A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Empat pendatang bancuh ubat

Empat pendatang bancuh ubat

Berita Harian

Rabu, 22/06/2011

Empat pendatang bancuh ubat
Oleh Kasdi Ali

IPOH: Sebuah kilang diserbu sepasukan pegawai Bahagian Penguat Kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas dikesan memproses ubat tradisional bagi wanita sakit tulang dan mengalami masalah keputihan secara haram menggunakan bangunan usang di Taman Meru dekat sini, malam Ahad lalu.

Lebih mengejutkan, beberapa jenis produk ubatan tradisional yang dikeluarkan kilang itu didapati tidak berdaftar dan hanya dibancuh empat lelaki warga Bangladesh yang diupah untuk melakukan tugas itu tanpa mengikut amalan pengilangan yang baik (GMP). Timbalan Pengarah Penguat Kuasa Farmasi KKM, Wan Hamid Wan Ibrahim, berkata kegiatan tidak bertanggungjawab pengilang itu berjaya dibongkar selepas sepasukan pegawai penguat kuasa farmasi KKM Perak melakukan serbuan susulan daripada maklumat awam dan risikan. Katanya, serbuan dilakukan sekitar jam 8 malam selepas siasatan mendapati pengilang hanya beroperasi pada waktu malam bagi mengelakkan aktiviti mereka dikesan.

"Pemilik kilang berusia 40-an hanya memulakan kerja memproses ubat-ubatan tradisional itu pada waktu malam hingga awal pagi bagi mengelak kegiatan itu tidak dihidu. Ketika serbuan dilakukan, empat pekerja warga Bangladesh terbabit sedang sibuk membancuh serbuk ubat berkenaan di bahagian belakang kilang itu," katanya.

Siasatan mendapati kilang ubat itu pernah dibatalkan lesen oleh KKM berikutan tidak mencapai piawaian ditetapkan.

"Ada antara ubat tradisional yang dihasilkan mempunyai jenama dan alamat sama dengan produk berasal dari China. Ada kemungkinan ubat ini dipalsukan dan dicampur steroid.

"Ini hampir dapat dipastikan berikutan ubat tradisional terbabit didakwa mampu menyembuhkan sakit tulang, radang sendi dan penyakit saraf yang sering dikaitkan dengan steroid," katanya.

Beliau berkata, penggunaan produk mengandungi kimia steroid secara tidak terkawal boleh menyebabkan pelbagai kesan buruk antaranya tulang menjadi rapuh, kegemukan, tekanan darah tinggi selain meningkatkan paras gula dalam darah.

"Kes itu akan disiasat di bawah Akta Racun 1952 dan jika sabit kesalahan pemilik syarikat boleh dikenakan denda maksimum RM50,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya. Malah, tindakan sama boleh diambil mengikut Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1985.

"Saya menasihatkan orang ramai yang ingin membeli ubat-ubatan tradisional supaya memastikan ubat didaftarkan dengan Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) KKM selain mempunyai hologram serta nombor pendaftaran," katanya.

 

  {module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,829

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia