A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Favoristme Pejabat

Favoritisme pejabat dikenal sebagai individu atau kumpulan yang disukai oleh bos atau majikan dalam sesebuah organisasi. Topik ini popular dikatakan sebagai membodek atau mengampu dalam perhubungan dalam pekerjaan.

Pendahuluan

Setiap individu perlu bekerja untuk mencari wang untuk menyara diri atau keluarga. Pelbagai jenis dan bidang kerja boleh dilakukan untuk mencari wang yang halal.

Definisi

Favoritisme pejabat dikenal sebagai individu atau kumpulan yang disukai oleh bos atau majikan dalam sesebuah organisasi. Topik ini popular dikatakan sebagai membodek atau mengampu dalam perhubungan dalam pekerjaan.

Individu  atau kumpulan ini sering dikatakan sebagai anak emas dan berkeupayaan untuk mengubah dan mempengaruhi keputusan bos walaupun telah diputuskan dalam mesyuarat rasmi. Kebolehan individu atau kumpulan ini memepengaruhi keputusan bos boleh didorong atas kepentingan diri yang negatif dalam sesebuah organisasi.

                                                              Sumber: Google

Punca / Sikap

Sikap

Huraian

Self–esteem rendah

Self–esteem yang rendah menyebabkan individu memilih untuk menjadi favoritisme pejabat.Individu berkenaan tak berupaya untuk membuktikan potensi diri lalu memilih untuk menjatuhkan orang lain.

Pengaruh Didikan Keluarga Hubungan sehala sahaja

Gaya keibubapaaan yang menggunakan komunikasi sehala seperti seorang raja dan hamba juga faktor kepada individu memilih karekter favoritisme pejabat. Hidup individu dibayang dengan ketakutan dan kebimbangan kerana sentiasa diarah dan diperintah

Sifat ingin pengaruh dan kuasa

Individu sentiasa ingin mendapatkan kuasa dan pengaruh. Ia dilakukan demi kepentingan peribadi dan percaya bahawa maruah diri akan meningkat jika memiliki pengaruh dan kuasa dalam organsasi

Konflik diri

Inferrroti dan komoensasi

Sifat ingin mencapai kesempurnaan diri dan cita-cita merupakan faktor kepada indvidu ingin menjadi favoritisme di pejabat. Individu tersebut berkemungkinan

Minat sosial

Gaya Hidup

Pengamal individu favoritisme mempunyai gaya hidup yang terbentuk ketika zaman kanak-kanak dahulu. Melalui amalan gaya hidup yang sentiasa dikongkong atau dimarahi sejak kecil mengakibatkan individu berkenaan memepunyai tahap self-esteem yang rendah. Ini boleh menyebabkan individu berkenaan tidak mampu untuk bersaing lalu mengambil jalan untuk bersing dalam hidup dengan cara tidak rasional.

     

Cara Bagaimana Mengurus Jika Anda adala mangsa Favoritisme

  1. Analisis Situasi

    Lakukan analisis dengan jujur jika majikan anda ialah seorang yang suka memberikan sesuatu tugas kepada pekerja favoritenya. Kadangkala apa yang dilakukan oleh bos majikan anda adalah demi kepentingan organisasi atau strategi untuk meningkatkan produktiviti dan peningkatan prestasi organisasi.

  2. Membuat kepastian Masalah

    Jika anda memerhati dan membuat penilaian bahawa bos majikan anda membuat sesuatu keputusan organisasi berdasarkan hubungan yang tidak profesional atau berdasrkan orang kegemarannya sahaja, anda boleh menyatakan kepada bos anda tentang perkara itu secara peribadi. Berikan penjelasan bahawa kenyataan ini bukan saja dilihat oleh anda, malah unit dan jabatan yang lain turut sama menyatakan perkara yang sama.

  3.  Membuat Aduan kepada pihak Pengurusan Atasan

    Jika anda merasakan bos majikan anda mempunyai sikap yang tidak profesional dalam membuat keputusan, sudah tiba masa untuk membuat aduan kepada pihak pengurusan atasan mengenai perkara tersebut. Memberikan kepercayaan kepada Pihak pengurusan sumber untuk melaksanakan tindakan secara profesional.

  4. Jika Anda seorang Pengurus/ Profesional

    Laksanakan tugas secara profesional dan elakkan diri daripada membuat keputusan berdasarkan hubungan seorang rakan/sahabat (tidak profesional). Jika anda dilabel sebagai seorang kronisme atau nepotisme dan ini merupakan perkara yang tidak baik dalam sesebuah organisasi. Anda perlu memberikan tugas kepada pekerja yang benar-benar berkelayakan, kompeten dan berwibawa untuk melaksanakan tugas.Jauhkan diri daripada besifat pilih bulu dan tidak professional.

Rujukan

  1. id.zulkarnainazis.com/2014/05/dilema-etika-nepotisme-kronisme-dan.html”>http://id.zulkarnainazis.com/2014/05/dilema-etika-nepotisme-kronisme-dan.html
  2. www.leadergrow.com/articles/43-favoritism-is-a-huge-problem”>http://www.leadergrow.com/articles/43-favoritism-is-a-huge-problem
  3. en.wikipedia.org/wiki/Sick_building_syndrome”>https://en.wikipedia.org/wiki/Sick_building_syndrome
  4. www.forbes.com/fdc/welcome_mjx.shtml”>http://www.forbes.com/fdc/welcome_mjx.shtml
  5. www.wikihow.com/Deal-With-a-Boss-Showing-Favoritism”>http://www.wikihow.com/Deal-With-a-Boss-Showing-Favoritism
  6. work.chron.com/handle-favoritism-work-21021.html”>http://work.chron.com/handle-favoritism-work-21021.html
  7. www.forbes.com/pictures/efkk45lgmm/9-things-you-can-do-when-youre-the-victim-of-workplace-favoritism/”>http://www.forbes.com/pictures/efkk45lgmm/9-things-you-can-do-when-youre-the-victim-of-workplace-favoritism/
  8. www.themoscowtimes.com/business_for_business/article/corruption-in-russia–a-social-phenomenon/437420.html”>http://www.themoscowtimes.com/business_for_business/article/corruption-in-russia–a-social-phenomenon/437420.html

 

Semakan Akhir : 16 Januari 2017
Penulis : En. Mohd Taufiq b. Mahmud
Akreditor : Tn. Hj. Hairol Kamal b. Abdul Rahman

Artikel Berkaitan

Pusingan Kerja

Pengenalan Bumi sentiasa berputar mengikut paksinya. Melihat kejadian alam, banyak

Dilema Kahwin Lambat

Remaja yang berkahwin lari dari rumah mudah terjebak dengan jenayah keganasan lain seperti pelacuran, pornografi dan sebagainya lagi. Situasi seperti ini berlaku apabila remaja yang berkahwin lari akan menjadi bebas tanpa kongkongan daripada mana-mana pihak termasuklah ibu bapa

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 228,049,542

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-07-25 14:38:53
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia