A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

  1. Laman Utama
  2. /
  3. Laman Utama
  4. /
  5. Jaga kesihatan jantung sedari...

Jaga kesihatan jantung sedari awal – Rosmah

Utusan Malaysia

Jumaat, 29/04/2011

Jaga kesihatan jantung sedari awal – Rosmah

KUALA LUMPUR 28 April – Rakyat dinasihatkan supaya menjaga kesihatan sejak usia muda dan melakukan pemeriksaan berkala bagi mencegah penyakit jantung.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, usia muda bukan jaminan untuk jantung yang sihat, sebaliknya penjagaan kesihatan akan membolehkan individu menjalani kehidupan yang lebih baik pada masa hadapan.

“Saya difahamkan individu yang mencecah umur 40 tahun akan lebih terdedah kepada pelbagai penyakit, justeru kesedaran mengenai pencegahan penyakit harus menjadi keutamaan.

“Kita tidak perlu menunggu sehingga jatuh sakit bagi mendapatkan rawatan, sebaliknya kita perlu jalani pemeriksaan kesihatan secara berkala sebagai langkah pencegahan dari awal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku Jantungku, Kesihatanku dan Kad Kesihatan Jantung oleh Pertubuhan Profesional Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (Moshpa) di sini malam ini.

Hadir sama Pengerusi jawatankuasa penganjur, Senator Datuk Rahman Bakar; Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Senator Datuk Maznah Mazlan dan Presiden Moshpa, Datuk Kanagaraja Raman.

Tambah Rosmah, masyarakat juga perlu bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu dan berhenti merokok dalam menjalani kehidupan yang lebih sihat.

“Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penyakit jantung adalah punca utama kematian di seluruh dunia dan diramalkan menjelang 2030 seramai 23.6 juta penduduk di seluruh dunia akan menghidap penyakit jantung kronik,” katanya.

Beliau berharap buku Jantungku, Kesihatanku dan kad kesihatan itu mampu memberi kesedaran dan pendidikan yang berguna kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kesihatan jantung.

 

 

{module berita:news}

 

Artikel Berkaitan

Galeri Media

Semua bahan multimedia adalah terbitan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 224,281,880

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia