A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Janji Temu

Pengenalan

Apabila kanak-kanak lelaki dan perempuan mencapai akil baligh, mereka akan semakin tertarik di antara satu sama lain.

Janji temu adalah proses teruna dan gadis mengenali satu sama lain dengan harapan menjalin hubungan yang lebih serius.

 

Apakah janji temu?

Janji temu berlaku, apabila adanya 2 orang yang saling tertarik di antara satu sama lain dan membuat keputusan menghabiskan masa bersama untuk saling mengenali.

Contoh janji temu adalah menonton wayang, makan bersama.

 

Janji temu dan budaya

Kebanyakan budaya-budaya yang ada telah menggariskan tatacara pergaulan yang telah diterima dan diguna di antara lelaki dan perempuan.

Penting bagi anda mengikuti tatacara pergaulan yang sihat dan bermakna mengikut adat resam masing-masing.

Paling penting bertujuan untuk menjalin hubungan sihat, di mana anda rasa gembira dan bebas daripada bahaya atau anca.

Di dalam perhubungan yang sihat:

  • Pasangan saling hormat menghormati
  • Inginkan yang terbaik untuk pasangan masing-masing
  • Bebas dari segala bentuk penderaan seperti penderaan emosi, ugutan dan paksaan untuk melakukan seks

 

Bolehkah remaja berjanji temu?

Janji temu boleh menjadi pengalaman positif sekiranya teman anda hormat dan menyokong keputusan hidup anda.

Ibu bapa anda mungkin mencegah janji temu anda kerana bimbang hati anda terluka atau hilang tumpuan pada pelajaran.

Pelajaran amat penting untuk kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan anda.

Waktu remaja, walaupun badan anda membesar seperti orang dewasa, anda masih belum mempunyai kematangan atau pengalaman sepenuhnya.

Hubungan intim boleh menjadi luar kawalan dan ini boleh menjejaskan masa depan dan kebahagiaan hidup anda.

 

Sekiranya saya tiada janji temu?

Jangan bimbang. Anggap diri anda bernasib baik kerana anda tidak perlu menghadapi situasi janji temu.

Terdapat cara lain untuk mengenali teman wanita atau teman lelaki anda.

Walaupun tidak dilabelkan sebagai janji temu, anda masih boleh berkawan dan membuat aktiviti berfaedah bersama kawan-kawan anda seperti menonton wayang, berkelah dan lain-lain.

 

Apakah akibat janji temu yang negatif?

Perhubungan tidak sihat yang boleh mengakibatkan keganasan atau rogol.

Perhubungan seks sebelum kahwin yang boleh mengakibatkan kehamilan remaja dan penyakit jangkitan kelamin seperti HIV, Herpes, Hepatitis B&C, Gonorrhea, Chlamydia.

Risiko putus hubungan dan terluka hati/perasaan.

 

Panduan berjanji temu

  • Tetapkan batas hubungan berdasarkan agama, budaya dan harapan anda untuk mengurangkan bahaya kepada diri sendiri dan masa depan anda. Elakkan seks sebelum berkahwin kerana ia boleh menjejaskan impian perkahwinan anda di masa hadapan. Anda mungkin mengahwini orang lain dan bukan teman anda sekarang
  • Pilih teman yang bijak. Hanya tetapkan janji temu dengan teman yang menghormati dan melayani anda dengan baik
  • Adalah lebih baik melakukan janji temu secara berkumpulan di tempat awam
  • Jangan berkompromi prinsip anda semata-mata untuk menggembirakan orang lain
  • Sebelum janji temu pastikan anda memaklumkan tempat dan nombor telefon kepada orang yang dipercayai seperti ibu bapa, adik beradik atau rakan karib anda
  • Adalah bijak sekiranya anda memperkenalkan teman anda kepada ibu bapa atau adik beradik untuk mendapatkan pandangan mereka sekiranya anda ingin menjalinkan hubungan yang serius

 

Semakan Akhir : 27 April 2012
Penulis : Dr. Wan Fadhilah Wan Ismail
  : Dr. Nik Rubiah bt. Nik Abd. Rashid
Penyemak : Dr. Salmiah bt. Md. Sharif
  : Dr. Wan Fadhilah bt. Wan Ismail

 

Artikel Berkaitan

C

Cabutan Gigi Cakera Teranjak Cara Memberus Gigi dengan Betul Cara

Melancap

Apakah itu melancap? Melancap ialah perbuatan yang melibatkan sentuhan atau

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,489,240

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-25 09:58:35
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia