A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Dr. Rusmizan bin Yahaya

Dr. Rusmizan bin Yahaya

Dr. Rusmizan b. Yahaya

Dr. Rusmizan bin Yahaya merupakan Pakar Pergigian Periodontik yang berkhidmat di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau berkhidmat  di Unit Pakar Periodontik, Klinik Pergigian Datuk Kumbar,Kedah.

Beliau telah menamatkan pengajian di dalam Sarjana Muda Pembedahan Pergigian, (Bachelor of Dental Surgery, BDS) di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 2002. Dr. Rusmizan memulakan kerjaya sebagai Pegawai Pergigian di Klinik Pergigian Kangar dan Kuala Perlis. Selepas 3 tahun berkhidmat di Negeri Perlis, beliau berpindah ke negeri kelahirannya iaitu Kedah dan bertugas selama 2 tahun di Jabatan Pergigian Pediatrik, Hospital Alor Setar. Kemudian, beliau melanjutkan pengajian di dalam bidang sarjana pada tahun 2007.

Dr. Rusmizan telah menyambung pengajian di dalam Sarjana Pergigian (Periodontik)  di  Eastman Dental Institute, UCL, London, United Kingdom selama 3 tahun. Pada tahun 2010, beliau memperolehi ijazah sarjana “Master of Clinical Dentistry in Periodontology”.

Skop tugasan beliau melibatkan pengurusan rawatan klinikal sepenuh masa dan perundingan dan diagnosis bagi pesakit yang mengalami penyakit-penyakit gusi yang serius termasuklah Chronic Periodontitis dan Aggressive Periodontitis, gingival hyperplasia, rawatan rehabilitasi seperti implan pergigian, rawatan pembedahan gusi seperti terapi regenerasi (Guided Tissue Regeneration, GTR), gingivectomy, open flap surgery, gingival graft dan rawatan-rawatan lain yang berkaitan dengan tisu penyokong gigi.

Beliau mempunyai minat yang sangat mendalam di dalam bidang implan pergigian dan bidang pergigian estetik (aesthetic dentistry). Ketika di Sabah, beliau telah merawat pelbagai jenis penyakit gusi yang rumit melalui non-surgical dan surgical approach, merangkumi teknik-teknik sensitif seperti Guided Bone Regeneration, GBR  bagi menambahkan ketebalan tulang pada kawasan di mana implan diletakkan, ridge augmentation surgery bagi menambah ketebalan batas untuk memudahkan peletakan implan pada tulang serta memperbaiki estetik, terutama pada gigi hadapan dan lain-lain rawatan pembedahan yang kompleks.

Semakan Akhir : 30 November 2016

Artikel Berkaitan

Talasemia

  Your browser does not support the video tag. [flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,362

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia