A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Umum
  4. /
  5. Kecemasan
  6. /
  7. Disengat Haiwan Berbisa

Disengat Haiwan Berbisa

Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis

Pengenalan

Ada di kalangan kita yang memandang ringan dengan sengatan haiwan berbisa. Secara umumnya, ada yang beranggapan bahawa sengatan haiwan seperti kala jengking, lipan dan ikan sebagai kecederaan yang mudah dirawat dan tidak memerlukan perhatian segera. Hakikatnya, selain daripada kesan kesakitan ia juga boleh berakhir dengan kecacatan. Sengatan haiwan berbisa boleh menyebabkan kematian akibat kejutan anafilaksis.

Jenis haiwan berbisa

Antara haiwan berbisa yang sering menyengat dan menggigit manusia ialah :

  1. Haiwan kecil jenis merayap : Kalajengking dan lipan.
  2. Ular: Jenis tedung, ular kapak (viperidae), ular laut (hydropida)
  3. Haiwan laut : Ikan bersengat, obor-obor dan batu karang
1
Kalajengking
2
Lipan

Foto 1: Contoh-contoh haiwan berbisa

Gejala dan tanda

  • Kesakitan pada tempat gigitan bagi semua gigitan haiwan berbisa.
  • Bagi gigitan ular berbisa terdapat tanda gigi taring.
  • Tempat sengatan kelihatan biru dan hitam.
  • Bagi sengatan kala jengking terasa gatal dan bengkak pada bahagian sengatan.
  • Rasa gelisah, keluar air mata dan air liur yang berlebihan bagi sengatan kala jengking.
  • Berpeluh banyak, mual dan muntah.
  • Sengat ikan berbisa juga biasanya melekat pada tisu yang disengat.

Komplikasi

Komplikasi awal :

  • Pengsan.
  • Kesukaran bernafas.
  • Kejutan anafilaksis

Komplikasi akhir:

  • Gangrene pada anggota
  • Amputasi dan kecacatan anggota
  • Penyakit anjing gila (rabies) akibat gigitan anjing
  • Penyakit plague disebabkan oleh gigitan tikus
  • Koma
  • Kematian
    4
    Gangrene kaki akibat patukan ular
    5
    Gangrene ibu jari akibat patukan ular

Rawatan.

Di tempat kejadian

  1. Yakinkan mangsa agar bertenang dan sengatan tersebut dapat disembuhkan.
  2. Letakkan mangsa pada posisi yang selesa dan mendatar
  3. Kurangkan pergerakan anggota yang terkena sengatan atau gigitan.
  4. Bagi sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah, letakkan turniquet pada bahagian atas anggota yang disengat. Longgarkan semula turniquet tersebut selama 20 minit dan berselang dalam 5 minit bagi menggelakkan gangrene.
  5. Letakkan ais pada bahagian yang terkena sengatan kala jengking, lipan dan labah-labah bagi mengalakkan penyempitan salur darah.
  6. Buat cucian pada luka dan hentikan pendarahan jika ada.
  7. Hantar mangsa segera ke hospital.

Rawatan di hospital

  1. Pengawasan keadaan mangsa
    • Denyutan nadi.
    • Kadar penafasan.
    • Tahap kesedaran.
    • Air kencing.
  2. Suntikan Anti-Tetanus Toxoid untuk mengawal penyakit tetanus
  3. Suntikan anti-histamin untuk mengawal kesan alahan
  4. Suntikan anti-venom yang bersesuaian bagi gigitan ular.
  5. Pemberian oksigen mengikut keperluan.
  6. Infusi cecair secara intravena
  7. Rawat tanda dan simtom kejutan anafilaksis.

Pencegahan

  • Elakkan diri dan anak-kanak daripada memasuki kawasan yang gelap, semak-samun dan bangunan lama yang terbiar.
  • Sekiranya berjalan malam di tempat yang gelap hendaklah membawa lampu suluh.
  • Memakai kasut tebal, sarung tangan, berbaju lengan panjang dan berseluar panjang yang sesuai bila memasuki semak atau belukar.
  • Elakkan mengganggu dan menangkap haiwan berbisa.
  • Bersihkan rumah dan kawasan sekeliling daripada sampah-sarap dan semak-samun.

Rehabilitasi

  • Bagi mangsa yang terkoyak tisu anggota dan cacat anggota, rawatan fisioterapi diperlukan.
  • Rujuk mangsa kepada pegawai psikologi sekiranya mereka mengalami masalah tekanan mental akibat gigitan haiwan berbisa.
  • Nasihatkan mangsa agar mendapatkan rawatan susulan bagi memulihkan kecacatan fizikal dan gangguan emosi akibat gigitan haiwan berbisa.

Rujuk ke hospital

  • Semua kejadian sengatan atau gigitan haiwan berbisa hendaklah dirujuk ke hospital dengan segera.
  • Lakukan rawatan kepada mangsa bagi mengelakkan keadaan bertambah teruk  sebelum dirujuk  seperti hentikan pendarahan dengan memakaikan  balutan.
  • Kurangkan pergerakan mangsa dan anggota yang terkena sengatan.
  • Letakkan mangsa dalam posisi yang selesa semasa dalam perjalanan.
  • Sekiranya mangsa tidak sedarkan diri, letakkan mangsa dalam posisi mengiring.
  • Bawa bersama ular, sekiranya berjaya dibunuh bagi memudahkan pengecaman jenis ular dan penentuan anti venom yang serasi untuk rawatan.
  • Temani mangsa hingga sampai ke hospital berdekatan.
Semakan akhir : 23 Ogos 2019
Penulis : Samasu bin Johari
Akreditor : Mahadir bin Yunos
Penyemak : Dr. Mohamad Hamim b. Mohamad Hanifah

Artikel Berkaitan

Disengat Serangga Berbisa

Sengatan serangga berbisa lazimnya hanya menyebabkan kesakitan, bengkak dan kemerahan. Namun begitu, ia juga boleh mengakibatkan tindak balas yang lebih serius kepada badan dan fungsi organ akibat berlakunya kejutan anafilaksis.

Digigit Anjing : Rawatan Awal

Air liur anjing boleh mengandungi kuman-kuman yang berbahaya seperti tetanus, rabies dan lain-lain lagi. Jika seseorang dijangkiti tetanus, ia boleh menyebabkan mengsa mengalami kekejangan otot dan boleh membawa maut. Begitu juga dengan rabies (penyakit anjing gila), jika tidak dirawat awal, risiko kematian adalah amat tinggi.

Luka Tusukan Objek Tajam : Rawatan Awal

Luka ini berpunca daripada tusukan atau tikaman daripada objek-objek tajam seperti pisau, gunting, paku, jarum, besi, kaca, pensel, pen dan sebagainya. Lokasi tubuh badan yang sering terdedah kepada ancaman tusukan adalah pada bahagian abdomen, belakang badan, punggung, tapak kaki dan tangan serta muka.

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 227,138,175

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-05 09:57:31
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia