A A +A
Jata

SELAMAT DATANG KE PORTAL RASMI
MYHEALTH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Kanser

Setiap sel di dalam badan mengalami pusingan jangka hayat untuk membiak, berhubung-kait dengan sel-sel yang lain di sepanjang masa kehidupan. Kanser terjadi jika jenis sel telah hilang kawalan mekanisma dan membiak dengan tersendiri tanpa dapat dikawal oleh badan.

Semua jenis kanser, termasuk kanser dikalangan kanak-kanak adalah penyakit biasa terjadi dimana pertumbuhan sel diluar kawalan dan tumbuh dengan luar biasa daripada segi saiz dan bentuk, tidak mempedulikan sel-sel yang lain di dalam badan, memusnahkan sel yang bersebelahan, dan boleh merebak kepada organ-organ dan tisu-tisu lain. Dengan pertumbuhan sel kanser, ia memerlukan lebih makanan di dalam badan. Kanser mengakibatkan daya tahan badan kanak-kanak menurun, memusnahkan organ dan tulang, dan melemahkan sistem pertahanan (imun) badan untuk melawan penyakit.

Apakah jenis yang biasa berlaku dikalangan kanak-kanak?

Kanser dikalangan kanak-kanak jarang berlaku. Bagi semua kumpulan umur, kanser yang biasa berlaku ialah leukemia, lymphoma dan ketumbuhan otak. Apabila kanak-kanak meningkat ke alam remaja, peningkatan kes kanser tulang (osteosarcoma) berlaku. Untuk setiap barah, ianya terjadi di tempat yang berbeza, rawatan diberi serta kadar penyembuhan adalah berbeza.

Data Penyelidikan daripada Kanser Kanak-kanak Kebangsaan Malaysia (The Malaysian National Childhood Cancer) menunjukkan ketumbuhan yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak adalah leukaemia, ketumbuhan otak dan saraf tunjang, lymphoma, neuroblastoma, gonadal dan tumor gem sel, kanser buah pinggang, sarcome tisu lembut ‘soft tissue sarcomas’ dan retino blastoma. Kejadian yang utama dikalangan pediatrik di Malaysia ialah 77.4 juta dikalangan kanak-kanak yang berumur kurang daripada 15 tahu. (Lin HP).

Apakah faktor risiko?

1 dalam 600 kanak-kanak akan menghidapi kanser sebelum berumur 15 tahun. Kebanyakan kanser, punca barah tidak diketahui. Secara tipikal, faktor yang menyebabkan kanser dikalangan kanak-kanak adalah tidak sama dengan kanser dikalangan dewasa, seperti merokok atau terdedah kepada persekitaran tercemar.

Jarang berlaku risiko kanser kanak-kanak daripada keturunan seperti Down Syndrome. Kanak-kanak yang mendapat rawatan kemoterapi atau radiasi kerana penyakit kanser boleh menyebabkan peningkatan risiko kepada kanser malignan. Kebanyakan kes, kanser kanak-kanak tiada perubahan di dalam gen atau pertumbuhan sel. Ini kerana ia jarang berlaku dan tiada cara yang berkesan untuk mengelakkannya.

Dimanakah kanak-kanak kanser patut diberi rawatan?

Apabila penyakit kanser telah disahkan, adalah mustahak ibu bapa/penjaga menerima rawatan untuk anak di hospital yang ada pakar onkologi kanak-kanak bagi merawat kanser kanak-kanak tersebut.

Di Malaysia, pusat rawatan kanser kanak-kanak ialah di Institut Pediatrik, Hospital Kuala Lumpur, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian (HUSM), Hospital Umum Kucing, Sarawak, Hospital Pulau Pinang, Hospital Likas, Kota Kinabalu dan Hospital Sultan Ismail, Johor Bharu.

Prosedur dan ujian perubatan

Jika doktor mengesyaki anak anda menghidap kanser, beliau akan merujuk ke pusat yang ada kemudahan rawatan di hospital yang ada pakar onkologi kanak-kanak dimana sejarah perubatan sebelum dan semasa sakit serta pemeriksaan fizikal juga dilakukan. Bergantung kepada ujian klinikal, anak anda mungkin perlu menjalani ujian seperti dibawah:

  • Ujian darah- Pengiraan darah yang lengkap CBC. Ujian ini menunjukkan perkiraan sel darah putih, haemoglobin dan platelet. Smear darah akan dijalankan untuk melihat terdapat blasts atau sel yang luar biasa dimana ia menunjukkan kemungkinan mengidap penyakit leukaemia.
  • Pengambilan sedikit sum-sum tulang (Bone marrow aspiration) dan Biopsy sum-sum tulang- Pemeriksaan biopsy sum-sum tulang dijalankan dibawah mikroskop untuk mengesahkan leukemia. Untuk jenis kanser yang lain ujian ini dijalankan bagi melihat sejauh mana kanser telah merebak.
  • Pengambilan cecair spinal (lumber puncture) dan spinal tap- Ujian ini untuk mengambil cecair spinal- cecair yang di dapati disekeliling otak dan saraf tunjang. Doktor akan melihat cecair dibawah mikroskop untuk melihat jangkitan atau kanser sel. Ia juga digunakan untuk memberi ubat pencegah kanser secara terus melalui otak dan saraf tunjang dalam kes leukemia yang teruk. Pengambilan air spinal (lumber puncture) tidak merbahaya sekiranya doktor dan jururawat mengikut prosedur yang betul. Doktor dan jururawat akan memastikan tiada jangkitan kepada badan semasa prosedur dijalankan. Saraf tunjang tidak tercedera semasa air spinal (lumbar puncture) dimana ianya dibuat berhati-hati. Jarum dimasukkan di hujung saraf tunjang. Cecair yang dikeluarkan amat sedikit dimana akan digantikan oleh sistem badan dengan cepat.
  • Biopsi tisu- Sedikit sampel tisu diambil daripada organ yang disyaki terlibat dengan kanser sel. Prosedur ini dijalankan oleh pakar pembedahan dimana turisan kecil dibuat atau pakar radiology akan memasukkan jarum di organ yang dijangkiti di bawah pengawasan mesin ultrasound. Tisu yang diambil akan dihantar ke makmal untuk memastikan jenis ketumbuhan sama ada ianya jenis merbahaya atau tidak.
  • Ultrasound- Ultrasound dibuat untuk mendapatkan gambar bahagian badan melalui getaran bunyi. Gambar yang didapati melalui Getaran echo atau tisu yang bengkak dan organ dalaman dipanggil sonograms. Ketumbuhan yang digambarkan akan kelihatan berlainan daripada keadaan tisu yang biasa.
  • CT scan (computerized tomography scan) atau CAT scan-Ujian ini dilakukan menggunakan tiga dimensi gambar organ dan tisu: gambar x-ray biasa hanya ada dua dimensi. Peralatan X-ray khas (pencil-like x-ray) digunakan untuk mendapatkan gambar bahagian-bahagian dalam badan dan ia memberi gambaran tisu lembut yang lebih baik daripada gambar x-ray. Maklumat yang dihasilkan lengkap dan boleh menunjukkan tempat ukuran dan jenis ketumbuhan.
  • MRI (magnetic resonance imaging)- MRI boleh menghasilkan gambar di dalam badan dimana tidak boleh dihasilkan oleh peralatan imaging yang lain. MRI menggunakan kuasa magnet yang disambungkan dengan komputer. Ketumbuhan di tulang boleh dikesan melalui MRI yang boleh memberi gambaran yang jelas.

Apakah perbezaan jenis rawatan kanser?

Jenis rawatan yang selalu digunakan ialah dengan cara pembedahan (untuk membuang tisu sel barah), kemoterapi (dengan menggunakan ubat untuk membunuh sel kanser) rawatan radiasi (menggunakan tenaga radian untuk membunuh sel kanser), menggantikan sum-sum tulang atau sel stem dengan yang baru. Doktor menggunakan cara ini untuk membunuh sel kanser.

Kanak-kanak yang mengidap kanser akan dirawat mengikut jenis kanser sama ada dengan satu cara rawatan atau pun rawatan bersepadu.

Pembedahan

Kebanyakan ketumbuhan, rawatan yang digunakan adalah dengan kaedah pembedahan. Pembuangan ketumbuhan setempat selalunya menggunakan cara pembedahan. Tisu di sekeliling ketumbuhan dan berdekatan dengan nodus limfa akan dibuang semasa pembedahan.

Kadang-kala radiasi dan kemoterapi digunakan dahulu untuk mengecutkan ketumbuhan sebelum dibuang. Dengan ini, pembedahan dapat dijalankan dengan lebih mudah.

Apakah kemoterapi?

Bergantung kepada jenis kanser barah dikalangan kanak-kanak, apakah ubat-ubatan yang boleh digunakan dan kemoterapi boleh diberikan sekali/lebih dengan cara seperti di bawah:

  • Melalui mulut (makan ubat) – ubat yang di makan dalam bentuk sirap dan pil.
  • Aliran intravena – ubat diberi dengan suntikan melalui salur darah dan aliran intravena.
  • Suntikan intramuscular – ubat yang diberikan melalui suntikan di otot.
  • Suntikan subkutanes – ubat yang diberikan melalui suntikan di bawah kulit.
  • Suntikan intrathecal- ubat yang diberikan melalui suntikan terus kepada cecair spinal.

Kaedah rawatan untuk kanser kanak-kanak bergantung kepada jenis kanser yang dihidapi. Jangka masa rawatan kemoterapi dan ubat yang digunakan bergantung kepada tindak balas seseorang kanak-kanak itu terhadap rawatan yang diberikan. Rawatan kemoterapi yang diberikan kepada kanak-kanak berbeza dan boleh diberi sama ada seperti setiap hari, setiap minggu atau sebulan sekali.

Apakah kesan sampingan kemoterapi?

Kebanyakan ubat kemoterapi mempunyai risiko jangka pendek dan jangka panjang. Kesan sampingan jangka pendek termasuk rasa loya, muntah, keguguran rambut, letih, pucat, pendarahan yang luar biasa dan risiko dijangkiti oleh kuman yang disebabkan oleh penurunan daya tahan badan untuk melawan penyakit dan kekurangan sum-sum tulang juga gangguan fungsi kepada buah pinggang dan hati.

Sebahagian ubat boleh menyebabkan pembengkakkan kepada pundi kencing dan pendarahan di dalam air kencing dan hilang deria pendengaran. Selain daripada itu ianya juga boleh memberi masalah kepada jantung dan masalah kepada kulit.

Segala kesan sampingan ubat-ubatan akan diberitahu kepada ibu bapa apabila bermulanya rawatan sama ada kanak-kanak itu akan mengalami gejala kesan sampingan yang teruk atau tidak bergantung kepada penerimaan setiap individu kepada rawatan kemoterapi. Tindak balas daripada setiap kanak-kanak adalah berlainan.

Walau bagaimanapun, perlindungan akan diambil dengan membuat saringan klinikal dan biokimia sebelum ubat kemoterapi diberikan. Ada jenis ubat yang boleh diberi untuk mengurangkan kesan sampingan ubat.

Rawatan radiasi

Rawatan radiasi adalah rawatan yang utama untuk semua kes barah. Apabila kanak-kanak diberi rawatan radiasi, mereka akan dirawat dengan dos yang tinggi untuk membunuh sel kanser. Kebanyakan kes kanser kanak-kanak dirawat menggunakan kaedah radiasi, disamping rawatan kemoterapi dan pembedahan.

Rawatan radiasi dibuat dengan kaedah terapi setempat sama seperti cara pembedahan. Sinaran diberi kepada tempat yang ada kanser sahaja, rawatan ini hanya akan membunuh sel kanser di tempat yang ada ketumbuhan. Doktor hanya menggunakan rawatan radiasi untuk mengecilkan sel kanser sebelum pembedahan dilakukan. Selepas pembedahan rawatan radiasi diteruskan untuk memberhentikan pertumbuhan sel kanser yang masih ada.

Apakah kesan sampingan terapi radiasi?

Kesan sampingan radiasi kemungkinan boleh menyebabkan risiko kepada terjadi malignancy dan mandul. Anda boleh berbincang dengan doktor yang merawat anak. Tujuan utama untuk merawat kanser kanak-kanak ialah untuk penyembuhan. Walau bagaimanapun masih banyak ubat yang ada untuk diberikan kepada kanak-kanak untuk mengurangkan kesan sampingan dan memberi keselesaan semasa dirawat dengan kaedah radiasi.

Apakah pemindahan sum-sum tulang dan pemindahan “Peripheral Blood Stem Cell”?

Kebanyakan kanak-kanak yang mengalami leukemia dan kanser memerlukan pemindahan sum-sum tulang atau pemindahan peripheral blood stem cell. Di dalam rawatan ini sel darah dan sum-sum tulang yang rosak dimana bahan yang membuat sel darah di dalam tulang digantikan dengan sel stem yang baru dan boleh tumbuh menjadi sel yang sihat.

Ada dua keadaan yang memerlukan pemindahan. Pertama kerana kanser telah merosakkan sum-sum tulang. Pemindahan sum-sum tulang dan pemindahan peripheral blood stem cell selalunya digunakan semasa merawat penyakit leukemia dan lymphoma. Keadaan kedua apabila rawatan diperlukan dengan dos kemoterapi yang banyak dan semasa rawatan radiasi telah merosakkan sum-sum tulang kanak-kanak tersebut.

Kesimpulan

Pengesahan penyakit dan rawatan kanser kanak-kanak mengambil masa panjang, dimana rawatan ini mempunyai kesan sampingan jangka pendek dan jangka panjang. Tetapi dengan adanya rawatan yang canggih, maju dan terkini lebih banyak kanak-kanak yang mengalami penyakit kanser boleh dirawat dengan jayanya, meninggalkan hospital dan hidup membesar seperti kanak-kanak lain yang sihat. Pada masa sekarang lebih 70 % kanak-kanak yang mengidap kanser telah pulih sepenuhnya.

Semakan akhir : 26 April 2012
Penulis : Dr. Zulaiha bt. Muda
Penyemak : Dr. Hishamshah b. Mohd Ibrahim

 

Artikel Berkaitan

Lymphoma

Apa itu Lymphoma? Terminologi lymphoma merujuk kepada barah yang dihasilkan

Ketumbuhan Otak

Ketumbuhan Otak adalah ketumbuhan pepejal yang paling kerap berlaku dikalangan

ALAMAT

Bahagian Pendidikan Kesihatan,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 1-3, Blok E10, Kompleks E,
Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62590 Putrajaya, Malaysia.

TALIAN AM :   +603 8000 8000

FAKS :   +603 8888 6200

EMEL :   myhealth@moh.gov.my

BILANGAN PENGUNJUNG : 223,772,440

TARIKH AKHIR KEMASINI :
2024-04-30 11:59:30
IKUTI KAMI

PAPARAN TERBAIK   Paparan terbaik menggunakan pelayar Google Chrome Version 57.0, Mozilla Firefox Version 52.0 dengan resolusi 1366 x 768px

Hakcipta Terpelihara ©2005-2022 Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia