keganasan rumah tangga sering berlaku.

Di Malaysia, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) melaporkan 75% wanita yang mencari perlindungan pada tahun 2009 adalah disebabkan oleh keganasan rumah tangga. Polis Di Raja Malaysia (PDRM) juga melaporkan trend keganasan rumah tangga semakin meningkat di Malaysia.

Kanak-kanak sering menjadi mangsa apabila berlaku  keganasan (terutama antara ibubapa atau pasangan) di rumah. Salah seorang atau kedua-dua ibubapa atau pasangan boleh melakukan penderaan ke atas kanak-kanak sama ada secara fizikal, seksual, lisan atau emosi. Kebanyakan kes adalah penderaan fizikal kanak-kanak seperti dipukul, ditendang atau dikurung. Ramai mangsa berdiam diri kerana pendera biasanya menyara keluarga dan disayangi mangsa. Antara faktor penyebab keganasan rumah tangga termasuklah pengambilan alkohol atau penyalahgunaan dadah, masalah kewangan, keruntuhan rumah tangga serta masalah kesihatan mental dalam kalangan pendera.

alt

 

Tanda dan gejala

Jika anda seorang remaja yang mengalami keganasan di rumah, anda mungkin akan melindungi adik atau ibu anda daripada didera. Ini boleh mendedahkan anda kepada penderaan fizikal. Sebagai seorang remaja, anda mungkin mempunyai rakan yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Apabila bergaul dengan rakan, perhatikan tanda-tanda seperti berikut:

  • Bekas lebam, rotan, luka atau patah.
  • Muram atau mudah menangis.
  • Ponteng sekolah
  • Lapar dan tidak terurus

 

alt

 

Komplikasi

Remaja yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga selalunya berasa rendah diri, murung dan cenderung membunuh diri.

Penderaan seksual boleh berlaku samada kepada remaja perempuan mahupun remaja lelaki.

Penderaan boleh membawa kepada kehamilan serta penyakit kelamin

Anda perlu segera mendapatkan bantuan jika terlibat dalam keganasan rumah tangga. Sekiranya perkara ini tidak segara dilaporkan, keselamatan keluarga dan diri anda akan lebih terancam.

 

Rawatan

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan?

  • Kaunselor sekolah
  • Jiran atau teman yang anda percayai
  • Polis
  • Talian Nur -15999
  • Hospital atau klinik terdekat
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat

Jika cedera, segera dapatkan rawatan di hospital/klinik yang berdekatan.

Anda dan adik-beradik anda yang lain boleh ditempatkan di tempat selamat jika memerlukan perlindungan.

Pegawai Perlindungan dan doktor akan mendapatkan perlindungan untuk anda dan keluarga.

Hubungi Talian Nur – 15999. Mereka akan mendapatkan maklumat lanjut dan akan menjalankan siasatan secepat mungkin.

alt
alt

 

Pencegahan

Ibu bapa yang menghadapi masalah perkahwinan atau ketagihan boleh mendapatkan kaunseling dan rawatan yang sesuai. Datanglah ke hospital atau ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk kaunseling. Anda boleh menghubungi talian Nur untuk bantuan.  Sila dail 15999.  

Pemulihan

Ibu bapa dengan masalah ketagihan, psikologi atau masalah mental boleh dipulihkan. Doktor akan membuat rujukan kepada pakar yang berkaitan. Kanak-kanak mangsa penderaan fizikal, seksual atau emosi juga boleh menjalani pemulihan di hospital. Kanak-kanak juga boleh ditempatkan dengan di tempat yang selemat seperti dengan saudara-mara mereka, rumah perlindungan serta Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk perlindungan sehingga keadaan bertambah baik.  

Kumpulan Sokongan / Persatuan Bukan Kerajaan

Pegawai Kebajikan Masyarakat dan NGO menawarkan perlindungan untuk mangsa keganasan rumah tangga. Hospital juga boleh dijadikan tempat berlindung sementara yang selamat untuk anda dan keluarga.

 

Rujukan

Kompilasi statistik Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), laman web PDRM, Akta Kanak-Kanak 2001.  

Semakan akhir : 3 Jun 2014
Penulis : Datin Dr. Sheila Marimuthu
Penyemak : Dr. Hargeet Kaur A/P Basant Singh

Artikel Berkaitan

Anda dan Doktor

Pengenalan Adakalanya kita jatuh sakit, kusut, keliru dan tidak dapat

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,681

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia