A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Hemodialisis

[flv]http://myhealth.moh.gov.my/media/download/animasi/pergigian/varnis_fluorida/varnis_fluorida.flv[/flv]

Download:

 

Apabila buah pinggang tidak lagi berfungsi dengan betul dan bahan kumuhan tidak dapat dikeluarkan daripada badan, anda akan didiagnosiskan menghidap uraemia akibat kegagalan buah pinggang. Tanpa rawatan dialisis, kesihatan anda akan terjejas, menyebabkan rasa loya, muntah, kekejangan, menggigil, mengantuk dan akhirnya membawa pada koma dan seterusnya kematian.

Hemodialisis membersih dan menapis darah anda menggunakan mesin untuk sementara waktu bagi menyingkirkan darah anda dari sisa berbahaya, garam tambahan dan air tambahan. Hemodialisis juga membantu mengawal tekanan darah dan membantu tubuh anda menjaga keseimbangan yang tepat untuk bahan-bahan kimia penting seperti potasium, sodium, kalsium dan bikarbonat.

Hemodialisis menggunakan penapis khas yang disebut dialyser yang berfungsi sebagai buah pinggang buatan untuk membersihkan darah anda. Selama rawatan, darah anda berjalan melalui tiub ke dialyser, yang menapis sisa dan air tambahan. Kemudian darah yang telah dibersihkan akan  mengalir melalui satu set tiub kembali ke tubuh anda.

Untuk tujuan hemodialisis ini, pesakit perlu melalui pembedahan membuat fistula (saluran terbuka) terlebih dahulu.  Dua jarum khas dicucuk ke dalam ‘fistula’ untuk mengalirkan darah dan disambungkan ke mesin hemodialisis melalui tiub darah. Satu jarum untuk mengalirkan darah yang mengandungi bahan kumuh dari badan. Darah ini dibersihkan (dituras) menggunakan buah pinggang tiruan pada mesin hemodialisis. Darah yang telah dibersihkan akan masuk semula ke dalam badan melalui jarum yang satu lagi.

Hemodialisis biasanya diperlukan tiga kali seminggu. Setiap rawatan mengambil masa 3 hingga 5 jam atau lebih. Sepanjang rawatan, pesakit boleh membaca, menulis, tidur, bercakap atau menonton TV.

H
Hemodialisis

 

Artikel Berkaitan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,693,423

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia