A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Alauddin b. Muhamad...

Dr. Alauddin b. Muhamad Husin

alt

Dr. Alauddin b. Muhamad Husin merupakan Pakar Bedah Mulut & Maksilofasial di Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu Kelantan.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan memperoleh ijazah Sarjana Pergigian Klinikal (Pembedahan Mulut & Maksilofasial) [Master of Clinical Dentistry (OMFS)] pada tahun 2007.

Kerja-kerja beliau melibatkan prosedur pembedahan di bahagian mulut dan muka yang merangkumi kes-kes kemalangan, kecacatan, patologi, aestetik dan lain-lain. Kerja-kerja pergigian rutin seperti cabutan dan tampalan gigi adalah tidak dikesampingkan. Bagi kes-kes tertentu, pembinaan prostesis maksilofasial termasuk gigi palsu dan penggantian bahagian muka yang hilang seperti mata, telinga dan sebagainya juga dilakukan.

Beliau terlibat secara langsung di dalam memberikan latihan dan tunjuk ajar kepada Pegawai-pegawai pergigian yang baharu dilantik sebelum mereka berkhidmat di klinik-klinik pergigian di serata tempat. Lawatan  ke klinik pergigian periferi dilakukan secara berkala bagi meneruskan matlamat latihan ini.  Latihan juga diberikan kepada para Pegawai Pergigian Sarjana yang melakukan attachment di sini. Pegawai-pegawai Pergigian yang berminat untuk melanjutkan pengajian dalam bidang pembedahan mulut & maksilofasial akan diberikan pendedahan sepenuhnya sebelum mereka memasuki mana-mana universiti.

Kepakaran lain termasuk:

Beliau merupakan Certified Medical Impairment Assessor (CMIA) yang terlibat secara langsung dengan jemaah penilai seperti PERKESO dan KWSP dalam menilai kecacatan yang disebabkan oleh kemalangan sewaktu bekerja.

Pengalaman kerja:

  1. Klinik Pergigian Jalan Gambut Kuantan Pahang
  2. Jabatan Bedah Mulut Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan Pahang
  3. Klinik Pergigian Bera Bandar 32, Bera Pahang
  4. Klinik Pergigian Tumpat, Kelantan
  5. Pusat Perubatan Universiti Malaya
  6. Klinik Pakar Pergigian (Bedah Mulut), Pusat Pengajian Sains Pergigian Unversiti Sains Malaysia Kubang Kerian Kelantan
  7. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Hospital Serdang, Selangor
  8. Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial Hospital Raja Perempuan Zainab II Kota Bharu, Kelantan

 

Semakan Akhir : 12 Ogos 2014

 

Artikel Berkaitan

Kanser Paru-Paru

Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv] Download:

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,050,539

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia