A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Noorhanizar bt. Mansor

Dr. Noorhanizar bt. Mansor

Dr. Noorhanizar bt. Mansor

Dr. Noorhanizar bt. Mansor merupakan Pakar Ortodontik di Klinik Pergigian Pakar Ortodontik, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis.

Beliau telah menamatkan pengajian di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dengan memperoleh ijazah Sarjana Ortodontik pada tahun 2011. Sebelum itu beliau telah memperolehi Ijazah Doktor Pergigian dari Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2003.

Kerja-kerja beliau melibatkan perkhidmatan rawatan pergigian ortodontik kepada pesakit-pesakit. Keadaan maloklusi pesakit-pesakit diperbetulkan agar mereka mencapai keadaan pergigian yang lebih baik serta boleh membantu menambahbaik kualiti kehidupan mereka.

Skop kerja beliau melibatkan rawatan ortodontik konvensional dan kompleks.

Beliau juga berminat di dalam menjalankan kajian-kajian di dalam bidang ortodontik. Di antara kajian yang telah dijalankan adalah ‘A randomized clinical trial comparing Quality of Life between patients wearing conventional and self-ligating fixed appliances’, ‘Orthodontic treatment: Awareness, Need and Demand in schoolchildren in Perlis’, Interceptive Orthodontic Treatment Need in schoolchildren in Perlis’ dan ‘Malocclusion and Oral Health-Related Quality of Life’. Penulisan jurnal yang telah diterbitkan ialah ‘Changes in the Oral Health Related Quality of Life 24 Hours following insertion of fixed orthodontic appliances’- Journal of Orthodontic Science (2012) dan ‘Randomized controlled clinical trial of Oral Health-Related Quality of Life in patients wearing conventional and self-ligating brackets’- Korean Journal of Orthodontics (2013).

Pengalaman kerja:

  1. Berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Kesihatan Kangar, Perlis (2003-2005)
  2. Berkhidmat sebagai Pegawai Pergigian Y/M di Klinik Pergigian Pakar Ortodontik  (2005-2007)
  3. Berkhidmat sebagai Pelajar Sarjana Ortodontik (2007-2011)
  4. Berkhidmat sebagai Pakar Ortodontik di Klinik Pergigian Pakar Ortodontik (2012- sehingga sekarang)

 

Semakan Akhir : 20 Ogos 2015

Artikel Berkaitan

Hepatitis A

  Download: Transkipsi V/o Ingin makan di luar ? Carilah

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,448

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia